Print

 

Bismillahirahmannirrahim.

Assallamualaikum w.b.t, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia.

Syukur kehadrat Illahi dengan limpah kurniaNya,  usaha gigih dan kesepakatan dari ahli Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia, maka  kesinambungan pembangunan profesion akan terus maju serta  dapat dipertingkatkan.

Keutuhan Jatidiri, Kejituan Profesionalisma adalah bertepatan dengan aspirasi  Negara “Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan” bagi anjakan paradigma, mentranformasikan dan memperkasakan kerjaya serta melestarikan profesion agar lebih berdaya saing, dinamik, efektif dan cemerlang.

Pemantapan sahsiah diri, bekerja secara kolektif, berusaha untuk lebih maju, berintegriti, dan terus komited dalam meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan berdasarkan tiga nilai teras utama Budaya Korporat Kementerian Kesihatan Malaysia iaitu Penyayang, Profesionalisme serta Kerja Berpasukan. Dalam mendukung amanah yang dipertanggungjawabkan serta bersandarkan moto Kami Sedia Membantu dan juga Delighting Our Customers, maka  outcome  yang dihasilkan dapat memberi  impak  yang tinggi ke atas pembangunan profesion Pembantu Perubatan.

Saya bagi pihak persatuan merakamkan  ucapan terima kasih dan tahniah kepada semua Pembantu Perubatan khususnya  ahli Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia diatas sumbangan, kerjasama serta komitmen  memajukan profesion ketahap yang lebih tinggi supaya menjadi modal insan kelas pertama dapat dizahirkan dikalangan Penolong Pegawai Perubatan dinegara ini.
Sekian, Wassallam.

 

Hj. Yahaya bin Jaafar
Pengerusi
Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia