LAPORAN AKTIVITI PERSATUAN

LAPORAN AKTIVITI PERSATUAN PEMBANTU PERUBATAN MALAYSIA
PENGGAL 2019/2020

  1. PENDAHULUAN

Bagi menyempurnakan amanah seterusnya, barisan Ahli Jawatankuasa Pusat (AJK) Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia (PPPM) bagi penggal 2019/2020 telah merangka beberapa perancangan, strategi dan matlamat untuk dicapai sebelum berakhir penggal memegang jawatan. AJK pada kali ini telah merancang beberapa agenda untuk memartabatkan lagi profesion Pembantu Perubatan dalam mengetengahkan cadangan-cadangan untuk meningkatkan lagi profesionalisma Pembantu Perubatan, mengadakan kolaborasi diperingkat antarabangsa dan menganjurkan aktiviti di dalam Norma Baharu berikutan pandemik COVID-19. Walaubagaimanapun, aktiviti yang dirancang untuk diadakan secara fizikal terpaksa ditangguhkan berikutan perintah kawalan pergerakan yang dikuatkuasakan oleh Kerajaan.

  1. PENTADBIRAN PERSATUAN

PPPM ditadbir oleh lima (5) orang Pegawai Ibu Pejabat untuk memastikan kelancaran operasi dan urus tadbir dengan berkesan. Seorang Pengurus dilantik bagi menjalankan kerja-kerja pengurusan secara sepenuh masa di Wisma Pembantu Perubatan, Jalan Reko, Kajang, Selangor.

Senarai Pegawai Ibu Pejabat PPPM

Presiden                                     :  Hj. Mustafa bin Abd Majid

Timbalan Presiden                       :  Hj. Zanif bin Shafie

Setiausaha Agung                       :  Hj. Amin Zafri bin Abd Rahman

Penolong Setiausaha Agung        :  Saiful-Lizan bin Mohammed

Bendahari Agung                       :  Hj. Jaafar bin Md Shariff

Dua (2) orang Juruaudit telah dilantik untuk menjalankan kerja-kerja pengauditan bagi memastikan urusan PPPM berjalan mengikut peraturan khususnya yang berkaitan dengan tatacara pengurusan kewangan.

Senarai Juruaudit PPPM

Juruaudit 1                                 :  Hj. Wan Muhammad Azman bin Wan Abdullah

Juruaudit 2                                 :  Allahyarham Hj. Abdul Wahab bin Md Zin

  1. KEAHLIAN

Sehingga 31 Disember 2020, jumlah ahli PPPM adalah seramai 7,073 orang dimana 52 orang berstatus Ahli Seumur Hidup manakala seramai 2,259 berstatus Ahli Berhak dan 4,814 berstatus tidak aktif. Kadar penyertaan didapati sedikit meningkat berbanding tahun lalu. Justeru, usaha menambah keahlian PPPM dengan meningkatkan kesedaran dan minat dikalangan ahli profesion untuk melihat profesion Pembantu Perubatan terus maju, dinamik dan progresif perlu digerakkan dengan lebih agresif.

Selangor antara negeri yang mencatatkan jumlah keahlian yang tertinggi diikuti Perak dan Pahang. Walaupun jumlah keahlian bagi negeri Sabah dan Sarawak turut rendah, angka ini tidaklah memberikan gambaran bahawa tahap penglibatan dan minat ahli profesion di Sabah dan Sarawak dalam berpersatuan adalah rendah kerana mereka sebenarnya telah menyertai Persatuan Pembantu Perubatan Sabah (AMAS) dan Persatuan Penolong Pegawai Perubatan Sarawak (SAMOA). Pecahan keahlian mengikut negeri bagi tempoh sehingga 31 Disember 2020 boleh dilihat pada Jadual 1 manakala cara pembayaran Yuran Keahlian adalah seperti pada Jadual 2.

Jadual 1: Bilangan keahlian mengikut negeri sehingga 31 Disember 2020 

Negeri Aktif Tidak Aktif Jumlah Ahli
Johor 142 420 562
Kedah 113 348 461
Kelantan 213 292 505
Melaka 173 327 500
Negeri Sembilan 172 136 308
Pahang 295 413 708
Perlis 43 57 100
Perak 314 472 786
Pulau Pinang 65 448 513
Selangor 340 680 1020
Terengganu 206 198 404
Wp Kl & Putrajaya 129 403 532
Sarawak 29 522 551
Sabah 25 98 123
Jumlah 2,259 4,814 7,073

 Jadual 2: Pecahan mengikut cara pembayaran Yuran Keahlian

Cara

Bilangan Ahli Baru
Potongan Biro Angkasa 660
Tunai 6,361
Ahli seumur hidup 52
Jumlah 7,073
  1. CAWANGAN

Sehingga 31 Disember 2020, sebanyak 11 negeri telah menubuhkan cawangan iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

  1. BIRO-BIRO
  • Biro Pendidikan

Selain daripada menggerakkan inisiatif dalam beberapa siri rundingan untuk merancakkan lagi program pendidikan, Biro Pendidikan turut mengadakan program latihan seperti berikut: 

  1. Kursus Pemantapan Pengurusan Persatuan di Wisma Pembantu Perubatan, Kajang, Selangor.
  2. Program Pengukuhan Pasukan Bagi Pegawai-Pegawai Pertubuhan di Kem Permata Resort, Alor Gajah, Melaka.
  • Global Association of Clinical Officers And Physician Associates (GACOPA) di Rwanda.
  1. Bengkel Penubuhan Akademi Pembantu Perubatan Malaysia, Bilangan 1 di Wisma Pembantu Perubatan.
  2. Pembentangan Kertas Cadangan Penubuhan Akademi Pembantu Perubatan Malaysia di Lembaga Pembantu Perubatan.
  3. Penajaan peserta ke 1st NATIONAL DISASTER WOUND MANAGEMENT CONFERENCE 2019 – MULTYDICIPLINARY APPROACH di Tasik Villa Internasional Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Aktiviti yang ditangguhkan kerana COVID-19:

Lawatan pembelajaran ke Civil Defence Academy of Singapore (CDA)

    1. Pengurusan, dasar dan operasi;
    2. Kursus dan latihan yang dikendalikan CDA;
    3. Simulasi dan virtual reality;
    4. Fasiliti dan peralatan;
    5. Skop perkhidmatan dan latihan; dan
    6. Program Tindakan Kecemasan dan lain-lain program.
  1. Konferens Kebangsaan Penolong Pegawai Perubatan Tahun 2021.
  • 3rd International Conference for Global Association of Clinical Officers and Physician Assistants.
  • Biro Ekonomi

Bagi menambah pendapatan ahli, Koperasi Pembantu Perubatan Selangor Berhad (KoPPSB) telah dipertanggungjawabkan untuk meneroka peluang menjana pendapatan melalui beberapa aktiviti, antaranya:

  1. Pendidikan/Latihan (Am dan Spesifik);
  2. Latihan dalam Bidang ICT; dan
  • Membekal peralatan pakai buang dan buku perubatan.

Modal (kewangan) KoPPSB adalah daripada sumbangan modal syer anggota KoPPSB. Modal syer minima yang ditetapkan di bawah Undang-Undang Kecil KoPPSB bagi seseorang anggota adalah sebanyak RM500.00. Disamping itu, KoPPSB juga boleh menerima simpanan khas atau deposit daripada anggota.

KoPPSB bergerak di bawah landasan Undang-Undang Koperasi yang dikawal selian oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM). Laporan penuh mengenai aktiviti KoPPSM boleh dirujuk daripada Laporan Mesyuarat Agung KoPPSB. 

  • Biro Kebajikan

Pengwujudan Tabong Kebajikan PPPM menjadi matlamat PPPM untuk membantu ahli-ahli yang kurang bernasib baik. Antara tujuan Tabong Kebajikan ini adalah:

  1. Memberi bantuan khidmat nasihat kepada ahli yang ingin meningkatkan kemahiran dan kepakaran profesional.
  2. Memberi bantuan kepada ahli yang sakit berpanjangan.
  • Memberi sumbangan kepada ahli yang sakit dan memerlukan rawatan dalam wad.
  1. Untuk membolehkan penama ahli atau waris yang sah mendapat bantuan apabila berlaku kematian ahli.
  2. Mengadakan program kemasyarakatan, kebajikan, lawatan sambil belajar bagi ahli.
  3. Memberi sumbangan kepada ahli dan juga Pembantu Perubatan yang terlibat dengan bencana alam seperti banjir, kebakaran, kemalangan dan tanah runtuh.

