Saturday, December 21, 2024

LAPORAN AKTIVITI PERSATUAN

LAPORAN AKTIVITI

PERSATUAN PEMBANTU PERUBATAN MALAYSIA PENGGAL 2021/2022

1.      PENDAHULUAN

Bagi menyempurnakan amanah seterusnya, barisan Ahli Jawatankuasa Pusat (AJK) Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia (PPPM) bagi penggal 2021/2022 telah merangka perancangan, matlamat dan strategi untuk dicapai dalam tempoh masa  dua tahun berakhir 31 Disember 2022. AJK pada kali ini telah merancang beberapa agenda untuk memartabatkan lagi profesion Pembantu Perubatan dengan mengetengahkan cadangan-cadangan untuk meningkatkan lagi profesionalisma Pembantu Perubatan, mengadakan kolaborasi di peringkat antarabangsa dan menganjurkan aktiviti-aktiviti di dalam tempoh pasca COVID-19.

2.      PENTADBIRAN PERSATUAN

PPPM ditadbir oleh lima (5) orang pegawai ibu pejabat. Dan bagi memastikan kelancaran operasi dan urus tadbir dengan berkesan, seorang Pengurus Pejabat dan saorang Pembantu Tadbir menjalankan kerja-kerja pengurusan secara sepenuh masa di Wisma Pembantu Perubatan, Reko Sentral, Kajang, Selangor.

Senarai pegawai ibu pejabat PPPM:

Presiden                                    :  Hj. Mustafa Abd Majid

Timbalan Presiden                    :  Hj. Mansor J.A Fenner

Setiausaha Agung                     :  Hj. Amin Zafri bin Abd Rahman

Penolong Setiausaha Agung    :  Saiful-Lizan bin Mohamed

Bendahari Agung                      :  Hj. Jaafar bin Md Shariff

Dua (2) orang Juruaudit menjalankan kerja-kerja pengauditan Pengurusan dan Kewangan PPPM secara berkala bagi memastikan pelaksanaan aktiviti yang dirancang dengan teratur, mencapai sasaran serta menepati objetif dan mematuhi peraturan-peraturan dan tatacara pengurusan kewangan yang ditetapkan dalam Perlembagaan Persatuan.

Senarai Juruaudit PPPM:

Juruaudit 1                     :  Hj. Wan Muhammad Azman bin Wan Abdullah

Juruaudit 2                     :  Allahyarham Hj. Abdul Wahab bin Md Zin (hingga Jun 2021)

                                       :  Mohd Fauzi bin Ahmad (dari Julai 2021)

3.      KEAHLIAN

Sehingga 31 Disember 2022, jumlah ahli PPPM adalah seramai 8,150 orang iaitu 51 orang berstatus Ahli Seumur Hidup manakala seramai 2,644 berstatus Ahli Berhak dan 5,506 berstatus tidak aktif. Kadar penyertaan meningkat sebanyak 13.2% berbanding tahun lalu. Justeru, usaha menambah keahlian PPPM hendaklah lebih agresif, dengan meningkatkan kesedaran serta minat Pembantu Perubatan pada profesion dengan melihat profesion yang mereka  ceburi, terus maju, dinamik dan progresif..

Didapati, Selangor negeri yang mencatatkan jumlah keahlian yang tertinggi, diikuti dengan Perak dan Kelantan.. Pecahan keahlian mengikut negeri bagi tempoh sehingga 31 Disember 2022 adalah sepertimana di Jadual 1. Pecahan keahlian mengikut cara pembayaran yuran, adalah seperti di Jadual  2.

Jadual 1:   Keahlian mengikut negeri sehingga 31 Disember 2022

Bil.Negeri / CawanganAktifTidak AktifJumlah Ahli
1Perlis4877125
2Kedah69363432
3Pulau Pinang171427598
4Perak385536921
5WP KL & Putrajaya235424659
6Selangor5236911214
7Kelantan343295638
8Terengganu135336471
9Pahang237571808
10Negeri Sembilan169229398
11Melaka116415531
12Johor122491613
13Sarawak49536585
14Sabah & WP Labuan42115157
                     JUMLAH :264455068150

Jadual 2:   Pecahan mengikut cara pembayaran Yuran Keahlian

Cara Bayaran YuranBilangan Ahli Baru
  Potongan Biro Angkasa  1281
Tunai6,818
Ahli seumur hidup51  
Jumlah8150

4.      CAWANGAN

Dalam tempoh berakhir 31 Disember 2022, sebanyak 12 negeri telah menubuhkan cawangan iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan cawangan terbaru iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya  yang ditubuhkan pada tahun 1 April 2022.

