Perutusan Presiden

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Syukur Alhamdulillah, kita telah melangkah ke tahun 2020. Masih belum terlambat untuk saya mengucapkan selamat tahun baru kepada semua Ahli Majlis Tertinggi termasuk EXCO Kesatuan Kebangsaan Penolong Pegawai Perubatan Semenanjung Malaysia khasnya dan warga PPP amnya. Kesatuan telah berjaya mengadakan Persidangan Perwakilan Dwi-Tahunan kali ke 24 dari 17 Sept sehingga 19 Sept 2019 di Hotel Grand Puteri Resort, Kuala Terengganu.

Kita sedia maklum di Malaysia ada lebih kurang 240 kesatuan yang ditubuhkan demi menjaga kepentingan ahli-ahli kesatuan. Peranan yang dimainkan daripada kesatuan amat penting dalam menjaga dan melindungi ahli-ahli supaya tidak ditindas dan dieksploitasi oleh majikan.

Penglibatan ahli dalam jumlah yang ramai akan menambahkan lagi kekuatan KKPPPSM dalam menuntut hak dan keperluan serta menjaga kepentingan ahli dalam pekerjaan. Pada masa ini terdapat pertambahan ahli yang amat ketara tetapi masih ditahap 50%. Kesatuan perlu mempunyai ahli lebih dari 70% untuk menjadi lebih kuat. Di dalam konteks masa kini, pastinya peranan kesatuan melangkaui peranan tradisi. lni kerana perubahan teknologi, automasi, robotik dan sebagainya yang begitu cepat jika tidak ditangani akan mengakibatkan ahli-ahli ketinggalan dan menjadi tidak relevan.

Kita perlu sentiasa seiring dengan perubahan semasa dan perkembangan teknologi agar tidak ketinggalan. Sebagai pekerja yang komited, kita perlu mempunyai semangat dan kemahuan untuk berubah ke arah kebaikan kerana semangat ini akan membuatkan kita sentiasa bersedia menghadapi apa bentuk cabaran sekalipun. perubahan semangat dan etika kerja yang baik ini adalah harapan masa depan kita.

Kita mengucapkan syabas kepada PPP wanita yang telah berani menerima cabaran dilantik sebagai Biro Wanita duduk bersama-sama Ahli Majlis Tertinggi Kesatuan sebagai anggota EXCO. Kita berharap dengan adanya wakil wanita di peringkat AMT akan memberi perangsang kepada rakan-rakan mereka untuk menjadi ahli kesatuan.

Persidangan Perwakilan Dwi Tahunan Kali Ke 24 telah mengetengahkan usul-usul yang relevan seperti Pengisian segera PPP gred U41, pengisian post U44 untuk penyandang flexi U41/U42/U44, tambahan merit tahun pengalaman bekerja di gred sokongan, mewujudkan lebih banyak perjawatan PPP gred U48, kekurangan jawatan PPP dalam perkhidmatan khususnya di klinik komuniti, kajian semula Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK) bagi skim PPP, tali pinggang, tali leher tidak dibekalkan sebagai pakaian seragam PPP termasuklah tudung wanita.

Menyentuh berkaitan tabung kebajikan, Persidangan Dwi-Tahunan Kali ke 24 telah bersetuju proses penambahbaikan syarat tabung kebajikan dilaksanakan Walau bagaimana pun ia bergantung kepada kelulusan pihak Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja.

Bagi menempuh cabaran dalam mencapai sasaran yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia terutama cabaran yang mendatang dapat diperhalusi dan dibincangkan dengan lebih mendalam serta idea-idea yang bernas dan praktikal dapat dilahirkan. Biar kita berbeza pendapat dalam urusan lain, tetapi perlu bersatu untuk memastikan kebajikan dan profesion PPP terbela.

Dikesempatan ini juga saya berharap kepada semua Majlis Tertinggi dan Exco yang baru di amanahkan, akan menerajui KKPPPSM untuk penggal yang akan datang dapat menggalas amanah dan tanggungjawab yang telah diberikan dengan sebaik mungkin bagi membela kebajikan dan kerjaya untuk semua ahli KKPPPSM dan juga profesion Penolong Pegawai Perubatan. Tanggungjawab yang paling penting bagi pemimpin samada di pusat ataupun negeri itu wajib berusaha menjadikan kepentingan ahli melebihi kepentingan dirinya.

HJ. MOHD ZABIDI BIN MOHD TAHA B.K.T.
PRESIDEN
Kesatuan Kebangsaan Penolong Pegawi Perubatan Semenanjung Malaysia

kkpppsm

kkpppsm sistem

  • Semak Status Keahlian
  • Permohonan Tabung Kebajikan
  • Semakan Tabung Kebajikan
  • Manual Pengguna
  • KKPPPSM Dashboard

kkpppsm hubungi kami

11-2, Aras 2, Wisma Pembantu Perubatan, Jln Reko Sentral 9, Reko Sentral, 43000 Kajang, Selangor Tel: 03 8883 2188/ 03 8734 0109