Sehingga 31 Disember 2020, seramai 23 orang Pembantu Perubatan telah menerima sumbangan daripada Tabong Kebajikan PPPM yang kesemuanya berjumlah RM7,800.00 sebagaimana yang ditujukan pada Jadual 3.

Jadual 3: Sumbangan Tabong Kebajikan PPPM 

Tahun Bilangan  Penerima Jumlah  Sumbangan
2019
1.     Faedah Masuk Wad Ahli Sakit 8 orang X RM200.00 RM1,600.00
2020
1.     Faedah Masuk Wad Ahli Sakit 11 orang X RM200.00 RM2,200.00
2.     Kematian Ahli 4 orang X RM1,000.00 RM4,000.00
Jumlah 23 orang RM7,800.00

 6.  AKTIVITI-AKTIVITI 

9.5.209 @ Kunjungan hormat dan lawatan kerja bersama LPP dan KKPPPSM ke St. John Ambulans of Malaysia

  • Kunjungan ini bertujuan untuk membincangkan dengan lebih lanjut peluang kerjasama di antara ketiga-tiga entiti berkepentingan kepada profesion Pembantu Perubatan dengan pihak St. John Ambulance.

11.5.2019 @ Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia Bilangan 1 Penggal 2019/2020

  • Pindaan Perlembagaan PPPM;
  • Pembangunan sistem pendaftaran keahlian PPPM secara atas talian;
  • Konferens Kebangsaan Penolong Pegawai Perubatan 2021;
  • 4 siri seminar;
  • Perluasan skop pengiktirafan ijazah sarjana muda berkaitan;
  • Penambahbaikan logo PPPM;
  • Yuran tahunan keahlian;
  • Cadangan Ijazah Paramedik diiktiraf sebagai ijazah yang berkaitan;
  • Kajian semula senarai ubatan yang layak digunakan oleh Pembantu Perubatan;
  • Potongan Angkasa;
  • Pelantikan rasmi Ahli Majlis Tertinggi, Ahli Jawatankuasa Pusat dan Juru Audit;
  • Pelantikan Wakil PPPM sebagai Ahli Lembaga Pembantu Perubatan;
  • Program Team Building;
  • Laporan Kewangan;
  • Laporan keahlian; dan
  • Penubuhan Akademi Pembantu Perubatan.

6.7.2019 @ Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia Bilangan 1 Penggal 2019/2020

  • Pindaan Perlembagaan PPPM;
  • Pembangunan sistem pendaftaran keahlian PPPM secara atas talian;
  • Penambahbaikan logo PPPM;
  • Yuran tahunan keahlian;
  • Cadangan menaikkan perbelanjaan cawangan dan peringkat kelulusannya;
  • Pengumuman Pelantikan Pengerusi Biro-Biro;
  • Pembentangan Laporan Kewangan yang berakhir setakat 31 Mei 2019;
  • Laporan keahlian;
  • Cadangan tempoh kelayakan sumbangan tabung kebajikan;
  • Cadangan Pelantikan Biro Akademik Cawangan;
  • Pembentangan Laporan Audit;
  • Cadangan menaikkan kadar sewaan Bangunan Wisma Pembantu Perubatan kepada KoPPSB;
  • Saguhati kepada Cawangan Perak selaku Tuan Rumah Konferens Kebangsaan Penolong Pegawai Perubatan 2019;
  • Penubuhan Akademi Pembantu Perubatan Malaysia;
  • Pelantikan Ketua Pengarah Kesihatan sebagai Penaung;
  • Pelantikan Wakil PPPM sebagai Ahli Lembaga Pembantu Perubatan;
  • Pembekalan Baju Korporat AJK Pusat; dan
  • Penerbitan Buletin Profesionku.

