Umum
Print

PETIKAN DARI FACEBOOK DG

 

Sempena Seminar Pen Pegawai Perubatan dalam Penjagaan Pediatrik Peringkat Kebangsaan tahun 2016 di KSKB, Ulu Kinta dari 1-3hb Apr 2016

Antara topik menarik di seminar ini termasuk Paediatric Retrieval, The Role of the Assistant Medical Officer in Paediatric Care, Respiratory Disease in Neonate, Paediatric Emergencies, Paediatric Domiciliary Care-Home Ventilation, Paediatric Neurology, Sleep Study, Paediatric Care in Public Health, Neonatal Respiratory Care dan Paediatric Cardiology.

 

Seminar Penolong Pegawai Perubatan (PPP) dalam Penjagaan Pediatrik Peringkat Kebangsaan 2016 dengan tema "New Horizons" sedang berlangsung di Kolej Sains Kesihatan Bersekutu (KSKB) Sultan Azlan Shah, Ulu Kinta, Perak pada 1-3 April dengan kehadiran hampir 380 PPP dari seluruh negara. Mengadakan seminar sebegini di fasiliti KKM sedia ada bukan sahaja menjimatkan kos malah menggunakan aset KKM dengan seoptimanya. Perkhidmatan pediatrik adalah antara perkhidmatan kesihatan dan perubatan yang terpenting kerana ianya khusus buat bayi dan kanak-kanak yang menjadi aset masa depan negara. Perkhidmatan pediatrik yang komprehensif dan berkualiti penting.