PERLEMBAGAAN BAGI

PERSATUAN PEMBANTU PERUBATAN MALAYSIA

FASAL 1 NAMA

(1) Pertubuhan ini dikenali dengan nama

PERSATUAN PEMBANTU PERUBATAN MALAYSIA

Selepas ini disebut "Pertubuhan".
(2) Takrif Nama:
(3) Bertaraf : Kebangsaan

 


FASAL 2 TEMPAT URUSAN

1. Alamat berdaftar dan tempat urusan pertubuhan ialah

ARAS 2, WISMA PEMBANTU PERUBATAN, NO.11, JALAN REKO SENTRAL 9,
REKO SENTRAL
41000 KAJANG
SELANGOR

dan alamat untuk surat-menyurat adalah


ARAS 2, WISMA PEMBANTU PERUBATAN, NO.11, JALAN REKO SENTRAL 9,
REKO SENTRAL
41000 KAJANG
SELANGOR

atau di tempat lain atau tempat-tempat yang akan ditetapkan dari semasa ke semasa oleh Jawatankuasa;

2. Tempat urusan berdaftar dan alamat surat menyurat Pertubuhan tidak boleh diubah tanpa kebenaran Pendaftar Pertubuhan terlebih dahulu.

 

FASAL 3 TUJUAN/MATLAMAT

Tujuan Pertubuhan adalah seperti berikut:

1. Menyediakan keperluan profesional bagi pembantu perubatan dan mereka yang ada hubungan dengan amalan sains dan kesihatan ke arah membantu dan mengekalkan piawaian dan etika kerja

2. Menggalakkan perkongsian maklumat dan idea melalui penulisan, teknikal dan aktiviti sosial yang melibatkan peranan pembantu perubatan berhubung dengan penjagaan kesihatan primer dan sekunder, perubatan kecemasan, pengkhususan dan kepakaran tertinggi serta pengurusan klinikal

3. Menggalak dan memantapkan perpaduan bagi kepentingan profesyen pembantu perubatan dengan mematuhi etika dan tatakelakuan yang profesional.

4. Mempromosikan kemajuan pembantu perubatan sebagai satu profesyen dengan mengekalkan piawaian latihan, perkhidmatan pembelajaran dan kepentingan profesion di semua peringkat.

5. Memberi kesedaran kepada masyarakat untuk mewujud pandangan secara profesional berhubung dengan masalah perubatan dan kesihatan.

6. Menyuarakan pandangan persatuan kepada kerajaan serta lain-lain pihak berhubung polisi dan pendirian profesyen pembantu perubatan.

 

FASAL 4 KEAHLIAN

1. Keahlian Pertubuhan adalah seperti berikut:

A. AHLI BIASA

  1. Kewarganegaraan : Warganegara Malaysia
  2. Umur Minima : 18 tahun
  3. Kawasan/Negeri Tempat Tinggal Ahli : Malaysia
  4. Keturunan :
  5. Jantina :
  6. Agama :
  7. Kriteria Keahlian Yang Lain : Keahlian bagi ahli biasa terbuka kepada semua pembantu perubatan samada berdaftar sementara atau tetap dengan lembaga pembantu perubatan di bawah akta 180, akta pembantu perubatan(pendaftaran) 1977

B. AHLI BERSEKUTU
Terbuka kepada mereka yang tinggal di luar tempat tinggal 4(1)(a)(iii). mereka tidak boleh mengundi dan memegang jawatan dalam pertubuhan.

C. AHLI KEHORMAT
Terdiri daripada mereka yang berjasa kepada masyarakat dan boleh memberisumbangan kepada pertubuhan. mereka ditentukan oleh jawatankuasa dan terkecuali dari pembayaran yuran.


D. AHLI SEUMUR HIDUP
Tiada

E. AHLI REMAJA
Tiada

2. Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah dicadang dan disokong oleh 2 orang ahli dan dihantar kepada Setiausaha Cawangan tempatan yang hendaklah mengemukakan permohonan itu dengan secepat mungkin kepada Jawatankuasa Cawangan untuk dipertimbangkan. Jawatankuasa Cawangan boleh, mengikut budibicaranya, menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebab-sebabnya. Permohonan menjadi ahli bagi tempat di mana cawangan belum ditubuhkan, hendaklah diuruskan mengikut kaedah itu juga oleh Setiausaha Agung dan Jawatankuasa Pusat.

3. Tiap-tiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan seperti tersebut di atas hendaklah, setelah membayar bayaran masuk dan yuran pertama yang ditetapkan diterima menjadi ahli Pertubuhan dan berhaklah ia menjadi ahli.

 

FASAL 5 PEMBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI

1. Ahli yang hendak berhenti daripada menjadi ahli Pertubuhan hendaklah memberi kenyataan bertulis dua minggu terlebih dahulu kepada Setiausaha Cawangan dan menjelaskan segala hutangnya.

2. Mana-mana ahli yang gagal mematuhi Perlembagaan Pertubuhan atau bertindak dengan cara yang akan mencemar nama baik Pertubuhan boleh dipecat atau digantung keahliannya bagi suatu tempoh sebagai mana yang difikirkan munasabah oleh Jawatankuasa Cawangan. Sebelum Jawatankuasa Cawangan memecat atau menggantung keahlian ahli tersebut, ahli itu hendaklah diberitahu akan sebab-sebab bagi pemecatan atau penggantungannya secara bertulis. Ahli tersebut juga hendaklah diberi peluang untuk memberi penjelasan dan membela dirinya. Pemecatan atau penggantungan itu hendaklah dilaksanakan melainkan Mesyuarat Agung Cawangan

 

FASAL 6 SUMBER KEWANGAN

1. Bayaran masuk: RM 10.00 (Ringgit Malaysia: Sepuloh Sahaja)

2. Yuran

a. Yuran tahunan RM 50.00 (Ringgit Malaysia: Lima Puloh Sahaja)

  1. Yuran tahunan hendaklah dijelaskan kepada Bendahari Cawangan terlebih dahulu di dalam tempoh 10 hari dari awal tiap-tiap tahun. Jika cawangan belum ditubuhkan, pembayaran hendaklah disampaikan kepada Bendahari Agung atau kepada Setiausaha Agung.

b. Yuran seumur hidup (perlu dijelaskan semasa permohonan ahli) RM 0

c. Ahli yang membiarkan hutang yurannya lebih daripada 2 tahun akan menerima surat peringatan yang ditandatangani oleh atau wakil Setiausaha Agung atau Setiausaha Cawangan, dan hilanglah hak-hak keistimewaannya sebagai ahli sehingga hutangnya dijelaskan.

d. Ahli yang membiarkan hutangnya sebanyak lebih daripada jumlah yuran bagi 3 tahun dengan sendirinya terhenti daripada menjadi ahli Pertubuhan dan Jawatankuasa Pusat boleh memerintahkan supaya tindakan yang sah diambil terhadapnya, dengan syarat mereka berpuashati yang ahli itu telah menerima kenyataan berkenaan hutangnya terlebih dahulu.

e. Jawatankuasa Pusat mempunyai kuasa menetapkan yuran masuk semula bagi sesiapa yang telah membiarkan keahliannya terlucut disebabkan hutang.

f. Yuran khas atau kutipan wang daripada ahli-ahli untuk perkara yang tertentu boleh dipungut dengan persetujuan Mesyuarat Perwakilan Pertubuhan. Sekiranya ada ahli yang mungkir membayar wang yuran tersebut dalam tempoh yang telah ditetapkan, maka wang itu akan dianggap sama seperti hutang yuran tahunan.

3. Sumbangan

Pertubuhan ini dibenarkan untuk menerima sumbangan dalam bentuk wang dan barangan. Sumbangan berbentuk wang hendaklah diisytiharkan dengan
jelas dan tepat dalam Penyata Tahunan Pertubuhan.

4. Kegiatan Ekonomi

Pertubuhan ini boleh menjalankan kegiatan ekonomi seperti menjual, membeli, melabur, menyewa, memiliki harta alih dan tak alih serta lain-lain kegiatan ekonomi.

 

FASAL 7 MESYUARAT PERWAKILAN

1. Bagi Perlembagaan ini, seorang “ahli-terus” maknanya ialah seorang ahli pertubuhan yang tidak menjadi ahli cawangan dan seorang “wakil ahli” maknanya ialah seorang wakil yang dilantik oleh ahli-ahli terus.

2. Pentadbiran pertubuhan ini terserah kepada mesyuarat perwakilan yang mengandungi wakil-wakil cawangan dan wakil-wakil ahli dan ahli-ahli Jawatankuasa Pusat. Sebarang ahli pertubuhan, dengan persetujuan Pengerusi boleh hadir di dalam mesyuarat perwakilan tetapi ia tidak boleh bercakap atau mengundi.

3. Wakil-wakil cawangan hendaklah dipilih tiap-tiap 2 tahun oleh cawangan masingmasing dan mereka boleh dipilih semula. Sesuatu cawangan berhak memilih 3 wakil bagi 100 ahli yang pertama atau sebahagian daripada jumlah itu dan 1 wakil lagi bagi tiap-tiap 50 ahli lebih daripada 100 ahli yang pertama, dengan syarat jumlah wakil bagi sesuatu cawangan tidak lebih daripada 5.

4. Wakil-wakil ahli hendaklah dipilih tiap-tiap 2 tahun oleh ahli-ahli terus dan mereka boleh dipilih semula.3 wakil boleh dipilih bagi 100 ahli yang pertama atau sebahagiannya dan tambahan 1 wakil bagi 50 ahli lebih daripada 100 ahli yang pertama, dengan syarat jumlah wakil ahli tidak lebih daripada 5.

5. Ahli Jawatankuasa Pusat tidak boleh dipilih menjadi wakil cawangan atau wakil ahliahli. Ahli Jawatankuasa Pusat dan wakil-wakil yang hadir berkuasa mengundi di dalam mesyuarat perwakilan.

6. Kuorum untuk mesyuarat perwakilan dianggap cukup jika wakil-wakil yang hadir, tidak kira jumlahnya berjumlah lebih daripada jumlah wakil bagi setengah (1/2) bilangan cawangan-cawangan dan lebih daripada setengah (1/2) jumlah wakil ahliahli terus pertubuhan.

7. Jika kuorum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan untuk mesyuarat, maka mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan kepada suatu tarikh (tidak lebih daripada 30 hari) yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Pusat; dan jika kourum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang ditetapkan untuk mesyuarat yang ditangguhkan itu, maka berkuasalah wakil-wakil yang hadir menjalankan mesyuarat pada hari itu tetapi tidaklah berkuasa meminda Perlembagaan Pertubuhan.

8. Mesyuarat DwiTahunan Perwakilan bagi Pertubuhan hendaklah diadakan dalam tempoh 24 bulan daripada tarikh Mesyuarat DwiTahunan Perwakilan terakhir pada tarikh, masa dan tempat yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Pusat. Kerja-kerja Mesyuarat DwiTahunan Perwakilan ialah:

  1. Menerima laporan Jawatankuasa Pusat berkenaan perjalanan Pertubuhan yang lalu;
  2. Menerima laporan Bendahari Agung dan penyata kewangan yang telah diaudit;
  3. Memilih ahli-ahli Jawatankuasa Pusat dan melantik Juruaudit; dan
  4. Menguruskan perkara-perkara lain yang dibentangkan di dalam mesyuarat itu.

9. Pengumuman awal mengenai Mesyuarat DwiTahunan Perwakilan yang menyatakan tarikh, waktu dan tempat, dan panggilan mengemukakan cadangan
untuk perbincangan, cadangan untuk meminda Perlembagaan dan pencalonan untuk pemilihan ahli-ahli Jawatankuasa Pusat, hendaklah dikirimkan oleh
Setiausaha Agung kepada tiap-tiap Setiausaha Cawangan tidak lewat daripada 60 hari sebelum tarikh yang ditetapkan untuk mesyuarat, dan pengumuman ini hendaklah ditunjukkan supaya jelas kelihatan di tempat urusan pertubuhan yang telah didaftarkan. Tiap-tiap Setiausaha Cawangan hendaklah mengadakan Mesyuarat Agung DwiTahunan Cawangan tidak lewat daripada 30 hari setelah menerima pengumuman awal itu.

10. Nama-nama wakil, pencalonan untuk pemilihan pegawai-pegawai dan cadangan untuk dibincangkan di dalam Mesyuarat DwiTahunan Perwakilan hendaklah dihantar oleh Setiausaha Cawangan atau ahli-ahli secara individu supaya sampai kepada Setiausaha Agung tidak lewat daripada 40 hari selepas penerimaan pengumuman awal mesyuarat.

