Articles

BENGKEL OUTCOME BASED EDUCATION (OBE) & PENILAIAN PEPERIKSAAN LEMBAGA PEMBANTU PERUBATAN

Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia bersama Lembaga Pembantu Perubatan KKM telah mengadakan bengkel ini pd 14 - 16/11/2017 di Bayu Beach Resort, Port Dickson,  Negeri Sembilan. Kumpulan fokus yg menyertai bengkel ini adalah pensyarah-pensyarah IPTS dan ILKKM yg terlibat dlm program pendidikan Diploma Pembantu Perubatan. Para peserta bengkel didedahkn kpd konsep  kurikulum berasaskan OBE supaya pelaksanaan penilaian hasil pembelajaran mempunyai validity dan reliable yg akan dinilai melalui Outcome Based Assessment (OBA). Format house style turut diperjelaskn dalam membangunkan item soalan peperiksaan dengan menggunakan konsep 5 blok 9 points.

Diakhir bengkel, KPPP KKM selaku Setiausaha Lembaga PP telah menyampaikn ucapan perasmian penutupan bengkel disamping berkogsi informasi dgn peserta antaranya:

1) Amalan PP hendaklah bersandarkn kpd Akta & Peraturan yg berkuatkuasa. APC/ARC merupakan keperluan terpenting bg membolehkn seseorang itu menjalankn amalannya sbg PP. Muktahir ini, terdpt beberapa sabitan kes telah diambil oleh pihak2 berwajib berhubung isu ketiadaan APC oleh mereka yg menjlnkn tugas sbb pengamal & pensyarah program Diploma PP;

2) PP disaran berusaha mempertingkatkn kompetensi mereka;

3) Pelantikan ke jawatan PPP bg graduan2 ILKKM dibuat secara bersiri bergantung kpd kekosongan jawatan pd satu2 masa;

4) Pelan Pembanguan Profesion PPP (6P) turut mengambilkira unjuran perjawatan. Pelan ini masih diperingkat penyediaan;

5) Cadangan mewujudkn suatu registry kepakaran bidang bg PP sektor awam & swasta.  PP yg memiliki kepakaran dlm bidang2 tertentu akn didaftarkn di bawah Technical Expert Registry. Kepakaran itu merujuk kpd kelayakkan posbasik, ijazah, sarjana dsb SERTA masih menjalankn amalannya di dlm bidang tersebut;

6) Pemerkasaan peranan PPP di Kesihatan Awam. Pendekatan kali ini adalah berasaskn community based centred yg memberi tumpuan kpd pencegahan penyakit & promosi amalan cara hidup sihat;

7) Peranan PPP akn terus diperkemaskan sebagai salah satu partner (bekerja bersama) dlm pasukan penjagaan kesihatan & bukan sekadar membantu;

8) Laporan polis tdk lg diperlukn dlm urusan penggantian lencana yg hilang. Ia memadai dgn perakuan Penyelia atau majikan PP berkenaan;

9) Cadangan mengadakn Peperiksaan Lembaga PP masih dlm penelitian. Secara asasnya, ia bertujuan memastikn  kompetensi graduan Diploma PP pd tahap yg dimemuaskn; dan

10) Mekanisma pembaharuan Perakuan Amalan Tahunan bg PP yg telah tdk memperbaharui amalan melebihi 2 tahun sdg diteliti & akn dikuatkuasa.

Diakhir ucapannya, KPPP KKM selaku Setiausaha LPP berhasrat supaya bengkel ini dpt diteruskn & menjadikn ia sbg pra syarat dlm memberi taraf kpd para pensyarah yg terlibat dlm pendidikan profesional PP.

Sekian.

BAKTI MULIA

Setiausaha Agung
Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia

 

 Download in PDF

PENGINAPAN SEPANJANG KONFERENS DI BERJAYA WATERFRONT HOTEL, JOHOR BAHRU

Tempahan untuk penginapan bolih dibuat terus ke Hotel melalui Pegawai berikut:-

En Dedy Idawan bin Masbah No h/p :-0167237003 (Berjaya Waterfront Hotel).

 

 

Semua peserta bolih menghubungi En Dedy dan membuat tempahan dengan mengatakan PESERTA KONFERENS PPP dan bayaran bolih dibuat melalui Tunai/LPO/Cek. Sila download borang tempahan bilik penginapan dan cara bayaran dan hantar borang melalui email berikut:- This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

 

Kadar Bilik:-  Twin Sharing (RM 186 per night) atau (RM 93 per night per person- Twin sharing) . Sarapan Pagi  bagi Twin sharing disediakan percuma.

 

Bagi PTJ yang menyediakan LPO, Bayar Kepada :-

ROADTRIP MANAGEMENT ,

No Akaun 86-0201972-9 CIMB Islamic, Jln Kebun Teh, Johor Bahru.

Sila download Maklumat Bank , No Akaun dan Sijil Pendaftaran untuk membuat bayaran melalui LPO dibawah:-

1) Borang Penginapan

2) No Akaun Bank

3) Sijil Pendaftaran Hotel

 

3)

 

 

Pengumuman

Welcome to Malaysian Association of Medical Assistants (MAMA)

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) telah meluluskan pindaan perlembagaan yang baru Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia pada 14hb Jan 2014. Pindaan yang baru boleh dimuat turun dilaman web ini.

Sila ambil maklum, dengan kelulusan ini  , Yuran berikut diluluskan

Yuran Masuk   : RM 10

Yuran Tahunan: RM 50

Untuk menjadi ahli, bayaran permulaan ialah sebanyak RM 60 (Yuran Masuk RM 10 + Yuran Tahunan RM50)

Sekian,

Pengerusi Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia

 

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

MESY EXCO PERSATUAN telah bersetuju untuk mengeluarkan KAD KEAHLIAN kepada Ahli-ahli yang membuat potongan melalui . BIRO ANGKASA shj. Ahli-ahli diperlukan menyediakan sekeping gambar berukuran passport dan emailkan kepada Persatuan di ma.pppm@gmail.com . Untuk mengetahui status potongan, sila ke PERMOHONAN KAD dipaparan Utama Laman sesawang. Harap maklum

-------------------------------------------------
LATEST -30th Sept 2017.
Only about 60% PPPs of 18,000 Registered had contributed to TABUNG WISMA. Please ask your supervisor regarding your contributions.


--------------------------------------------------
KEDUDUKAN TERKINI KEAHLIAN SEHINGGA :-

Setakat 30hb Sept 2017 - Jumlah keahlian 5430

 

Semakkan boleh dilakukan dgn memasukkan No KP pada SEMAKAN STATUS

** Utk makluman semua, PPP yg menggunakan online Pendaftaran dan Online Renewal Membership meningkat dari masa kesemasa.
-----------------------------------------------

Saranan ini ditujukan kepada semua PPP yang masih belum menyumbang ke Tabung WISMA PEMBANTU PERUBATAN terutama PPW. Setakat 30hb Sep 2017, hanya 60% shj PPP(Jumlah pungutun RM 685,000) yang telah menyumbangkan ke Tabung WISMA. Kerjasama diminta juga kepada semua Penyelia PPP baik di Hospital/Pejabat Kesihatan supaya menyemak balik mana-mana PPP dibawah jagaan yang belum membuat caruman.

Sekian, harap maklum


-------------------------------------------------
AKTIVITI DI WISMA PP BULAN Okt/NOV 2017

Mesy ALP akan diadakan sebagaimana berikut:-

Tarikh :- 7hb Okt 2017(Sabtu)

Masa   :- 10.00 pagi

 Tempat:- Wisma PP, Reko Sentral, Kajang

Semua ALP  diminta hadir 

................................................................................................................................

 Mesy AMTP akan diadakan sebagaimana berikut:-

Tarikh :- 10hb Nov 2017(Jumaat )

Masa   :- 3.00 ptg

 Tempat:- Wisma PP, Reko Sentral, Kajang

Semua AMT  diminta hadir

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Mesy JK PUSAT Bil 2 akan diadakan sebagaimana berikut:-

Tarikh :- 11hb Nov 2017(Sabtu)

Masa   :- 9.00 pagi

 Tempat:- Wisma PP, Reko Sentral, Kajang

Semua JK Pusat   diminta hadir

 

Isnin, 20 November 2017
00 Rabiu awal 1439 Hijrah

LAMAN KKPPPSM

Kesatuan Kebangsaan Penolong Pegawai Perubatan Semenanjung Malaysia

Klik Disini

Lokasi Kami

11-2, Aras 2, Wisma Pembantu Perubatan, Jln Reko Sentral 9,  Reko Sentral, 43000 Kajang, Selangor
Tel: 03 8883 2188/ 03 8734 0109

Pautan Rasmi

Maklumat Pelawat

1160365
Hari ini
Kelmarin
Minggu ini
Bulan ini
Keseluruhan
89
356
445
10217
1160365

 

Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.