7.7.2019 @ Kursus Pemantapan Pengurusan Persatuan di Wisma Pembantu Perubatan, Kajang, Selangor

  • Kursus ini telah dihadiri oleh Setiausaha Cawangan, Penolong Setiausaha Cawangan dan Bendahari Cawangan. Antara objektif kursus adalah:
  1. Meningkatkan kefahaman peserta tentang pengurusan persatuan khususnya dalam urusan persuratan, mesyuarat dan perakuanan.
  2. Melahirkan pegawai persatuan yang kompeten dalam mengurus tadbir cawangannya.
  3. Melahirkan perasaan kebertanggungjawaban terhadap peranan sebagai pegawai kanan persatuan dalam memaju dan memperkasakan profesion.

23.8.2019 @ Sesi Dialog Bertajuk “AMOo, Whats Next?” bersama Penolong Pegawai Perubatan Hospital Kuala Lumpur

Sesi dialog ini telah diadakan di Auditorium II, Jabatan Dermatologi, Hospital Kuala Lumpur. Ia bertujuan menyampaikan maklumat dan hala tuju pembangunan profesion yang akan digerakkan oleh PPPM.

28.8.2019 @ Kunjungan Hormat Ke Pejabat Ketua Setiausaha KKM dan Ketua Pengarah Kesihatan KKM

  • Kunjungan bertujuan memperkukuhkan lagi kerjasama yang terjalin selama ini dan membincangkan perkara-perkara untuk kepentingan bersama.

11.9.2019 @ Sesi Taklimat Bersama Pelajar Baharu Program Ijazah Sarjana Muda Sains Perubatan Kecemasan Dengan Kepujian, Fakulti Perubatan UKM

  • Taklimat berhubung kepentingan, perancangan dan pelaksanaan aktiviti PPPM telah disampaikan kepada para pelajar baharu kemasukan 2019/2020 Program Ijazah Sarjana Muda Sains Perubatan Kecemasan UKM.

27 – 28.9.2019, 8 – 9.11.2019, 11.1.2020, 9.9.2020 @ Bengkel Penubuhan Akademi Pembantu Perubatan Malaysia

  • Cadangan penubuhan akademi untuk profesion ini telah dibincangkan dan dipersetujui Mesyuarat Lembaga Pembantu Perubatan. Mesyuarat telah menyerahkan tanggungjawab untuk menyediakan kertas cadangan penubuhan Akademi Pembantu Perubatan kepada PPPM dengan berpandukan beberapa model akademi seperti Akademi Perubatan dan sebagainya.
  • Seramai 8 orang ahli pemikir telah terlibat di dalam beberapa siri bengkel yang diadakan di Wisma Pembantu Perubatan.
  • Kertas cadangan telah dibentangkan di dalam Mesyuarat Lembaga Pembantu Perubatan Kali Ke-69 dan ia telah dipersetujui pada dasarnya.
  • Cadangan ini juga perlu diselaraskan dengan konsep akademi yang turut dicadangkan oleh Cawangan Perkhidmatan Penolong Pegawai Perubatan (CPPPP).

30.10.2019 @ Majlis Pelancaran Pelan Tindakan Kesihatan Lelaki Kebangsaan 2018 – 2023

  • Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, KKM dengan kerjasama PPPM telah menganjurkan Majlis Pelancaran Pelan Tindakan Kesihatan Lelaki Kebangsaan 2018 – 2023. Objektif utama majlis pelancaran ini adalah untuk memberikan maklumat dan pendedahan mengenai perancangan dan pelaksanaan perkhidmatan kesihatan lelaki di Malaysia disamping mendapatkan pandangan serta cadangan daripada anggota kesihatan dalam menambahbaik perkhidmatan kesihatan lelaki di peringkat KKM.
  • Majlis Pelancaran ini telah diadakan di Auditorium Kementerian Dalam Negeri, Kompleks D, Putrajaya dan disempurnakan oleh YB. Dr. Lee Boon Chye, Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia.

