Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia sebagai ahli GACOPA

0
12533

PENYERTAAN MALAYSIA DI DALAM GABUNGAN GLOBAL ASSOCIATION OF CLINICAL OFFICERS AND PHYSICIAN ASSOCIATES (GACOPA)

Delegasi Malaysia yang terdiri daripada Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia (PPPM), Lembaga Pembantu Perubatan (LPP) dan Kesatuan Kebangsaan Penolong Pegawai Perubatan Semenanjung Malaysia (KKPPPSM) telah menghadiri 2nd International Delegates & Scientific Conference di Rwanda pada 5 – 7 Mac 2020 dan membentangkan empat (4) perkara yang mendasari kelangsungan profesion Pembantu Perubatan di Malaysia, antaranya:

  1. History of Medical Assistants in Malaysia (Mustafa Abd Majid, PPPM)
  2. Medical Assistants Training in Malaysia (Moideen Kutty Hassan, PPPM)
  3. The Medical Assistants Curriculum: Supporting Universal Health Coverage in Malaysia (Alias Mahmud, PPPM)
  4. The services of Medical Assistants in Malaysia (Wilson Periyanayagam, LPP)

GACOPA Members of Council telah menjemput delegasi Malaysia untuk turut serta di dalam mesyuarat pra persidangan yang diadakan pada 5 Mac 2020 di University of Rwanda bagi berkongsi pandangan dalam perkara-perkara yang berkaitan. Members of Council telah tertarik dengan perkembangan dan kemajuan profesion Pembantu Perubatan di Malaysia dan memutuskan untuk:

  1. Mengangkat cadangan menerima Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia sebagai ahli gabungan GACOPA
  2. Memilih Malaysia sebagai tuan rumah persidangan GACOPA pada tahun berikutnya

International Executive Council of GACOPA yang bersidang pada 6 Mac 2020 telah sebulat suara BERSETUJU dengan dua (2) cadangan yang dikemukakan dan melantik:

  1. Presiden Persatuan Pembantu Malaysia sebagai Director at Large Asia (penyandang adalah Mustafa bin Abd Majid)
  2. Wakil Lembaga Pembantu Perubatan sebagai Secretary of The Board of Governors of GACOPA (penyandang adalah Zulhelmi bin Abdullah)
  3. Malaysia sebagai tuan rumah 3rd International Delegates & Scientific Conference for GACOPA 2021

Delegasi Malaysia menyambut baik dan berbesar hati dengan keputusan tersebut selaras dengan usaha mewujud dan memperkukuhkan kolaborasi antarabangsa sebagai mengorak langkah untuk mengangkat profesion Pembantu Perubatan setanding dengan profesion antarabangsa yang lain serta mendapatkan pengiktirafan antarabangsa akan peranannya. Usaha ini selari Pelan Pembangunan Profesion PPP di bawah Teras Ke-6 iaitu Pengukuhan Kolaborasi Antarabangsa serta bertepatan dengan Tema Hari Pembantu Perubatan Tahun 2020 iaitu AMOTeX: Meningkatkan Kecemerlangan Ke Arah Pengiktirafan.

Sekian, terima kasih.

SETIAUSAHA AGUNG
PERSATUAN PEMBANTU PERUBATAN MALAYSIA 
8 MAC 2020, KIGALI, RWANDA  

Dari Kiri: Ahmad Faizun bin Yunus @ Aziz (Bendahari Agung KKPPPSM), Dr. Alias bin Mahmud (Ahli Pemikir Akademi Pembantu Perubatan Malaysia/PPPM), Amin Zafri bin Abd Rahman (Setiausaha Agung PPPM), Mustafa bin Abd Majid (Presiden PPPM), Zulhelmi bin Abdullah (Ketua Delegasi/LPP), Moideen bin Kutty Hassan (Ahli Pemikir Akademi Pembantu Perubatan Malaysia/PPPM) dan Wilson Periyanayagam (mewakili LPP)