5.      BIRO-BIRO

5.1 Biro Pendidikan

Selain daripada menggerakkan inisiatif dalam beberapa siri rundingan untuk merancakkan lagi program pendidikan, Biro Pendidikan turut mengadakan program / aktiviti berikut:

  1. Kursus Pemantapan Pengurusan Persatuan di Wisma Pembantu Perubatan
  2. Program Pengukuhan Pasukan bagi Pegawai-pegawai PPPM di Kem Permata Resort, Alor Gajah, Melaka
  3. Bengkel Basic Statistic dengan Kerjasaman Pelajar Sains Perubatan Kecemasan UKM Vheras diadakan pada 2-3 Julai 2022
  4. Bengkel Penyelidikan dan Pembangunan Profesion diadakan pada 22-23 September 2022
  5. Konferens Kebangsaan Pembantu Perubatan Tahun 2022 dengan tema “Aspire & Inspire” telah selesai diadakan dengan jayanya pada 13-15 Jun 2022
  6. ISPS di Fakulti Perubatan UKM Cheras dengan kerjasama Pelajar Sains Perubatan Kecemasan UKM diadakan pada 17hb Oktober 2002
  7. Siri Webinar telah diadakan sepanjang tahun 2022 sepertiaman Jadual 3

                                       Jadual 3 :   Aktiviti Siri Webinar

Bil.TarikhTajuk
114.2.2022Webinar Siri 1 : Masalah Kajian
221.2.2022Webinar Siri 2 : Rekabentuk Kajian
328.2.2022Webinar Siri 3 : Tinjauan Litereature
47.3.2022.Webinar Siri 4 : Analisis Kuantitatif
513.3.2022Webinar Siri 5 : Analisis Kualitatif
621.3.2022Webinar Siri 6 :  Penyediaan Proposal
724.3.2022Webinar Siri 7 :  Penulisan Jurnal
82.9.2022Webinar Siri 8.    Overview of Speciality AMOTeX
98.10.2022Webinar Siri 9  :  AMOTEX in Emegency and Trauma Care:  
1030.10.2022Webinar Siri 10 : AMOTEX in Primary Health Care

2. Biro Ekonomi

Bagi menambah pendapatan ahli, Koperasi Pembantu Perubatan Selangor Berhad (KoPPSB) telah dipertanggungjawabkan untuk meneroka peluang menjana pendapatan melalui beberapa aktiviti, antaranya:

  1. Pendidikan Latihan (Am dan Spesifik)
  2. Perkhidmatan Pencucian Bangunan
  3. Membekal peralatan pakai buang dan Buku Perubatan dan
  4. Pelancongan

Kewangan (modal) untuk menjalankan aktiviti KoPPSB adalah daripada modal syer anggota KoPPSB. Modal syer minima yang ditetapkan di bawah Undang-Undang Kecil KoPPSB bagi seseorang anggota adalah sebanyak RM500.00.

KoPPSB bergerak di bawah Akta Koperasi dan aktiviti koperasi dikelola berasaskan Undang-Undang Kecil (UUK) Koperasi yang dikawal selia oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).

KoPPSB telah berusia 13 tahun dan masih bergerak aktif menjalankan urusniaga serta telah berjaya mengadakan Mesyuarat Agung Koperasi yang ketiga belas bagi memenuhi UUK Koperasi dan menepati peruntukan Akta Koperasi.

Objektif Tabung Kebajikan PPPM adalah untuk membantu ahli-ahli yang kurang bernasib baik;  di antara tujuanya adalah:

Sumbangan Tabung Kebajikan bagi Tahun berakhir 31 Disember 2021, seramai 19 orang ahli telah menerima sumbangan, dengan jumlah bayaran sebanyak RM7,000.00. Bagi tahun berakhir 31 Disember 2022, bilangan ahli yang menerima sumbangan telah meningkat kepada 22 orang, dengan jumlah bayaran sebanyak RM6,800.00. Butiran ahli dan jumlah bayaran adalah sepertimana pada Jadual 4.