1.11.2019 @ Pembentangan Kertas Cadangan Penubuhan Akademi Pembantu Perubatan Malaysia

  • PPPM telah dijemput untuk membuat pembantangan kertas cadangan penubuhan Akademi Pembantu Perubatan Malaysia (AcMA) di CPPPP.

16 – 18.11.2019 @ Program Pengukuhan Pasukan Bagi Pegawai-Pegawai Pertubuhan di Kem Permata Resort, Alor Gajah, Melaka

  • Program ini diadakan sejajar dengan hasrat untuk memperkukuh hubungan dan gerak kerja secara berpasukan dalam merencana agenda pembangunan profesion.
  • Para peserta terdiri daripada pegawai-pegawai PPPM dan KKPPPSM di peringkat Cawangan dan Ibu Pejabat serta para perwakilan.
  • Program selama 3 hari ini telah diadakan di Kem Permata Resort, Alor Gajah, Melaka.

28.12.2019 @ Perbincangan Pemansuhan Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK) Bagi Perlantikan Baharu Bermula Januari 2020

  • Perbincangan ini diadakan berikutan Kerajaan pada 20.12.2019 telah memutuskan untuk menarik balik pemberian elaun BIPK kepada 33 skim perkhidmatan termasuklah Skim Penolong Pegawai Perubatan bagi mereka yang dilantik dalam perkhidmatan bermula 1 Januari 2020.
  • PPPM dan KKPPPSM telah bersama-sama menyediakan memorandum memohon pertimbangan Kerajaan bagi mengekal dan menyelaraskan kadar pembayaran Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK) kepada Skim Penolong Pegawai Perubatan.
  • Perbincangan telah diadakan di Wisma Pembantu Perubatan.

21.12.2019 @ Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia Bilangan 2 Penggal 2019/2020

  • Pindaan Perlembagaan PPPM;
  • Pembangunan sistem pendaftaran keahlian PPPM secara atas talian;
  • Penambahbaikan logo PPPM sedia ada agar ianya lebih jelas;
  • Konferens Kebangsaan Penolong Pegawai Perubatan 2021;
  • 4 siri seminar iaitu 1 siri pada 2019, 2 siri pada 2020 dan 1 siri pada 2021;
  • Perluasan skop pengiktirafan ijazah sarjana muda berkaitan;
  • Yuran tahunan keahlian;
  • Perbelanjaan cawangan;
  • Cadangan supaya Ijazah Paramedik diiktiraf sebagai ijazah yang berkaitan;
  • Kajian semula senarai ubatan yang layak digunakan oleh Pembantu Perubatan;
  • Potongan Angkasa;
  • Pelantikan rasmi Ahli Majlis Tertinggi, Ahli Jawatankuasa Pusat dan Juru Audit;
  • Pelantikan Wakil PPPM sebagai Ahli Lembaga Pembantu Perubatan;
  • Program Team Building;
  • Laporan Biro-Biro;
  • Laporan Kewangan;
  • Laporan keahlian;
  • Sambutan Hari Pembantu Perubatan;
  • Healthcare 2U;
  • Isu ijazah-ijazah sarjana muda tidak melepasi tapisan semasa untuk dilantik sebagai Penolong Pegawai Perubatan Gred U41 di Kementerian Kesihatan Malaysia;
  • 2nd International Conference for GACOPA;
  • Penubuhan Akedemi Pembantu Perubatan; dan
  • Permohonan Tajaan Pembentangan ke Spanyol.

8.1.2020 @ Mesyuarat Pembangunan Profesion Penolong Pegawai Perubatan

  • Mesyuarat ini telah diadakan di CPPPP.

10.1.2020 @ Solidariti Kepada Bantahan Rasmi Terhadap Pelaksanaan Zon Atau Kawasan Merokok Di Tempat Awam

  • PPPM bersama 54 badan profesional telah menyertai bantahan berhubung sebarang tindakan dan keputusan yang akan mengganggu usaha KKM memastikan negara bebas daripada asap rokok.
  • Bantahan ini telah diadakan di pejabat Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia, Kuala Lumpur.

