Monday, December 30, 2024

PERUTUSAN PENGERUSI

Bismillahirahmannirrahim.

Assallamualaikum w.b.t, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia.

Syukur kehadrat Illahi dengan limpah kurniaNya, usaha gigih dan kesepakatan dari ahli Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia, maka kesinambungan pembangunan profesion akan terus maju serta dapat dipertingkatkan.

Keutuhan Jatidiri, Kejituan Profesionalisma adalah bertepatan dengan aspirasi Negara “Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan” bagi anjakan paradigma, mentranformasikan dan memperkasakan kerjaya serta melestarikan profesion agar lebih berdaya saing, dinamik, efektif dan cemerlang.

Pemantapan sahsiah diri, bekerja secara kolektif, berusaha untuk lebih maju, berintegriti, dan terus komited dalam meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan berdasarkan tiga nilai teras utama Budaya Korporat Kementerian Kesihatan Malaysia iaitu Penyayang, Profesionalisme serta Kerja Berpasukan. Dalam mendukung amanah yang dipertanggungjawabkan serta bersandarkan moto Kami Sedia Membantu dan juga Delighting Our Customers, maka outcome yang dihasilkan dapat memberi impak yang tinggi ke atas pembangunan profesion Pembantu Perubatan.

Saya bagi pihak persatuan merakamkan ucapan terima kasih dan tahniah kepada semua Pembantu Perubatan khususnya ahli Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia diatas sumbangan, kerjasama serta komitmen memajukan profesion ketahap yang lebih tinggi supaya menjadi modal insan kelas pertama dapat dizahirkan dikalangan Penolong Pegawai Perubatan dinegara ini.
Sekian, Wassallam.

Hj. Mustafa Abd Majid
Pengerusi
Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia