BENGKEL OUTCOME BASED EDUCATION (OBE) & PENILAIAN PEPERIKSAAN LEMBAGA PEMBANTU PERUBATAN

Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia bersama Lembaga Pembantu Perubatan KKM telah mengadakan bengkel ini pd 14 - 16/11/2017 di Bayu Beach Resort, Port Dickson,  Negeri Sembilan. Kumpulan fokus yg menyertai bengkel ini adalah pensyarah-pensyarah IPTS dan ILKKM yg terlibat dlm program pendidikan Diploma Pembantu Perubatan. Para peserta bengkel didedahkn kpd konsep  kurikulum berasaskan OBE supaya pelaksanaan penilaian hasil pembelajaran mempunyai validity dan reliable yg akan dinilai melalui Outcome Based Assessment (OBA). Format house style turut diperjelaskn dalam membangunkan item soalan peperiksaan dengan menggunakan konsep 5 blok 9 points.

Diakhir bengkel, KPPP KKM selaku Setiausaha Lembaga PP telah menyampaikn ucapan perasmian penutupan bengkel disamping berkogsi informasi dgn peserta antaranya:

1) Amalan PP hendaklah bersandarkn kpd Akta & Peraturan yg berkuatkuasa. APC/ARC merupakan keperluan terpenting bg membolehkn seseorang itu menjalankn amalannya sbg PP. Muktahir ini, terdpt beberapa sabitan kes telah diambil oleh pihak2 berwajib berhubung isu ketiadaan APC oleh mereka yg menjlnkn tugas sbb pengamal & pensyarah program Diploma PP;

2) PP disaran berusaha mempertingkatkn kompetensi mereka;

3) Pelantikan ke jawatan PPP bg graduan2 ILKKM dibuat secara bersiri bergantung kpd kekosongan jawatan pd satu2 masa;

4) Pelan Pembanguan Profesion PPP (6P) turut mengambilkira unjuran perjawatan. Pelan ini masih diperingkat penyediaan;

5) Cadangan mewujudkn suatu registry kepakaran bidang bg PP sektor awam & swasta.  PP yg memiliki kepakaran dlm bidang2 tertentu akn didaftarkn di bawah Technical Expert Registry. Kepakaran itu merujuk kpd kelayakkan posbasik, ijazah, sarjana dsb SERTA masih menjalankn amalannya di dlm bidang tersebut;

6) Pemerkasaan peranan PPP di Kesihatan Awam. Pendekatan kali ini adalah berasaskn community based centred yg memberi tumpuan kpd pencegahan penyakit & promosi amalan cara hidup sihat;

7) Peranan PPP akn terus diperkemaskan sebagai salah satu partner (bekerja bersama) dlm pasukan penjagaan kesihatan & bukan sekadar membantu;

8) Laporan polis tdk lg diperlukn dlm urusan penggantian lencana yg hilang. Ia memadai dgn perakuan Penyelia atau majikan PP berkenaan;

9) Cadangan mengadakn Peperiksaan Lembaga PP masih dlm penelitian. Secara asasnya, ia bertujuan memastikn  kompetensi graduan Diploma PP pd tahap yg dimemuaskn; dan

10) Mekanisma pembaharuan Perakuan Amalan Tahunan bg PP yg telah tdk memperbaharui amalan melebihi 2 tahun sdg diteliti & akn dikuatkuasa.

Diakhir ucapannya, KPPP KKM selaku Setiausaha LPP berhasrat supaya bengkel ini dpt diteruskn & menjadikn ia sbg pra syarat dlm memberi taraf kpd para pensyarah yg terlibat dlm pendidikan profesional PP.

Sekian.

BAKTI MULIA

Setiausaha Agung
Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia

 

 Download in PDF

Lokasi Kami

11-2, Aras 2, Wisma Pembantu Perubatan, Jln Reko Sentral 9,  Reko Sentral, 43000 Kajang, Selangor
Tel: 03 8883 2188/ 03 8734 0109

Pautan Rasmi

Maklumat Pelawat

1171669
Hari ini
Kelmarin
Minggu ini
Bulan ini
Keseluruhan
44
310
2138
6137
1171669

 

Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.