11. Setiausaha Agung, jika boleh hendaklah mengadakan mesyuarat ahli-ahli terus tidak kurang daripada 30 hari sebelum tarikh yang ditetapkan untuk Mesyuarat  DwiTahunan Perwakilan, untuk melantik wakil-wakil ahli dengan syarat jika keadaan tempat yang berjauhan tidak sesuai bagi mengadakan mesyuarat, maka dengan cara melantik wakil-wakil ahli hendaklah diputuskan oleh Jawatankuasa Pusat.

12. Setiausaha Agung hendaklah menghantar kepada Setiausaha Cawangan sekurangkurangnya 7 hari sebelum diadakan Mesyuarat DwiTahunan Perwakilan satu notis termasuk salinan minit mesyuarat dan laporan aktiviti tahunan, cadangan dan pencalonan untuk pemilihan pegawai-pegawai berserta dengan penyata kewangan Pertubuhan bagi tahun lalu yang telah diaudit. Salinan dokumen-dokumen ini hendaklah diberikan kepada tiap-tiap wakil cawangan dan wakil ahli dan salinan dokumen itu boleh diperolehi untuk dibaca oleh ahli-ahli di alamat tempat urusan Pertubuhan atau di pejabat-pejabat cawangan.


13. Mesyuarat Khas Perwakilan bagi Pertubuhan ini boleh diadakan:

  1. Bila difikirkan mustahak oleh Jawatankuasa Pusat; atau
  2. Atas permintaan dengan bertulis oleh ahli-ahli jawatankuasa bagi dua cawangan atau lebih atau oleh tidak kurang daripada 20 orang ahli-ahli terus dengan menerangkan tujuan-tujuan dan sebab-sebab mengadakannya.

14. Mesyuarat Khas Perwakilan yang diminta oleh Cawangan-cawangan atau ahli-ahli terus hendaklah diadakan pada satu tarikh di dalam tempoh 30 hari dari tarikh penerimaan permintaan mesyuarat itu.

15. Pengumuman dan agenda untuk Mesyuarat Khas Perwakilan itu hendaklah diedarkan kepada semua Setiausaha Cawangan oleh Setiausaha Agung sekurangkurangnya 15 hari sebelum tarikh yang telah ditetapkan untuk mesyuarat.

16. Fasal 7 (6) dan 7 (7) di dalam Perlembagaan ini berkenaan kourum dan penangguhan Mesyuarat DwiTahunan Perwakilan boleh digunakan untuk Mesyuarat Khas Perwakilan, tetapi dengan syarat jika kourum tidak mencukupi selepas setengah jam dari waktu yang telah ditetapkan bagi Mesyuarat Khas Perwakilan itu atas permintaan, maka mesyuarat itu hendaklah dibatalkan, dan sekurang-kurangnya 6 bulan daripada tarikh ini Mesyuarat Khas Perwakilan atas permintaan Cawangan-cawangan dengan tujuan yang sama tidaklah boleh diadakan.

17. Setiausaha Agung hendaklah menghantar kepada semua Setiausaha Cawangan salinan minit mesyuarat tiap-tiap Mesyuarat DwiTahunan Perwakilan atau Mesyuarat Khas Perwakilan dalam tempoh 3 bulan setelah selesainya mesyuarat.

 

FASAL 8 JAWATANKUASA PUSAT

1. Satu Jawatankuasa Pusat seperti berikut yang dinamakan pegawai-pegawai Pertubuhan hendaklah dipilih dua tahun sekali di dalam Mesyuarat DwiTahunan

Perwakilan:
Seorang Pengerusi
Seorang Timbalan Pengerusi
Seorang Setiausaha
Seorang Penolong Setiausaha
Seorang Bendahari
17 orang Ahli Jawatankuasa Biasa


2. Semua ahli yang berkhidmat di dalam Jawatankuasa Pusat dan tiap-tiap pegawai yang menjalankan tugas eksekutif di dalam Pertubuhan ini hendaklah warganegara Malaysia.

3. Nama-nama untuk jawatan-jawatan yang di atas hendaklah dicadangkan serta disokong dan pemilihan akan dijalankan dengan cara mengundi oleh wakil-wakil cawangan/ahli di dalam Mesyuarat DwiTahunan Perwakilan. Semua pegawai boleh dipilih semula dua tahun sekali.

4. Fungsi Jawatankuasa Pusat ialah mengelola dan mengaturkan kerja-kerja harian Pertubuhan dan membuat keputusan atas perkara-perkara mengenai perjalanan Pertubuhan mengikut dasar am yang telah ditetapkan oleh Mesyuarat Perwakilan. Jawatankuasa Pusat seharusnya tidaklah boleh mengambil tindakan yang bertentangan dengan keputusan Mesyuarat Perwakilan dengan tidak terlebih dahulu berhubung dengannya dan Jawatankuasa Pusat mestilah sentiasa mematuhi keputusan Mesyuarat Perwakilan. Jawatankuasa Pusat hendaklah mengemukakan laporan berkenaan kegiatan-kegiatannya dalam tahun lalu kepada tiap-tiap Mesyuarat Perwakilan.

5. Jawatankuasa Pusat hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya 4 kali dalam setahun Notis bagi tiap-tiap mesyuarat hendaklah diberikan kepada ahli Jawankuasa Pusat 7 hari terlebih dahulu. Pengerusi dengan bersendirian, atau tidak kurang daripada 3 orang ahli Jawatankuasa Pusat bersama-sama, boleh memanggil supaya diadakan Mesyuarat Jawatankuasa Pusat pada bila-bila masa. Sekurang-kurangnya setengah daripada bilangan ahli-ahli Jawatankuasa Pusat hendaklah hadir bagi mengesahkan perjalanan dan mencukupkan kourum mesyuarat.

6. Jika timbul perkara mustahak yang berkehendakkan kelulusanJawatankuasa Pusat dan Mesyuarat Jawatankuasa Pusat tidak dapat diadakan, maka bolehlah Setiausaha Agung mendapatkan kelulusan Jawatankuasa Pusat secara pengedaran surat sekeliling. Syarat-syarat mengenainya seperti berikut hendaklah disempurnakan sebelum keputusan Jawatankuasa Pusat boleh dianggap sebagai telah diterima:

  1. Masalah yang dibangkitkan itu hendaklah dibutirkan dengan terang di dalam surat pekeliling yang diedarkan kepada tiap-tiap ahli Jawatankuasa Pusat;
  2. Sekurang-kurangnya setengah daripada bilangan ahli-ahli Jawatankuasa Pusat mestilah menyatakan persetujuan atau bantahan mereka terhadap cadangan itu; dan
  3. Keputusan hendaklah dengan undi yang terbanyak. Sebarang keputusan yang diperolehi melalui surat pekeliling hendaklah dilaporkan oleh Setiausaha Agung kepada Mesyuarat Jawatankuasa Pusat berikutnya untuk disahkan dan dicatatkan di dalam minit mesyuarat.

