SEJARAH WISMA PEMBANTU PERUBATAN

SEJARAH WISMA PEMBANTU PERUBATAN

Wisma Pembantu Perubatan yang terletak di Jalan Reko,Kajang merupakan banggunan hasil cetusan idea mantan Ketua PPP Tn Hj Hassan Hj Ahmad. Semua Penolong Pegawai Perubatan wajib berbangga kerana profesion telah memiliki banggunan sendiri dengan harga melebihi RM 740 ribu. Inilah hasil kejayaan profesion rentetan dari kelulusan JPA meluluskan pemberian Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK) kepada semua Penolong Pegawai Perubatan. Alhamdulillah, beberapa siri “roadshow” dijalankan oleh Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia dan orang perseorangan ke seluruh Malaysia untuk mengutip dana RM 100 seorang sebagai sumbangan kejayaan Kesatuan Kebangsaan Penolong Pegawai Perubatan menuntut pemberian BIPK tersebut.
Hasil kutipan dana RM 100 tersebut dibantu juga dengan mengadakan Konferens Penolong Pegawai Perubatan. Hasil kutipan penganjuran konferens masih lagi belum dapat menampung bayaran pembelian banggunan tersebut.
Pihak persatuan & kesatuan bersama jk pemikir PPP telah duduk semeja mencari jalan penyelesaian. Beberapa cadangan telah diterima dan cuba untuk dilaksanakan. Antara cadangan tersebut, meminta kesatuan sebagai penjamin untuk pihak persatuan membuat pinjaman bank menyelesaikan baki bayaran pembelian. Pihak bank menolak kerana persatuan tidak ada pendapatan yang tetap pada ketika itu.
Akhirnya, beberapa orang perseorangan tampil menghulurkan bantuan kewangan (Senarai Penyumbang seperti Lampiran )sementara persatuan mengadakan konferens berikutnya.

Terima kasih kepada semua Penolong Pegawai Perubatan yang sama-sama menyumbang merialisasikan hasrat profesion PPP mempunyai banggunan sendiri.

Senarai Penyumbang untuk menyelesaikan Baki Bayaran Pembelian terakhir sebelum penyerahan Bangunan ke pihak Persatuan.

1 Hj Hassan bin Hj Ahmad Pesara RM 10,000
2. Hj Mustafa Abd Majid Pesara RM 10,000
3. Hj Idris bin Mohd Noor Pesara RM 10,000
4. En Mohd Azmi bin Osman Pesara RM 10,000
5. Hj Zaki bin Abdullah Hospital Melaka RM 10,000
6. Hj Jaafar bin Md Shariff Bhg Pembangunan Kesihatan Keluarga, IPKKM Rm 40,000
7. Kesatuan Kebangsaan Pembantu Perubatan Sem Malaysia KKPPSM Cawangan Wilayah Persekutuan & Putrajaya RM 10,000