Jadual 4:   Sumbangan Tabung Kebajikan PPPM

Tahun                   Tujuan BayaranBilangan  Penerima Dan Kadar BayaranJumlah  Bayaran
  2021 Masuk Wad
15 ahli RM 3000
 
Kematian4 ahliRM 4000
Tahun                   Tujuan BayaranBilangan  Penerima Dan Kadar BayaranJumlah  Bayaran
  2022 Masuk Wad
19 ahli RM 3800
 
Kematian3 ahliRM 3000

5.3 Biro Promosi & Multimedia

TARIKHAKTIVITI
15.01.2022Biro Promosi dan Multimedia Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia diwujudkan.
22.01.2023Pembentukan Jawatankuasa Biro Promosi dan Multimedia PPPM
04.02.2022Rakaman pelancaran rekabentuk imej facebook Persatuan Pembantu Perubatan oleh Presiden PPPM
25.03.2022Pelancaran menandatangani  MoU PPPM dengan Siti Halthcare Sdn Bhd
13 – 15.06.2022Rakaman Konferens Kebangsaan Pembantu Perubatan 2022 Everly Hotel, Putrajaya
11.08.2022PPPM telah mengadakan pertemuan dengan UCMI (Kolej Universiti Antarabangsa MAIWP) bagi membincangkan perkara berkaitan pembangunan dan perkembangan profesion Pembantu Perubatan
22 – 24.09.2022Rakaman Bengkel Penyelidikan  dan Pembangunan Profesion Penolong Pegawai Perubatan di hotel rhr Kajang.
02.10.2022Mesyuarat pertama Jawatankuasa Induk Konferens GACOPA bersama Prersident GACOPA secara maya.
29.10.2022Rakaman lawatan ke rumah keluarga Allahyarham Hj Azmi Osman membaca yasin dan tahlil.
  • AKTIVITI PERSATUAN PEMBANTU PERUBATAN MALAYSIA PERINGKAT PUSAT

12.03.2021          Pembentangan Kertas Cadangan Penubuhan Akademi Pembantu     Perubatan kepada Sekretariat Lembaga Pembantu Perubatan, Kementerian Kesihatan Malaysia.

07.05.2021          Mesyuarat Lembaga Pembantu Perubatan kali ke 70 yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan dan Presiden PPPM selaku Ahli LPP mewakili persatuan telah hadir.

11.06.2021         Presiden dan Setiausaha Agung PPPM bersama Presiden KKPPPSM telah ke Bah. Sumber Manusia, KKM Putrajaya bagi isu perjawatan Penolong Pegawai Perubatan dalam Kementerian Kesihatan Malaysia.

06.07.2021          Perjumpaan dengan Pengarah Amalan Perubatan bagi membincangkan isu-isu Lembaga Pembantu Perubatan. Hadir bersama SUA PPPM dan Presiden KKPPPSM.

28.09.2021          Presiden dan SUA PPPM telah berjumpa denganPengarah Amalan Perubatan KKM, bagi membincangkan isu-isu Lembaga Pembantu Perubatan.

15.11.2021           Presiden PPPM telah ke Glory Beach Resort, Port Dickson bagi hadir Majlis Persaraan Ketua Penolong Pegawai Perubatan Malaysia         En. Joseph Kajangan.

08.12.2021           Kunjungan hormat PPPM & KKPPPSM ke atas YB Menteri Kesihatan Malaysia.

  11.12.2021          Mesyuarat Jawatan Kuasa Pusat PPPM Bilangan 1 Penggal 2021-2022.

12.12.2021          Mesyuarat Agung Perwakilan Dwi Tahunan Kali Ke Empat PPPM di

Kem Permata Resort, Alor Gajah, Melaka.

08.01.2022          Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi PPPM Bilangan 1 Penggal 2021-2022.

15.01.2022 –   Mesyuarat Jawatan Kuasa Pusat Bilangan 2 Penggal 2021-2022 16.01.2022            PPPM. di   Kop Town Hotel  EDC, Kuala Lumpur.

20.01.2022           Mesyuarat dengan Siti Health Care Group, Shah Alam. Presiden & Timbalan Presiden telah hadir bersama bagi meneroka peluang pekerjaan untuk Pembantu Perubatan.

 21.01.2022           Taklimat Kepada Pengerusi Biro dan Perbincagan Aktiviti Biro tempoh

                               2021-2022.