7. Ahli Jawatankuasa Pusat yang mungkir menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Pusat tiga kali berturut-turut tanpa alasan yang memuaskan akan disifatkan sebagai telah meletakkan jawatan.

8. Jika seorang ahli Jawatankuasa Pusat meninggal dunia atau meletakkan jawatan, calon kedua mendapat undi terbanyak di dalam pemilihan yang lalu hendaklah dipanggil untuk memenuhkan kekosongan itu. Jika calon yang sedemikian tidak ada atau menolak jawatan itu, maka berkuasalah Jawatankuasa Pusat melantik ahli Pertubuhan yang lain memenuhkan kekosongan itu sehingga Mesyuarat DwiTahunan Perwakilan diadakan.

9. Jawatankuasa Pusat boleh memberi perintah kepada Setiausaha Agung dan pegawai-pegawai lain untuk menjalankan urusan-urusan Pertubuhan, dan melantik pengurus dan kakitangan yang difikirkan mustahak. Ia boleh menggantung atau melucutkan jawatan sebarang pengurus atau kakitangan kerana cuai di dalam pekerjaan, curang, tidak cekap, engkar menjalankan keputusan Jawatankuasa Pusat atau kerana sebab-sebab yang difikirkan boleh merosakkan kepentingan Pertubuhan.

10. Jawatankuasa Pusat boleh menubuhkan Jawatankuasa kecil jika difikirkan mustahak dan memberikan kewajipan khas kepada sebarang ahli Jawatankuasa.

11. Jawatankuas Pusat yang lama hendaklah menyerahkan semua dokumen Pertubuhan seperti sijil pendaftaran, perlembagaan berdaftar, salinan Penyata Tahunan, surat-surat maklumbalas, buku-buku akaun, buku bank, cek dan resit, geran-geran tanah, senarai aset dan sebagainya kepada Jawatankuasa Pusat baru.

 

FASAL 9 KEWAJIPAN-KEWAJIPAN PEGAWAI

1. Pengerusi, dalam tempoh memegang jawatannya hendaklah menjadi Pengerusi semua Mesyuarat Perwakilan dan semua Mesyuarat Jawatankuasa Pusat dan bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan semua mesyuarat. Dia mempunyai undi pemutus dan hendaklah dia menandatangani minit mesyuarat bila telah diluluskan.

2. Naib Pengerusi hendaklah memangku jawatan Pengerusi semasa ketiadaannya.

3. Setiausaha Agung hendaklah menjalankan kerja Pertubuhan mengikut Perlembagaan dan hendaklah dia menjalankan perintah Mesyuarat Perwakilan dan Jawatankuasa Pusat. Dia bertanggungjawab mengendalikan urusan surat menyurat dan menyimpan semua rekod dan dokumen Pertubuhan kecuali buku-buku akaun dan dokumen kewangan. Setiausaha Agung hendaklah menyimpan buku daftar ahli yang mengandungi maklumat terperinci ahli mengikut kategori seperti nama, tempat dan tarikh lahir, nombor kad pengenalan, pekerjaan, nama dan alamat majikan dan alamat rumah kediaman tiap-tiap ahli. Dia hendaklah hadir di dalamsemua mesyuarat dan membuat catatan mesyuarat.

4. Penolong Setiausaha Agung hendaklah menolong Setiausaha Agung menjalankan kerja-kerjanya dan memangku jawatan itu semasa ketiadaan Setiausaha Agung.

5. Bendahari Agung adalah bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan Pertubuhan. Dia hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya di atas ketepatan penyata kewangan Pertubuhan yang terdiri daripada penyata penerimaan dan perbelanjaan serta kunci kira-kira.

6. Ahli-ahli Jawatankuasa Biasa hendaklah membantu Jawatankuasa Pusat menjalankan tugas yang diarahkan olehnya.

 

FASAL 10 KEWANGAN

1. Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan dalam Perlembagaan ini, wang Pertubuhan boleh digunakan untuk perkara yang berfaedah bagi menjalankan tujuan-tujuan Pertubuhan termasuklah belanja pentadbiran, bayaran gaji, biayaan dan perbelanjaan pegawai-pegawai dan kakitangan yang bergaji serta upah juruaudit.

2. Bendahari Agung dibenarkan menyimpan wang tunai tidak lebih daripada RM 500 (Ringgit Malaysia Lima Ratus Sahaja) pada sesuatu masa. Wang yang lebih daripada jumlah itu mestilah dimasukkan di dalam tempoh tujuh hari ke dalam bank yang diluluskan oleh Jawatankuasa Pusat. Kira-kira bank itu hendaklah di atas nama Pertubuhan.

3. Segala cek atau kenyataan pengeluaran wang daripada akaun Pertubuhan hendaklah ditandatangan bersama oleh Pengerusi, Setiausaha Agung dan Bendahari Agung. Walau bagaimanapun, Jawatankuasa Pusat berhak melantik sesiapa di antara mereka sebagai pengganti untuk menandatangani cek atau pengeluaran wang Pertubuhan semasa ketiadaan mana-mana penandatangan tersebut.

4. Perbelanjaan yang lebih daripada RM 5000 (Ringgit Malaysia Lima Ribu Sahaja) bagi sesuatu masa tidak boleh dibayar dengan tidak diluluskan terlebih dahulu oleh Jawatankuasa Pusat, dan perbelanjaan yang lebih daripada RM 50000 (Ringgit Malaysia Lima Puloh Ribu Sahaja) bagi sesuatu masa tidak boleh dilakukan tanpa mendapat kebenaran Mesyuarat Perwakilan terlebih dahulu. Perbelanjaan yang kurang daripada RM 5000 (Ringgit Malaysia Lima Ribu Sahaja) boleh diluluskan bersama oleh Pengerusi, Setiausaha Agung dan Bendahari Agung.

5. Penyata kewangan bagi setahun hendaklah disediakan oleh Bendahari Agung dan diperiksa oleh juruaudit yang dilantik di bawah Fasal 11 Perlembagaan ini dengan seberapa segeranya setelah tamat tahun kewangan. Penyata kewangan yang telah diaudit itu hendaklah diedar untuk makluman ahli-ahli dan dikemukakan untuk diluluskan oleh Mesyuarat Tahunan Perwakilan yang berikutnya. Setiap salinan tersebut hendaklah dibekalkan untuk makluman ahli di alamat tempat urusan Pertubuhan yang berdaftar.

6. Tahun kewangan Pertubuhan ini hendaklah bagi tempoh 12 bulan iaitu bermula dari1 Januari.

 

FASAL 11 JURUAUDIT

1. Dua orang orang yang bukannya pegawai Pertubuhan boleh dilantik di dalam Mesyuarat DwiTahunan Perwakilan sebagai Juruaudit. Mereka akan memegang jawatan selama dua tahun dan boleh dilantik semula.

2. Juruaudit adalah dikehendaki memeriksa penyata kewangan Pertubuhan dan cawangan-cawangan bagi setahun. Juruaudit hendaklah membuat perakuan dan menandatangani penyata kewangan tersebut untuk pertimbangan Mesyuarat DwiTahunan Perwakilan dan Mesyuarat Agung DwiTahunan Cawangan. Mereka juga dikehendaki bila-bila masa oleh Pengerusi mengaudit penyata kewangan Pertubuhan atau Cawangan-cawangan pada bila-bila masa di dalam tempoh perkhidmatan mereka dan membuat laporan kepada Jawatankuasa Pusat dan Jawatankuasa Cawangan.

 

FASAL 12 PENTADBIR HARTA

1. Segala harta tidak alih Pertubuhan hendaklah didaftarkan atas nama Pertubuhan dan segala surat cara pelaksanaan berkaitan dengan harta ini dianggap sah dan berkuatkuasa seolah-olah ianya telah dilaksanakan oleh seorang tuan punya berdaftar dengan syarat surat cara itu disempurnakan oleh 3 orang pemegang jawatan pertubuhan pada masa itu yang mana perlantikan mereka disahkan melalui sijil perakuan yang dikeluarkan oleh Pendaftar Pertubuhan dan dimeteri dengan meteri Pertubuhan.

2. Harta tidak alih Pertubuhan tidak boleh dijual, digadai, ditarik balik atau ditukar milik tanpa persetujuan Mesyuarat Agung.

 

FASAL 13 PEMBUBARAN

1. Pertubuhan ini boleh dibubarkan secara sukarela dengan persetujuan tidak kurang daripada tiga perlima (3/5) jumlah semua wakil cawangan/ahli yang berhak mengundi di dalam suatu Mesyuarat Perwakilan yang dipanggil khas kerananya.

2. Sekiranya Pertubuhan hendak dibubarkan secara yang disebutkan di atas, makasegala hutang dan tanggungan Pertubuhan yang sah mengikut Perlembagaan hendaklah dijelaskan dan baki wang yang tinggal hendaklah diselesaikan mengikut cara yang dipersetujui di dalam Mesyuarat Perwakilan berkenaan.

3. Kenyataan mengenai pembubaran itu hendaklah disampaikan kepada

 

FASAL 14 PENUBUHAN DAN PEMBUBARAN CAWANGAN-CAWANGAN 10

1. Jawatankuasa Pusat boleh membenarkan penubuhan cawangan di kawasan yang mempunyai sekurang-kurangnya 30 ahli Pertubuhan. Penubuhan cawangan hendaklah dibenarkan secara bertulis oleh Pendaftar Pertubuhan terlebih dahulu.

2. Jawatankuasa Pusat boleh membubarkan cawangan:

  1. Jika bilangan ahli-ahli di dalam tempoh enam bulan berturut-turut kurang daripada 30; atau
  2. Jika cawangan tidak mematuhi Perlembagaan Pertubuhan atau keputusan Mesyuarat Perwakilan atau Jawatankuasa Pusat atau jika Jawatankuasa Pusat mendapatinya bersalah kerana perbuatannya mencemarkan Pertubuhan.

3. Keputusan membubarkan cawangan hendaklah dengan undi terbanyak di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pusat, dengan syarat sebelum diambil keputusan membubarkan cawangan atas sebab yang disebutkan di dalam Fasal 14 (2) (b) di atas, cawangan yang berkenaan hendaklah diberi suatu notis selama 30 hari terlebih dahulu dan diberi peluang untuk menjawab tuduhan-tuduhan tersebut.

4. Perintah pembubaran hendaklah ditandatangani oleh Setiausaha Agung. Cawangan tidak boleh bergerak mulai dari tarikh penerimaan perintah tersebut kecuali untuk urusan penyelesaian. Sebarang cawangan yang musykil atas perintah pembubaran boleh, dengan kenyataan bertulis kepada Setiausaha Agung di dalam tempoh 30 hari daripada tarikh penerimaan perintah tersebut, membuat rayuan kepada Mesyuarat Perwakilan. Walaupun rayuan telah dibuat namun perintah pembubaran masih berkuatkuasa sehingga dibatalkan tetapi di dalam keadaan yang sedemikian Jawatankuasa Pusat boleh melantik satu jawatankuasa penjaga daripada ahli-ahli untuk menguruskan halehwal cawangan itu sementara rayuan tersebut dipertimbangkan.

5. Jika sesuatu cawangan ditutup kerana sebab yang disebutkan dalam fasal 14 (2) (a) di atas, maka Jawatankuasa Pusat hendaklah memindahkan ahli-ahli yang ada kepada cawangan yang hampir sekali, dan jika cawangan ditutup kerana sebab di dalam peraturan 14 (2) (b) di atas, maka ahli-ahli akan terhenti menjadi ahli Pertubuhan.

6. Adalah menjadi kewajipan Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari bagi cawangan itu menyerahkan kepada Setiausaha Agung segala buku, rekod, wang dan harta-harta lainnya yang dimiliki oleh cawangan berserta dengan penyata kewangan cawangan itu daripada tarikh akhir pengemukaan penyata kewangan itu dibentangkan sehingga tarikh perintah pembubaran.

7. Jika ahli-ahli sesuatu cawangan memutuskan hendak keluar daripada Pertubuhan, maka pegawai-pegawai cawangan itu dengan serta merta mestilah menyerahkan kepada Setiausaha Agung segala buku, rekod, wang dan harta-harta lain Pertubuhan dan seterusnya menyedia dan menyerahkan penyata kewangan kepada Setiausaha Agung seperti di dalam Fasal 14 (6) di atas.

 

FASAL 15 MESYUARAT AGUNG CAWANGAN

1. Mesyuarat Agung DwiTahunan Cawangan akan diadakan tidak lewat daripada 30 hari selepas menerima pemberitahu awal mengenai Mesyuarat DwiTahunan Perwakilan, supaya pemberitahu mengenai masa, tarikh dan tempat Mesyuarat Agung DwiTahunan Cawangan akan dikeluarkan dengan sewajarnya.

2. Kerja-kerja Mesyuarat Agung DwiTahunan Cawangan ialah untuk :

  1. Menerima laporan Bendahari Cawangan dan penyata kewangan Cawangan yang telah diaudit;
  2. Memilih wakil-wakil Mesyuarat Perwakilan;
  3. Memilih Jawatankuasa Cawangan dan Juruaudit Cawangan;
  4. Membincangkan perkara-perkara lain yang akan dibentangkan.

3. Setiausaha Cawangan hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli sekurang-kurangnya 21 hari sebelum tarikh yang ditetapkan untuk Mesyuarat Agung DwiTahunan Cawangan pemberitahu awal yang menyatakan tarikh, waktu dan tempat mesyuarat, panggilan mengemukakan cadangan untuk perbincangan dan pencalonan untuk pemilihan pegawai cawangan.

4. Pencalonan untuk pemilihan pegawai-pegawai dan cadangan untuk perbincangan di dalam Mesyuarat Agung DwiTahunan Cawangan hendaklah disampaikan kepada Setiausaha Cawangan tidak lewat daripada 7 hari selepas penerimaan pemberitahu awal mesyuarat.

5. Setiausaha Cawangan hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli sekurang-kurangnya 7 hari sebelum diadakan Mesyuarat Agung DwiTahunan Cawangan, satu agenda termasuk salinan minit mesyuarat dan laporan aktiviti tahunan berserta dengan penyata kewangan cawangan bagi tahun lalu yang telah diaudit. Salinan dokumen-dokumen ini juga boleh diperolehi untuk dibaca oleh ahli-ahli di alamat tempat urusan cawangan.

6. Sekurang-kurangnya satu perdua (1/2) daripada jumlah ahli-ahli cawangan yang berhak mengundi atau dua kali ganda jumlah ahli jawatankuasa cawangan, mengikut mana yang kurang, hendaklah hadir di dalam Mesyuarat Agung DwiTahunan Cawangan bagi mengesahkan perjalanan mesyuarat dan mencukupi kourum untuk mesyuarat.

7. Jika kourum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan untuk mesyuarat, maka mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan kepada suatu tarikh (tidak lebih daripada 7 hari) yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Cawangan, dan jika kourum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang ditetapkan untuk mesyuarat yang ditangguhkan itu, maka ahli-ahli berkuasa menjalankan mesyuarat tetapi tidaklah berkuasa membuat keputusan-keputusan yang melibatkan semua ahli.

8. Suatu Mesyuarat Agung Khas Cawangan hendaklah diadakan:

  1. Atas arahan Jawatankuasa Pusat; atau
  2. Apabila Jawatankuasa Cawangan memikirkannya mustahak;
  3. Atas permintaan bertulis tidak kurang daripada 1/2 ahli-ahli cawangan yang berhak mengundi dengan menyatakan tujuan dan sebab untuk mengadakan mesyuarat itu.

9. Mesyuarat Agung Khas Cawangan atas permintaan ahli-ahli hendaklah diadakan dalam tempoh 15 hari dari tarikh penerimaan permintaan mesyuarat tersebut.

10. Fasal 15 (6) dan 15 (7) di dalam Perlembagaan ini berkenaan kourum dan penangguhan Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan boleh digunakan untuk Mesyuarat Agung Khas Cawangan, tetapi dengan syarat jika kourum tidak mencukupi selepas setengah jam dari waktu yang ditetapkan bagi Mesyuarat Agung Khas Cawangan atas permintaan ahli-ahli tersebut, maka mesyuarat itu hendaklah dibatalkan dan dalam tempoh 6 bulan daripada tarikh ini Mesyuarat Agung Khas Cawangan atas permintaan ahli-ahli dengan tujuan yang sama tidaklah boleh diadakan.

11. Setiausaha Cawangan hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli dan Setiausaha Agung satu salinan minit Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan atau Mesyuarat Agung Khas dalam tempoh 3 bulan setelah selesainya mesyuarat.

 

FASAL 16 JAWATANKUASA CAWANGAN

1. Sesuatu Jawatankuasa Cawangan seperti berikut yang dinamakan pegawai-pegawai Pertubuhan hendaklah dipilih dua tahun sekali di dalam Mesyuarat Agung DwiTahunan Cawangan:

Seorang Pengerusi Cawangan;
Seorang Naib Pengerusi Cawangan;
Seorang Setiausaha Cawangan;
Seorang Penolong Setiausaha Cawangan;
Seorang Bendahari Cawangan; dan
4 Ahli Jawatankuasa Biasa Cawangan.

2. Semua ahli yang berkhidmat di dalam Jawatankuasa Cawangan dan tiap-tiap pegawai yang menjalankan tugas-tugas eksekutif dalam cawangan hendaklah warganegara Malaysia.

3. Nama-nama untuk jawatan-jawatan yang di atas hendaklah dicadang serta disokong dan pemilihan dijalankan dengan cara mengundi oleh ahli-ahli di dalam Mesyuarat Agung DwiTahunan Cawangan. Semua pegawai boleh dilantik semula dua tahun sekali.

4. Fungsi Jawatankuasa Cawangan ialah mengelola dan mengaturkan kerja-kerja harian Cawangan mengikut Perlembagaan Pertubuhan dan arahan-arahan Jawatankuasa Pusat dan Mesyuarat Perwakilan.

5. Jawatankuasa Cawangan hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya 4 kali dalam setahun. Notis bagi tiap-tiap mesyuarat hendaklah diberikan kepada ahli Jawankuasa Cawangan 7 hari terlebih dahulu. Pengerusi Cawangan dengan bersendirian, atau tidak kurang daripada 3 orang ahli Jawatankuasa Cawangan bersama-sama, boleh memanggil supaya diadakan Mesyuarat Jawatankuasa Cawangan pada bila-bila masa. Sekurang-kurangnya setengah daripada bilangan ahli-ahli Jawatankuasa Cawangan hendaklah hadir bagi mengesahkan perjalanan dan mencukupkan kourum mesyuarat.

6. Setiausaha Cawangan akan memberi satu salinan minit tiap-tiap mesyuarat Jawatankuasa Cawangan kepada Setiausaha Agung tidak lewat daripada 30 hari selepas mesyuarat itu diadakan.

 

FASAL 17 TUGAS-TUGAS PEGAWAI-PEGAWAI CAWANGAN

1. Pengerusi Cawangan dalam tempoh memegang jawatannya hendaklah menjadi Pengerusi semua Mesyuarat Agung Cawangan dan semua Mesyuarat Jawatankuasa Cawangan dan bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan semua mesyuarat. Dia mempunyai undi pemutus dan hendaklah dia menandatangani minit mesyuarat bila telah diluluskan.

2. Naib Pengerusi Cawangan hendaklah memangku jawatan Pengerusi Cawangan semasa ketiadaannya.

3. Setiausaha Cawangan hendaklah menjalankan kerja-kerja cawangan mengikutPerlembagaan dan dia hendaklah menjalankan perintah-perintah Mesyuarat Agung Cawangan dan Jawatankuasa Cawangan. Dia bertanggungjawab mengendalikan urusan surat menyurat dan menyimpan semua rekod dan dokumen Cawangan kecuali buku-buku akaun dan dokumen kewangan. Setiausaha Cawangan hendaklah menyimpan buku daftar ahli yang mengandungi maklumat terperinci ahli mengikut kategori seperti nama, tempat dan tarikh lahir, nombor kad pengenalan, pekerjaan, nama dan alamat majikan dan alamat rumah kediaman tiap-tiap ahli. Dia hendaklah hadir di dalam semua mesyuarat dan membuat catatan mesyuarat.

4. Penolong Setiausaha Cawangan hendaklah membantu Setiausaha Cawangan dalam menjalankan kerja-kerjanya dan memangku jawatan itu dalam masa ketiadaanya.

5. Bendahari Cawangan adalah bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan Cawangan. Dia hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya di atas ketepatan penyata kewangan Cawangan yang terdiri daripada penyata penerimaan dan perbelanjaan serta kunci kira-kira.

6. Ahli Jawatankuasa Biasa Cawangan hendaklah membantu Jawatankuasa Cawangan menjalankan sebarang tugas yang diarah olehnya.

 

FASAL 18 KEWANGAN CAWANGAN

1. Semua wang yang dikutip di Ibu Pejabat dan Cawangan-cawangan Pertubuhan akan menjadi aset bersama Pertubuhan.

2. Mesyuarat DwiTahunan Perwakilan akan menentukan dari masa ke semasa peratusan kadar yuran yang akan disimpan di Cawangan sebagai kumpulan wang Cawangan dan akan menetapkan jenis-jenis perbelanjaan yang akan menggunakan wang Cawangan.

3. Tiap-tiap Bendahari Cawangan akan menyampaikan kepada Bendahari Agung sebelum 15hb. tiap-tiap bulan yuran-yuran yang diterima oleh cawangan setelah ditolak peratusan yang disimpan sebagai kumpulan wang Cawangan.

4. Bendahari Cawangan akan juga menyampaikan kepada Bendahari Agung sebelum 15hb. tiap-tiap bulan suatu penyata pendapatan dan perbelanjaan serta kunci kirakira Cawangan bagi bulan lepas.

5. Bendahari Cawangan dibenarkan menyimpan wang tunai tidak lebih daripada RM 100 (Ringgit Malaysia Seratus Sahaja) pada sesuatu masa. Wang yang lebih daripada jumlah itu mestilah dimasukkan di dalam tempoh tujuh hari ke dalam bank yang diluluskan oleh Jawatankuasa Cawangan. Kira-kira bank itu hendaklah di atas nama Cawangan.

6. Segala cek atau kenyataan pengeluaran wang daripada akaun Cawangan hendaklah ditandatangan bersama oleh Pengerusi Cawangan, Setiausaha Cawangan dan Bendahari Cawangan. Walau bagaimanapun, Jawatankuasa Cawangan berhak melantik sesiapa di antara mereka sebagai pengganti untuk menandatangani cek atau pengeluaran wang Pertubuhan semasa ketiadaan manamana penandatangan tersebut.

7. Perbelanjaan yang lebih daripada RM 500 (Ringgit Malaysia Lima Ratus Sahaja) pada sesuatu masa tidak boleh dibayar dengan tidak diluluskan terlebih dahulu oleh Jawatankuasa Cawangan dan perbelanjaan yang lebih daripada RM 5000 (Ringgit Malaysia Lima Ribu Sahaja) bagi sesuatu masa tidak boleh dilakukan tanpa mendapat kebenaran Mesyuarat Agung Cawangan terlebih dahulu. Perbelanjaan yang kurang RM 500 (Ringgit Malaysia Lima Ratus Sahaja) boleh diluluskan bersama oleh Pengerusi Cawangan, Setiausaha Cawangan dan Bendahari Cawangan.

8. Penyata kewangan bagi setahun hendaklah disediakan oleh Bendahari Cawangan dan diperiksa oleh juruaudit yang dilantik di bawah Fasal 11 Perlembagaan ini dengan seberapa segeranya setelah tamat tahun kewangan. Penyata kewangan yang telah diaudit itu hendaklah diedar untuk makluman ahli-ahli dan dikemukakan untuk diluluskan oleh Mesyuarat Agung DwiTahunan Cawangan yang berikutnya. Setiap salinan tersebut hendaklah dibekalkan untuk makluman ahli di alamat tempat urusan Pertubuhan yang berdaftar.

9. Tahun kewangan Pertubuhan ini hendaklah bagi tempoh 12 bulan iaitu bermula dari 1 Januari .

10. Semua wang, buku dan harta-harta lain Pertubuhan yang dipegang oleh manamana Cawangan yang telah dibubarkan akan dihantarkan dengan segera oleh Setiausaha Cawangan kepada Setiausaha Agung, bersama-sama dengan penyata kewangan sebagaimana dinyatakan pada fasal 14 (6) dan 14 (7).

 

FASAL 19 PERUNTUKAN-PERINTUKAN UMUM MENGENAI CAWANGAN

1. Di mana peruntukan khas tiada disebut di dalam Perlembagaan ini bagi perkaraperkara berhubung dengan pentadbiran Cawangan-cawangan Pertubuhan, Perlembagaan yang berkenaan mengenai pentadbiran Ibu Pejabat Pertubuhan akan diikuti sejauh mana yang sesuai.

2. Mesyuarat Perwakilan dan Jawatankuasa Pusat akan memberi arahan kepada Mesyuarat Agung

 

FASAL 20 PINDAAN PERLEMBAGAAN

Perlembagaan ini tidak boleh dipinda kecuali dengan keputusan Mesyuarat Perwakilan. Permohonan untuk pindaan Perlembagaan hendaklah dikemukakan kepada Pendaftar Pertubuhan dalam tempoh 60 hari dari tarikh keputusan Mesyuarat Perwakilan meluluskan pindaan itu dan hanya boleh berkuatkuasa mulai daripada tarikh pindaan-pindaan itu diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan.


FASAL 21 TAFSIRAN PERLEMBAGAAN

1. Dalam tempoh di antara dua Mesyuarat perwakilan, Jawatankuasa Pusat boleh memberikan tafsirannya kepada Perlembagaan ini dan Jawatankuasa Pusat, jika pelu, boleh memutuskan perkara-perkara yang tidak terkandung di dalam Perlembagaan ini.

2. Kecuali perkara-perkara yang bertentangan atau tidak selaras dengan dasar yang telah dibuat di dalam Mesyuarat Perwakilan, keputusan Jawatankuasa Pusat ke atas ahli-ahli adalah muktamad jika tidak diubah oleh keputusan Mesyuarat Perwakilan.


FASAL 22 LARANGAN

1. Sebarang bentuk perjudian seperti yang ditafsirkan dalam Akta Rumah Judi Terbuka, 1953 adalah dilarang di premis pertubuhan.

2. Pertubuhan atau ahli-ahlinya tidak harus mencuba menghalang atau dengan apa cara juga mengganggu perniagaan atau harga barang-barang atau mengambil peranan di dalam gerakan kesatuan sekerja seperti definisi dalam Akta Kesatuan Sekerja 1959.

3. Pertubuhan ini tidak boleh menjalankan loteri sama ada dikhaskan kepada ahli-ahli atau tidak, atas nama pertubuhan atau pegawai-pegawainya atau Jawatankuasa atau ahli tanpa kelulusan daripada pihak berkuasa berkenaan.

4. “Faedah” seperti yang ditafsirkan di bawah Seksyen 2 Akta Pertubuhan, 1966 tidaklah boleh diberi oleh Pertubuhan kepada mana-mana ahlinya.

5. Semua wang dan keuntungan yang didapati oleh Pertubuhan ini hasil daripada penyertaannya dalam kegiatan ekonomi hendaklah disalurkan kembali kepada pertubuhan bagi mencapai matlamat pertubuhan ini dan tidak boleh digunakan untuk membayar faedah, keuntungan atau bonus kepada mana-mana ahli Pertubuhan. Sungguhpun begitu, peruntukan ini tidak menghalang sebarang pembayaran gaji dan perbelanjaan pentadbiran atau kedua-duanya kepada manamana ahli atau pekerja Pertubuhan.

6. Persatuan penganut tidak dibenarkan mentadbir rumah ibadat.

 

FASAL 23 BENDERA, LAMBANG DAN LENCANA

1. Bendera
-
Keterangan :
-
2. Lambang

Keterangan :

Lambang Persatuan ialah berbentuk bulat berlantarkan warna biru muda dengan menunjukkan stetoskop dimana Bulan Sabit berserta Keris dan Ular (simbol profesyen perubatan) didalamnya dengan disokong oleh dua tangan.

Luar stetoskop ialah 10 batang padi dimana perkataan “MEDIC MALAYSIA” terletak di diagfram stetoskop.

Motto Persatuan ialah “BAKTI MULIA”

3. Lencana
-
Keterangan :
-

Pengumuman

Welcome to Malaysian Association of Medical Assistants (MAMA)

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) telah meluluskan pindaan perlembagaan yang baru Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia pada 14hb Jan 2014. Pindaan yang baru boleh dimuat turun dilaman web ini.

Sila ambil maklum, dengan kelulusan ini  , Yuran berikut diluluskan

Yuran Masuk   : RM 10

Yuran Tahunan: RM 50

Untuk menjadi ahli, bayaran permulaan ialah sebanyak RM 60 (Yuran Masuk RM 10 + Yuran Tahunan RM50)

Sekian,

Pengerusi Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia

 

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

MESY EXCO PERSATUAN telah bersetuju untuk mengeluarkan KAD KEAHLIAN kepada Ahli-ahli yang membuat potongan melalui . BIRO ANGKASA shj. Ahli-ahli diperlukan menyediakan sekeping gambar berukuran passport dan emailkan kepada Persatuan di ma.pppm@gmail.com . Untuk mengetahui status potongan, sila ke PERMOHONAN KAD dipaparan Utama Laman sesawang. Harap maklum

-------------------------------------------------
LATEST -30th April 2017.
Only about 60% PPPs of 18,000 Registered had contributed to TABUNG WISMA. Please ask your supervisor regarding your contributions.


--------------------------------------------------
KEDUDUKAN TERKINI KEAHLIAN SEHINGGA :-

Setakat 30hb April 2017 - Jumlah keahlian 5296 

Semakkan boleh dilakukan dgn memasukkan No KP pada SEMAKAN STATUS

** Utk makluman semua, PPP yg menggunakan online Pendaftaran dan Online Renewal Membership meningkat dari masa kesemasa.
-----------------------------------------------

Saranan ini ditujukan kepada semua PPP yang masih belum menyumbang ke Tabung WISMA PEMBANTU PERUBATAN terutama PPW. Setakat 30hb April 2017, hanya 60% shj PPP(Jumlah pungutun RM 685,000) yang telah menyumbangkan ke Tabung WISMA. Kerjasama diminta juga kepada semua Penyelia PPP baik di Hospital/Pejabat Kesihatan supaya menyemak balik mana-mana PPP dibawah jagaan yang belum membuat caruman.

Sekian, harap maklum


-------------------------------------------------
AKTIVITI DI WISMA PP BULAN MEI

Mesy ALP Koperasi akan diadakan sebagaimana berikut:-

Tarikh :- 13hb Mei 2017(Sabtu)

Masa   :- 10.00 pagi

Tempat:- Wisma PP, Reko Sentral, Kajang

Semua ALP diminta hadir

Selasa, 23 May 2017
25 Syaaban 1438 Hijrah

Lokasi Kami

11-2, Aras 2, Wisma Pembantu Perubatan, Jln Reko Sentral 9,  Reko Sentral, 43000 Kajang, Selangor
Tel: 03 8883 2188/ 03 8734 0109

Pautan Rasmi

Maklumat Pelawat

1038886
Hari ini
Kelmarin
Minggu ini
Bulan ini
Keseluruhan
672
775
2754
22700
1038886

 

Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.