18.1.2020 @ Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia Bilangan 2 Penggal 2019/2020

  • Penubuhan Cawangan Wilayah Persekutuan KL & Putrajaya;
  • Pindaan perlembagaan PPPM;
  • Pembangunan Sistem Pendaftaran Keahlian Secara Atas Talian;
  • Penambahbaikan logo PPPM;
  • Cadangan menaikkan perbelanjaan cawangan dan peringkat kelulusannya;
  • Pengumuman Pelantikan Pengerusi Biro-Biro;
  • Saguhati kepada Cawangan Perak selaku Tuan Rumah Konferens Kebangsaan Penolong Pegawai Perubatan 2019;
  • Wakil PPPM Dalam Mesyuarat Lembaga Pembantu Perubatan;
  • Pelantikan Ketua Pengarah Kesihatan sebagai Penaung PPPM;
  • Pembekalan Baju Korporat AJK Pusat;
  • Penyata Kewangan yang berakhir setakat 31 Disember 2019;
  • Pembentangan Laporan Biro-Biro;
  • Laporan Audit;
  • Ijazah Berkaitan Bagi Lantikan U41;
  • Isu Pemansuhan BIPK;
  • Permohonan Elaun Pos Basik bagi Diploma Lanjutan Neurofisiologi;
  • Jemputan Persidangan Antarabangsa GACOPA di Rwanda;
  • Healthcare2U; dan
  • Pengurusan Cawangan.

17.2.2020 @ Taklimat kepada Penolong Pegawai Perubatan (PPW)

  • Taklimat berkenaan peranan serta aktiviti PPPM dan KKPPPSM telah diadakan di Hospital Putrajaya.

5 – 7.3.2020 @ Global Association of Clinical Officers And Physician Associates (GACOPA) di Rwanda dan Penyertaan Malaysia Di Dalam Gabungan GACOPA 

  • Delegasi Malaysia yang terdiri daripada PPPM, Lembaga Pembantu Perubatan (LPP) dan Kesatuan Kebangsaan Penolong Pegawai Perubatan Semenanjung Malaysia (KKPPPSM) telah menghadiri 2nd International Delegates & Scientific Conference di Rwanda pada 5 – 7 Mac 2020 dan membentangkan empat (4) perkara yang mendasari kelangsungan profesion Pembantu Perubatan di Malaysia, antaranya:
  1. History of Medical Assistants in Malaysia (Mustafa Abd Majid, PPPM).
  2. Medical Assistants Training in Malaysia (Moideen Kutty Hassan, PPPM).
  3. The Medical Assistants Curriculum: Supporting Universal Health Coverage in Malaysia (Alias Mahmud, PPPM).
  4. The services of Medical Assistants in Malaysia (Wilson Periyanayagam, LPP).
  • GACOPA Members of Council telah menjemput delegasi Malaysia untuk turut serta di dalam mesyuarat pra persidangan yang diadakan pada 5 Mac 2020 di University of Rwanda bagi berkongsi pandangan dalam perkara-perkara yang berkaitan. Members of Council telah tertarik dengan perkembangan dan kemajuan profesion Pembantu Perubatan di Malaysia dan memutuskan untuk:
  • mengangkat cadangan menerima PPPM sebagai ahli gabungan GACOPA; dan
  1. memilih Malaysia sebagai tuan rumah persidangan GACOPA pada tahun berikutnya.

 

  • International Executive Council of GACOPA yang bersidang pada 6 Mac 2020 telah sebulat suara BERSETUJU dengan dua (2) cadangan yang dikemukakan dan melantik:
  1. Presiden PPPM sebagai Director at Large Asia (penyandang adalah Mustafa bin Abd Majid);
  2. Malaysia sebagai tuan rumah 3rd International Delegates & Scientific Conference for GACOPA 2021.
  • Delegasi Malaysia menyambut baik dan berbesar hati dengan keputusan tersebut selaras dengan usaha mewujud dan memperkukuhkan kolaborasi antarabangsa sebagai mengorak langkah untuk mengangkat profesion Pembantu Perubatan setanding dengan profesion antarabangsa yang lain serta mendapatkan pengiktirafan antarabangsa akan peranannya. Usaha ini selari Pelan Pembangunan Profesion PPP di bawah Teras Ke-6 iaitu Pengukuhan Kolaborasi Antarabangsa serta bertepatan dengan Tema Hari Pembantu Perubatan Tahun 2020 iaitu AMOTeX: Meningkatkan Kecemerlangan Ke Arah Pengiktirafan.