25.01.2022          Presiden PPPM dan Bendahari Agung telah hadir Forum CDC anjuran Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) di Wisma MMA, Kuala Lumpur.

31.01.2022          Presiden dan Tim. Presiden PPPM telah hadir mesyuarat dengan Siti Health Care Human Resource  Department, Cyberjaya bagi meneroka peluang pekerjaan untuk Pembantu Perubatan.   

05.02.2022          Mesyuarat Pembentukan Jawatankuasa Penganjur Konferens Kebangssaan Pembantu Perubatan 2022 (NCMA 2022).

 09.02. 2022 –      Presiden dan Pen. Setiausaha Agung PPPM menghadiri Mesyuarat 10.02. 2022          Pembangunan Profesion Pem. Perubatan di Pulau Pinang.

16.02.2022         Mesyuarat Hari Pembantu Perubatan 2022 di Cawangan Perkhidmatan  Penolong Pegawai Perubatan, Bah. Amalan Perubatan KKM, Putrajaya.

19.02.2022          Mesyuarat Jawatan Kuasa Induk NCMA 2022 secara maya.

23.02.2022          Kunjungan hormat ke atas Ketua Penolong Pegawai Perubatan Malaysia di KKM, Putrajaya

  24.02.2022         Majlis Tandatangan MOU antara Siti Health Care Group dan Cyberjaya  University bagi meneroka peluang pendidikan untuk Pembantu Perubatan dan anggota Siti Health Care Group. 

10.03.2022          Presiden dan Penolong SUA telah hadir sambutan Hari Pembantu Perubatan  Tahun 2022 Peringkat Negeri Melaka.

13.03.2022          Program Khidmat Komuniti sempena Sambutan Hari Pembantu Perubatan 2022 Peringkat Kebangsaan anjuran ibu pejabat PPPM diadakan di Pasaraya Mydin, Senawang dan dirasmikan oleh YB Menteri Kesihatan.

15.03.2022          Ahli Majlis Tertinggi ke Hotel Grand Dorset Subang Jaya bagi lawatan tapak penganjuran Konferens Pembantu Perubatan 2022.

16.03.2022          Ahli Majlis Tertinggi ke The Everly Putrajaya bagi lawatan tapak penganjuran Konferens Pembantu Perubatan 2022.

24.03.2022          Ahli Majlis Tertinggi Ke The Everly Putrajaya untuk buat Pengesahan   fasiliti Konferens PP 2022.

.  25.03.2022           Majlis Tanda Tangan MOU antara PPPM dan Siti Health Care Sdn. Bhd di SHC Group Business Centre, Shah Alam. Presiden dan Tim.  Presiden mewakili PPPM.

28.03.2022           Majlis taklimat kepada graduan Kolej PICOMS bagi peluang kerjaya PP di sektor swasta. Dan urusan temuduga bersama HR Siti Health Care bagi graduan menyertai kerjaya bersama SHCG.

06.04.2022          Ahli Majlis Tertinggi  Mesyuarat mengadakan pertemuan dengan Bah. Sumber Manusia, KKM di Putrajaya.

13.04.2022          Kunjungan hormat AMT ke atas Ketua Pengarah Kesihatan di KKM bagi menjemput membentang ucaptama di NCMA 2022.   

21.04.2022         Mesyuarat Jawatankuasa Pemikir AcMA di Wisma Pembantu Perubatan.

22.04.2022         Ahli Jawatankuasa Pemikir AcMA hadir ke mesyuarat bagi membentang cadangan Perlembagan Akademi PP kepada Ketua Penolong Pegawai Perubatan Malaysia.

25.04.2022           Presiden selaku Ahli LPP mewakili PPPM hadir  Mesyuarat LPP Ke 72di KKM, Putrajaya.

27.04.2022            Presiden, Tim. Presiden dan Bendahari Agung keThe Everly Hotel Putrajaya uruskan keperluan NCMA 2022.

19.05.2022         Mesyuarat J/Kuasa Teks Ucapan NCMA 2022 di CPPPP Kementerian Kesihatan  Malaysia, Putrajaya

23.05.2022       Taklimat Profession Pembantu Perubatan kepada pelatih PP di Kolej  PICOMS Kuala Lumpur. 

01.06.2022            Mesyuarat Jawatankuasa Persedian Majlis Perasmian NCMA 2022

di Hospital Ampang.

