Mesy JK Pusat PPPM Penggal 2021/2022 Bilangan 1

0
991

MESYUARAT JAWATANKUASA PUSAT PERSATUAN PEMBANTU PERUBATAN MALAYSIA PENGGAL 2021/2022 BILANGAN 1 

Mesyuarat Jawatankuasa Pusat ini melibatkan pegawai-pegawai kanan Ibu Pejabat PPPM bersama pegawai-pegawai kanan serta wakil ahli dari 13 buah negeri. 5 orang Pengerusi Biro juga turut hadir ke mesyuarat ini.

Mesyuarat sulung bagi Ahli Jawatankuasa Pusat ini membincangkan perkara-perkara yang diputuskan semasa Mesyuarat Agung Perwakilan Dwi Tahunan Kali Keempat pada 12/12/2021 serta tindakan yang perlu diambil. Antara perkara yang dibincangkan:

1) Permohonan pindaan perlembagaan bagi Fasal 24 – Penaung yang dipinda kepada “Seseorang yang difikirkan layak untuk dicalonkan dan dipersetujui di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pusat”. 

2) Peruntukan kewangan sebanyak 15% kepada semua cawangan mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan bagi membolehkan cawangan menjalankan aktiviti untuk faedah ahli.

3) Pemutihan data keahlian PPPM dengan memotong nama ahli yang tidak aktif.

4) Bayaran RM200 dibayar sekali dalam setahun bagi ahli yang dimasukkan ke wad hospital atau Pusat Kuarantin & Rawatan COVID-19 dengan syarat permohonan disertakan dengan Discharge Note.

5) Jawatankuasa Pemikir akan dibentuk bagi mengkaji impak berhubung pendaftaran Pembantu Perubatan dengan Lembaga Teknologis Malaysia. Mesyuarat juga bersetuju untuk mengadakan kunjungan ke MBOT bagi mendapatkan maklumat lanjut.

6) Mesyuarat memutuskan untuk membentuk Jawatankuasa Pemikir bagi meneliti dan memperhalusi keputusan pengguguran ijazah yang sebelum ini ditakrifkan sebagai berkaitan.

7) Mengadakan perbincangan berhubung isu melanjutkan pelajaran bagi PPP Kontrak bersama-sama pihak KKM & kesatuan. Perbincangan bersama 2 wakil PPP kontrak dari setiap negeri dan 2 Pegawai Kanan bagi setiap cawangan akan diadakan secara maya sebelum bulan Mac.

8) Mengekalkan kaedah pembayaran yuran keahlian sedia ada iaitu secara tunai atau melalui potongan Biro Angkasa. Ahi digalakkan membuat potongan Biro Angkasa bagi membolehkannya mendapat faedah ahli tanpa terputus kelayakkannya.

9) Mengadakan Konferens Kebangsaan PPP selewat-lewatnya pada bulan Jun 2022.

10) Mendapatkan maklumbalas berhubung penganjuran 3rd International of GACOPA daripada KPPPM yang telah dilantik sebagai Secretary of The Board of Governors of GACOPA.

11) Melanjutkan tempoh sewaan Wisma PP kepada LPPKN.

12) Penerbitan Buletin Profesionku edisi 2021.

13) Kursus Pengurusan Persatuan & Audit kepada pegawai-pegawai cawangan.

14) Pengumuman Pelantikan Pengerusi Biro-Biro.

i)   Biro Pendidikan: Dr Alias Mahmud (UKM)

ii)  Biro Ekonomi: Samah Sahak (PERKESO)

iii) Biro Inter Agensi: Kamarul Aizan Abdul Rahman (Gleneagles Hospital)

iv) Biro Kebajikan: Khairuddin Mohd Tarmidi (Bhg. Perancangan KKM)

v)  Biro Wanita: Noratikah Othman (Hospital Melaka)

vi) Biro Komunikasi & Media Sosial: Hj Mokhtar Abd Rahman 

15) Pembentangan Laporan Kewangan berakhir pada 31/12/2021.

16) Pemilihan Presiden sebagai Ahli Lembaga Pembantu Perubatan.

17) Pembentangan perancangan aktiviti cawangan bagi tempoh Januari – Jun.

18) Penganjuran Program Pengukuhan Pasukan & Mesyuarat Agung Perwakilan Dwi Tahunan.

19) Program webinar series diteruskan dengan penganjuran CME secara bergilir-gilir oleh setiap cawangan bermula pada bulan Februari 2022.

20) Program Kemasyarakatan di Parlimen Rembau sempena Sambutan Hari Pembantu Perubatan 2022.

21) Pemilihan Penaung PPPM.

22) Kolaborasi bersama pertubuhan-pertubuhan profesional kesihatan seperti Persatuan Perubatan Malaysia, Persatuan Farmasi Malaysia dll di dalam Healthcare Workforce diteruskan.

Ini antara sebahagian daripada perkara-perkara yang dibincangkan sepanjang 2 hari bersidang iaitu mulai 15 – 16/1/2022 di Koptown EDC Hotel, Kuala Lumpur.

Sekian.

Setiausaha Agung 

PPPM

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here