Majlis Pelancaran Pelan Tindakan Kesihatan Lelaki Kebangsaan 2018-2023

0
3070

Pelancaran Pelan Tindakan Kesihatan Lelaki Kebangsaan 2018-2023 telah disempurnakan oleh YB Dr Lee Boon Chye, Timbalan Menteri Kesihatan pada tanggal yang bersejarah, hari ini 30/10/2019 di Putrajaya. Tahniah kepada KKM kerana meletakkan Malaysia adalah antara 4 buah negara yang mempunyai polisi kesihatan lelaki.

Satu lagi hala tuju perkhidmatan Penolong Pegawai Perubatan di bawah Program Kesihatan Awam. Peranan tugas & tanggungjawab profesion ini terus relevan & mendapat tempat di arena perkhidmatan kesihatan negara. Ini merupakan kepercayaan & pengiktirafan kepada profesion Penolong Pegawai Perubatan. Program Kesihatan Awam Kementerian Kesihatan Malaysia akan terus memberi perhatian kepada kefungsian profesion ini untuk terus bergandingan dengan ahli profesional kesihatan yang lain dalam menjayakan misi & visi KKM.

Syabas & buktikan kepada masyarakat bahawa perkhidmatan kesihatan lelaki akan diperkasakan dengan penglibatan Penolong Pegawai Perubatan. Ia merupakan antara bidang pengkhususan di Kesihatan Awam.

Terima kasih kepada Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga kerana sudi bergandingan dengan Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia mengambil inisiatif menganjurkan majlis pelancaran ini. Terima kasih juga kepada yang hadir untuk menyaksikan majlis pelancaran yang bersejarah ini.

“BAKTI MULIA”

Setiausaha Agung
Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia
30/10/2019

#KEMENTERIANKESIHATANMALAYSIA