 

13 .7.2020 @ Mesyuarat Perbincangan Formulari Ubat-ubatan. Preskripsi Ubat oleh Penolong Pegawai Perubatan di Kesihatan Awam

  • Mesyuarat yang yang dianjurkan oleh Unit Perkembangan Profesion (Penolong Pegawai Perubatan) Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga turut melibatkan Bahagian Perkhidmatan Farmasi dan Bahagian Penguatkuasaan & Amalan Farmasi dan dihadiri oleh Presiden.

 

12.6.2020, 17.7.2020, 28.8.2020, 25.9.2020 dan 19.11.2020 @ WEBINAR SERIES

  • Antara topik yang dibincangkan:
  1. COVID-19:The Unsung Heroes
  2. AMO-TeX: Ke Mana Halatuju Kita?
  3. Pelan 6p: Hala tuju Pendidikan Penolong Pegawai Perubatan
  4. Perjuangan Belum Selesai
  5. Bual Bicara: Kesihatan Lelaki Dalam Norma Baharu

 

6.8.2020 @ Mesyuarat Pembangunan Profesion 2/2020

  • Mesyuarat yang dianjurkan oleh CPPPP telah diadakan di Ipoh, Perak.

 

17.9.2020 @ Mesyuarat Bersama Timbalan Ketua Setiausaha KKM

  • PPPM dan KKPPPSM telah menghadiri mesyuarat ini bagi membincangkan isu pelaksanaan urusan pemangkuan jawatan Penolong Pegawai Perubatan gred fleksi U41/42/44 dan sebagainya.

 

6.10.2020 @ Taklimat kepada para pelatih semester akhir Diploma Sains Perubatan dan Kesihatan Universiti Antarabangsa PICOMS

  • Taklimat telah diadakan di Kolej Universiti Antarabangsa PICOMS.
  • Objektif taklimat adalah untuk memberikan pengetahuan dan membawa para pelajar mengenali dengan lebih dekat peranan dan fungsi PPPM.

12.9.2020 @ Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia Bilangan 3 Penggal 2019/2020

  • Penubuhan Cawangan Wilayah Persekutuan KL & Putrajaya;
  • Pembangunan Sistem Pendaftaran Keahlian Secara Atas Talian;
  • Persidangan Antarabangsa GACOPA di Rwanda;
  • Konferens Kebangsaan Penolong Pegawai Perubatan;
  • Akademi Pembantu Perubatan Malaysia (AcMA);
  • Pembentangan Penyata Kewangan;
  • Pembentangan Laporan Biro-Biro dan penubuhan Biro Wanita;
  • Pembentangan Aktiviti Cawangan;
  • Laporan Audit Cawangan;
  • Healthcare2U;
  • Buletin Profesionku; dan
  • Hari Pembantu Perubatan Negeri Kelantan.

 

  1. RUMUSAN

Walaupun negara berdepan dengan pandemik COVID-19 yang turut memberi kesan kepada pelaksanaan aktiviti, PPPM telah membuat perancangan dan meneruskan aktiviti mengikut kesesuaian dan keperluannya. Kejayaan membawa profesion ke peringkat antarabangsa dan dipilih sebagai penganjur bagi acara 3rd International Delegates & Scientific Conference for GACOPA adalah pencapaian terbesar bagi penggal ini.

 8.   PENUTUP

Ahli Majlis Tertinggi merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama dan memberikan kerjasama dalam menjayakan aktiviti-aktiviti PPPM.

Tahniah juga diucapkan kepada Pegawai-Pegawai Ibu Pejabat dan Cawangan kerana telah melaksanakan kewajipan dengan cemerlang, selaras dengan Fasal 9 Perlembagaan PPPM.

 Disediakan oleh :

AMIN ZAFRI BIN ABD RAHMAN
Setiausaha Agung
Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia