Nama kesatuan yang telah ditubuhkan menurut Peraturan-Peraturan ini ialah KESATUAN KEBANGSAAN PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN SEMENANJUNG MALAYSIA (NUAMO) (yang disebut “Kesatuan” di dalam ini) untuk membantu pegawai-pegawai di dalam perkhidmatan awam Terutama penjawat Penolong Pegawai Perubatan Di Kementerian Kesihatan Malaysia bagi menambahbaik kualiti kerja dan kehidupan dengan cara membantu menyuarakan pendapat dan masalah yang dihadapi ahli-ahli kesatuan.

 

Pejabat Kesatuan ini yang didaftarkan dan tempat mesyuaratnya ialah di No. 28, Jalan TU 17, Taman Taman Tasik Utama, Ayer Keroh, Hang Tuah Jaya, 75450 Melaka atau di mana-mana tempat yang ditetapkan oleh Majlis Jawatankuasa Agung.

 

1. Antara Tujuan untuk ahli Kesatuan ialah :-

  • Menjadikan sebagai ahli Kesatuan semua pekerja yang disebut di bawah Peraturan 3 (1) dan memajukan kepentingan mereka dalam bidang perhubungan perusahaan, kemasyarakatan dan ilmu pengetahuan.
  • Mengatur perhubungan di antara pekerja dengan majikan bagi maksud melaksanakan perhubungan perusahaan yang baik, meningkatkan daya pengeluaran dan memperolehi serta mengekalkan bagi ahli-ahlinya sukatan gaji yang adil dan sesuai, syarat-syarat pekerja yang berpatutan dan keselamatan pekerjaan.
  • Mengatur perhubungan di antara ahli dengan ahli atau di antara ahli dengan lain-lain pekerja atau di antara ahli dengan Kesatuan atau pegawai Kesatuan atau di antara pegawai Kesatuan dengan kesatuan dan menyelesaikan sebarang perselisihan atau pertikaian di antara mereka itu dengan cara aman dan bermuafakat atau melalui jentera penimbangtara menurut kehendak Peraturan 26 dan 27.
  • Memajukan kebajikan ahli-ahli Kesatuan dari segi sosial, kebendaan dan pendidikan menurut undang-undang.
  • Memberi bantuan guaman kepada ahli-ahli berhubung dengan pekerjaan mereka jika dipersetujui oleh Majlis Jawatankuasa Agung.
  • Memberi bantuan kepada ahli-ahli jika dipersetujui oleh Majlis Jawatankuasa Agung seperti pembiayaan di masa teraniaya atau di masa pertikaian kerja.
  • Menganjurkan dan mengendalikan kursus, dailog, seminar dan sebagainya untuk kebajikan ahli-ahli Kesatuan khasnya dan para pekerja amnya.
  • Mengendalikan jika dipersetujui oleh Persidangan Perwakilan, urusan mengarang, mencetak, menerbit dan mengedarkan sebarang suratkhabar, majalah surat berita atau lain-lain penerbitan untuk menjayakan tujuan-tujuan kesatuan ini atau untuk memajukan kepentingan-kepentingan ahli-ahli Kesatuan.
  • Menubuhkan kumpulan wang kebajikan jika dipersetujui oleh Persidangan Perwakilan dan mengubalkan Peraturan-Peraturan tambahan untuk mentadbir dan mengawal kumpulan wang itu
  • Secara amnya melaksanakan sebarang tujuan Kesatuan Sekerja yang sah di sisi undang-undang.

 

2. Tujuan-tujuan ini hendaklah dilaksanakan menurut Peraturan-Peraturan ini. Akta Kesatuan Sekerja 1959 dan undang-undang bertulis yang lain yang ada kaitan.

 

Sejarah Penubuhan

  • Lepas Perang Dunia Kedua – beberapa KESATUAN telah ditubuhkan didalam perkhidmatan kerajaan.
  • 1952 – Penang Medical Staff Union ditubuhkan dan diterajui oleh dresser.
  • Di Kedah tertubuhnya Kedah Junior Medical Staff Union
  • Semua kesatuan negeri bergabung tubuhkan – Federation of Government Medical Service Union.
  • Beribupejabat di Pulau Pinang mulanya dan pindah ke Kuala Lumpur.
  • 1959 - Mati akibat natural death – tapi kesatuan di negeri masih bergiat aktif.
  • Dalam tahun 1960 – Pembantu Hospital di Pulau Pinang merasakan perlu disatukan semua pembantu hospital seluruh negara bawah satu Kesatuan.
  • 13 Nov. 1960 – beberapa pembantu hospital di Pulau Pinang mengambil keputusan untuk menubuhkan National Union of Hospital Assistants, Federation of Malaya
  • 17 Nov. 1960 Satu mesyuarat J/kuasa Protem di langsungkan di Dewan Asrama Jururawat – Pulau Pinang
  • 17 Januari 1961 – tertubuhlah KESATUAN KEBANGSAAN PEMBANTU HOSPITAL – No. Pendaftaran 248
  • 27 Ogos 1961 – NUHA mengambil keputusan untuk bergabung dengan CUEPACS
  • Penubuhan cawangan negeri dimulai oleh Pulau Pinang pada 6 Jan 1962 dan diikuti oleh Kedah Perlis dan seterusnya lain-lain negeri.
  • Kesatuan diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan.
  • Pengabungan dengan CUEPACS tak bermakna lagi kerana banyak keputusan tidak dibincang dengan Kesatuan.
  • 12 Julai 1964 – NUHA keluar (disaffiliate) dari CUEPACS
  • Majlis Kebangsaan Whitley – Kajian Semula Gaji kakitangan kerajaan – NUHA menghantar notis untuk MOGOK – tak hubungi untuk mendapat pandangan.
  • Kerajaan tidak mengindahkan kerana pekerja hanya diwakili oleh CUEPACS.
  • 1 Jan. 1965 – Kesatuan hantar notis untuk teruskan MOGOK pada 18 Jan. 1965. Disokong juga oleh beberapa kesatuan dalam CUEPACS
  • Beberapa mesyuarat diadakan dan Kesatuan telah memberikan cadangan untuk memperbaiki skim perkhidmatan pembantu hospital kepada Benham Salary Commission.
  • Tuntutan selesai - Kesatuan tak bergiat cergas – Presiden bersara
  • Bangun semula pada 1970 – giat menambah ahli.
  • BULETIN NUMA – mula dicetak pada Januari 1968 – bawah pimpinan ADAM THAM – kini terus di terbitkan
  • Antara perkara yang dimuatkan ialah TUNTUTAN untuk:
    • Mendaftar semua pembantu hospital
    • Mengesa kerajaan menubuhkan Lembaga untuk mengawal perkhidmatan pembantu hospital
  • Mengesa kerajaan untuk menubuhkan pusat latihan berasingan dengan jururawat – kerana latihan bersama menjurus kepada – nursing  bukan clinical aspect. Sekolah pertama – Hospital Seremban - Kumpulan pertama dilatih Januari 1971
  • 1970 – 1975 Mencari identiti. Dalam Persidangan Perwakilan 1971 memutuskan
    • Tukar uniform
    • Tukar nama PH ke PP
  • Sertamerta IbuPejabat dengan pertolongan lain-lain ahli yang kompeten mula membuat deraf AKTA.
  • 12 Jun 1976 – senarai Tugas dan Tanggungjawab Pembantu Hospital  telah diluluskan oleh KKM
  • 26 Okt 1976 Akta Pembantu Hospital telah diluluskan oleh Parlimen Malaysia.
  • 3 Jan 1977 Akta Pembantu Hospital telah diluluskan di Dewan Senat
  • September 1976 Akta 180 – Akta Pembantu Hospital (Pendaftaran) di wartakan
  • 1979 permohonan telah dibuat untuk menukar nama kepada pembantu perubatan ditolak tetapi rayuan dibuat – diluluskan pada 1983.
  • Anomoli – Perlaksanaan CCR Report mulai 1 Jan 1976
  • Pembantu Hospital diberikan tanggagaji C9 hingga B1 – sama dengan jururawat. Kesatuan tidak puas hati dan Ibu Pejabat telah menyediakan satu memorandum yang komprehensif mengambil kira:-
    • Kadar Tugas
    • Keadaan Tempat Bertugas
    • Kelulusan dan Latihan
    • Tugas dan tanggungjawab

PERJUANGAN

  • Memertabatkan profesion
  • Peluang meningkatkan keupayaan
    • Peringkat ijazah dan seterusnya
  • Tangga gaji yang setimpal dengan kelulusan dan tugas
    • Identiti
    • Nama/ gelaran
    • Uniform
  • Hala tuju
    • Kenaikan pangkat
    • Tempat bertugas
    • Akauntibiliti & responsibiliti
    • Latihan dan kemahiran
  • Penyatuan dan Kerjasama

KKPPPSM Pengumuman

Welcome to Malaysian Association of Medical Assistants (MAMA)

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) telah meluluskan pindaan perlembagaan yang baru Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia pada 14hb Jan 2014. Pindaan yang baru boleh dimuat turun dilaman web ini.

Sila ambil maklum, dengan kelulusan ini  , Yuran berikut diluluskan

Yuran Masuk   : RM 10

Yuran Tahunan: RM 50

Untuk menjadi ahli, bayaran permulaan ialah sebanyak RM 60 (Yuran Masuk RM 10 + Yuran Tahunan RM50)

Sekian,

Presiden Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia

 

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

MESY EXCO PERSATUAN telah bersetuju untuk mengeluarkan KAD KEAHLIAN kepada Ahli-ahli yang membuat potongan melalui . BIRO ANGKASA shj. Ahli-ahli diperlukan menyediakan sekeping gambar berukuran passport dan emailkan kepada Persatuan di ma.pppm@gmail.com . Untuk mengetahui status potongan, sila ke PERMOHONAN KAD dipaparan Utama Laman sesawang. Harap maklum

-------------------------------------------------
LATEST -28th Feb 2017.
Only about 60% PPPs of 18,000 Registered had contributed to TABUNG WISMA. Please ask your supervisor regarding your contributions.


--------------------------------------------------
KEDUDUKAN TERKINI KEAHLIAN SEHINGGA :-

30/11/2016 - Jumlah keahlian 4990

31/12/2016- Jumlah keahlian 5010

31/1/2017  - Jumlah keahlian 5044

28/2/2017  - Jumlah keahlian 5110

Semakkan boleh dilakukan dgn memasukkan No KP pada SEMAKAN STATUS

** Utk makluman semua, PPP yg menggunakan online Pendaftaran dan Online Renewal Membership meningkat dari masa kesemasa.
-----------------------------------------------

Saranan ini ditujukan kepada semua PPP yang masih belum menyumbang ke Tabung WISMA PEMBANTU PERUBATAN terutama PPW. Setakat 28hb Feb 2017, hanya 60% shj PPP(Jumlah pungutun RM 683,000) yang telah menyumbangkan ke Tabung WISMA. Kerjasama diminta juga kepada semua Penyelia PPP baik di Hospital/Pejabat Kesihatan supaya menyemak balik mana-mana PPP dibawah jagaan yang belum membuat caruman.

Sekian, harap maklum


-------------------------------------------------
AKTIVITI DI WISMA PP BULAN Mac 2017


 

 

KKPPPSM Hubungi Kami

11-2, Aras 2, Wisma Pembantu Perubatan,
Jln Reko Sentral 9, Reko Sentral,
43000 Kajang, Selangor
Tel: 03 8883 2188/ 03 8734 0109

Lokasi Kami

11-2, Aras 2, Wisma Pembantu Perubatan, Jln Reko Sentral 9,  Reko Sentral, 43000 Kajang, Selangor
Tel: 03 8883 2188/ 03 8734 0109

Pautan Rasmi

Maklumat Pelawat

1267365
Hari ini
Kelmarin
Minggu ini
Bulan ini
Keseluruhan
95
260
355
6218
1267365

 

Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.