04.06.2022            Mesyuarat Jawatankuasa Induk NCMA 2022.

12-15.06.2022        National Conference of Medical Assistants 2022 (NCMA 2022) di The   Everly Hotel, Putrajaya. Kehadiran 450 orang PP dari seluruh negara.

16.07.2022             Mesyuarat Jawatankuasa NCMA 2022 – post mortem konferens.

29.07.2022             Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi PPPM di rhr Hotel Kajang.

30.07.2022             Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Bilangan 3 Penggal 2021-2022.

10.08.2022            Mesyuarat dengan pihak Pengurusan & Akademik Universiti PICOMS bagi membincang cadangan pengajian peringkat diploma & ijazah dan lain-lain bagi bakal PP & graduan PP.

15-16.08.2022      PSUA mewakili PPPM hadir ke National Health Care White Paper Summit di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.

22.08.2022           Presiden selaku Ahli LPP mewakili PPPM hadir Mesyuarat LPP ke 73 di  Kementerian Kesihatan Malaysia,  Putrajaya.

01.09.2022            Presiden, Tim. President dan Pengerusi Biro Pendidikan hadir mesyuarat di Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan, USIM Nilai, N. Sembilan bagi membincang kemungkinan mewujudkan Program Pengajian Diploma dan Ijazah bagi Pembantu Perubatan.

15.09.2022            Mesyuarat J/kuasa bagi mengadakan International Simposium Para Medical Sciences anjuran bersama PPPM dan Pelajar BSc. Emed. Fakulti Perubatan UKM, Cheras.

22-23.09.2022      Bengkel Penyelidikan dan Pembangunan Profesion anjuran PPPM di rhr  Hotel, Kajang.

02.10.2022           Mesyuarat pertama Jawatankuasa bersama GACOPA & PPPM bagi menubuh Jawatankuasa Penganjur GACOPA 3rd International Delegates  and Scientific Conference 2023. Mesyuarat secara maya.

 17.10.2022           International Symposium on Paramedical Sciences di Fakulti Perubatan UKM, Cheras anjuran bersama PPPM.

 19.10.2022            Mesyuarat J/kuasa Pembangunan Profesion Pembantu Perubatan di Ipoh, Perak. Presiden, Tim. Presiden & PSUA telah hadir.

 26.10.2022           Mesyuarat Jawatankuasa Gubal Rang Undang-Undang Pembantu Perubatan diadakan di Bah. Amalan Perubatan KKM, Putrajaya.

 07.11.2022           Mesyuarat Lembaga Pembantu Perubatan Ke 74 di Kementerian Kesihatan Malaysia, Putrajaya. Presiden selaku Ahli LPP mewakili PPP                        telah hadir mesyuarat.

15.11.2022           Mesyuarat Sesi Libat Urus Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam  Jabatan Perkhidmatan Awam Putrajaya.

02.12.2022           Mesyuarat Jawatankuasa Penganjur GACOPA 3rd International Delegates and Scientific Conference 2023 – Bilangan 1.

27.12.2022          Mesyuarat di CPPP bagi membincang soal-selidik daripada General Medical Council (GMC), United Kingdom. 

7.      RUMUSAN

Walaupun pihak  persatuan terus terhalang dengan beberapa langkah kawalan di bawah pandemik COVID-19 yang masih diteruskan, yang mana memberi kesan kepada pelaksanaan aktiviti persatuan. Dalam tahun pertama pasca pandemik (2021), PPPM telah mengatur strategi dan meneruskan aktiviti mengikut kesesuaian dan keperluannya dalam tahun tersebut. Tahun 2022 dengan adanya kelonggaran dalam langkah berjaga-jaga, dan ini telah memudahkan pihak persatuan bergiat aktif dan melaksanakan aktivit-aktiviti yang telah dirancang.

8.      PENUTUP

Ahli Majlis Tertinggi merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada seluruh anggota profesion Pembantu Perubatan serta pihak lain yang telah memberikan kerjasama dalam menjayakan aktiviti-aktiviti PPPM sepanjang penggal 2021-2022.

Tahniah juga diucapkan kepada pegawai-pegawai ibu pejabat dan cawangan kerana telah melaksanakan kewajipan dengan cemerlang, selaras dengan Fasal 9 Perlembagaan PPPM.

         Disediakan oleh :

         SAIFUL-LIZAN BIN MOHAMED

         Penolong Setiausaha Agung

         Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia