Webinar PPP – Siri 4

0
3109

Siri 4:-Perjuangan Belum Selesai

https://youtu.be/tcEq7x7N30o

WBS-3P Siri 4: Perjuangan Belum Selesai

1. Alhamdulillah, Forum WBS-3P telah memasuki Siri 4 untuk bulan September ini.

2. WBS-3P Siri 1-3 telah membincangkan hala tuju profesion PPP bagi mendepani cabaran di alaf baharu ini.

3. Diharapkan Matlamat utama WBS-3P diadakan iaitu untuk memberi pendedahan kepada PPP berkaitan dengan hala tuju PPP berdasarkan kerangka Plan 6P telah tercapai.

4. WBS-3P Siri 4 yang bertemakan ‘Perjuangan Belum Selesai’ menengahkan barisan ahli panel yang sangat istimewa iaitu:

• Tn Hj Hassan Ahmad
(Mantan KPPPM)
• Tn Hj Mansor J.A Fenner
(Mantan Pengarah Kolej PP/Pengajar)
• Tn Hj Idris Mohd Nor
(Mantan Presiden KKPPPSM)
• Tn Hj Mustafa Abd Majid
(Presiden PPPM)

Tetamu Jemputan

  • Tn Hj Jaafar Md Shariff ( Mantan Ketua Pen Pegawai Perubatan (Kesihatan Awam)

5. Mereka merupkan antara tokoh dan pejuang yang telah membawa profesion PPP ke tahap sekarang.

6. Tidak dilupakan juga jasa-jasa Mantan kepimpinan PPP seperti Hj Isa Itam, Hj Hassan Ithnin, Hj Johari, Hj Siri, Hj Mohd Radzi, Hj Jaafar Md Sharif, En Azmi Osman, Hj Moideen Hasan, C Perumal dan lain-lain.

7. Mereka inilah antara tokoh penting yang memperjuangkan nasib profesion dengan segala upaya. Beberapa isu besar seperti penjumudan profesion, elaun kritikal, mogok perusahaan, pendidikan, skim dan gred dan lain-lain telah mereka perjuangkan yang hasilnya dinikmati oleh kita sekarang.

8. Justeru, marilah sama-sama kita sertai Forum WBS-3P Siri 4 ini bagi mendengar sendiri pengalaman mereka buat panduan dan pengajaran kita.

9. Forum ini akan dijalankan seperti berikut:

Tarikh: 25 Sept 2020
Masa: 9.00-10.30 mlm
Pendaftaran: https://rb.gy/dtiqbt
(Boleh juga Scan QR code dlm Poster)
Moderator: Tn Hj Amin Zafri Abd Rahman
Jangan lepaskan peluang ini!!

Dr Alias Mahmud
Penyelaras
Forum WBS-3P