LAPORAN AKTIVITI PERSATUAN PEMBANTU PERUBATAN MALAYSIA

PENGGAL 2015/2016

 

 

1.       PENDAHULUAN

 

Bagi menyempurnakan amanah seterusnya, barisan Ahli Jawatankuasa Pusat (AJK) Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia (PPPM) bagi penggal 2015/2016 telah merangka beberapa perancangan, strategi dan matlamat untuk dicapai sebelum berakhir setengah tahun 2017. AJK pada kali ini telah merancang beberapa agenda untuk memartabatkan lagi profesion Pembantu Perubatan mengetengahkan cadangan-cadangan untuk meningkatkan lagi profesionalisma Pembantu Perubatan, menganjurkan aktiviti-aktiviti dalam sekala besar seperti beberapa seminar dan Konferens Kebangsaan Penolong Pegawai Perubatan 2017. Disamping agenda merancakkan aktiviti Koperasi serta Biro-biro turut diberi perhatian.

 

 

2.       PENTADBIRAN PERSATUAN

 

PPPM ditadbir oleh lima (5) orang Pegawai Ibupejabat untuk memastikan kelancaran operasi dan tadbir urus dengan berkesan. Seorang Pengurus dilantik bagi menjalankan kerja-kerja pengurusan secara sepenuh masa di Wisma Pembantu Perubatan, Jalan Reko, Kajang, Selangor.

 

Senarai Pegawai Ibupejabat PPPM

Pengerusi                                  :  Hj. Mustafa bin Abd Majid

Timbalan Pengerusi                  :  Hj. Yahaya bin Jaafar

Setiausaha Agung                     :  Hj. Amin Zafri bin Abd Rahman

Penolong Setiausaha Agung     :  Saiful-Lizan bin Mohammed

Bendahari Agung                       :  Hj. Jaafar bin Md Shariff

 

Dua (2) orang Juruaudit telah dilantik untuk menjalankan kerja-kerja pengauditan bagi memastikan urusan PPPM berjalan mengikut peraturan khususnya yang berkaitan dengan tatacara pengurusan kewangan.

 

Senarai Juruaudit PPPM

Juruaudit 1                                 :  Hj. Wan Muhammad Azman bin Wan Abdullah

Juruaudit 2                                 :  Hj. Abdul Wahab bin Md Zin

 

 

3.       KEAHLIAN

 

Sehingga 31 Disember 2016, jumlah ahli PPPM adalah seramai 5,013 orang. Kadar penyertaan didapati sedikit meningkat. Justeru, usaha menambah keahlian PPPM, kesedaran dan minat dikalangan ahli profesion untuk melihat profesion Pembantu Perubatan terus maju, dinamik dan progresif perlu digerakkan dengan lebih agresif. Selangor antara negeri yang mencatatkan jumlah keahlian yang tertinggi diikuti Sarawak dan Perak. Manakala jumlah keahlian daripada negeri Perlis adalah yang terendah berikutan tiada cawangan ditubuhkan di sana. Walaupun jumlah keahlian bagi negeri Sabah turut rendah, angka ini tidaklah memberikan gambaran bahawa tahap penglibatan dan minat ahli profesion di Sabah dalam berpersatuan adalah amat rendah kerana mereka sebenarnya telah menyertai Persatuan Pembantu Perubatan Sabah atau AMAS dan Persatuan Penolong Pegawai Perubatan Sarawak. Pecahan keahlian mengikut negeri bagi tempoh sehingga 31 Disember 2016 boleh dilihat pada Jadual 1 manakala cara pembayaran Yuran Keahlian adalah seperti pada Jadual 2.

 

 

 

Jadual 1: Bilangan keahlian mengikut negeri sehingga 31 Disember 2016

 

 

Negeri

Aktif

Tidak Aktif

Jumlah Ahli

Perlis

31

35

66

Kedah

225

154

379

Pulau Pinang

191

276

467

Perak

304

223

527

Selangor

312

299

611

W. Persektuan

291

185

476

Kelantan

202

169

371

Terengganu

100

121

221

Pahang

292

131

423

Negeri Sembilan

68

74

142

Melaka

156

145

301

Johor

247

165

412

Sabah

29

64

93

Sarawak

103

421

524

 

 

Jumlah

5,013

 

 

 

Jadual 2: Pecahan mengikut cara pembayaran Yuran Keahlian

 

           

Cara

Bilangan Ahli Baru

Potongan Biro Angkasa

 

Tunai

 

Ahli seumur hidup

 

Jumlah

 

 

 

4.       CAWANGAN

 

Sehingga 31 Disember 2016, sebanyak sepuluh (10) negeri telah menubuhkan cawangan iaitu Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

 

 

5.       BIRO-BIRO

 

Biro Pendidikan

 

Selain daripada menggerakkan inisiatif dalam beberapa siri rundingan untuk merancakkan lagi program pendidikan, Biro Pendidikan turut mengadakan program-program latihan khususnya dalam bidang kajian untuk memantapkan dan melahirkan lebih ramai PPP yang berupaya mengetengahkan hasil-hasil kajian-kajian yang dapat memajukan profesion. Seramai 60 orang PPP telah terlibat di dalam dua siri bengkel yang telah dianjurkan oleh Biro Pendidikan seperti mana yang dapat dilihat seperti berikut.

 

i)          Bengkel TWG siri 1.

ii)         Bengkel TWG siri 2.

iii)        Bengkel Hala Tuju siri 1.

iv)        Bengkel Hala Tuju Perkembangan Profesion PPP 2 Tahun 2016.

v)         Sambutan Hari PP Peringkat Kebangsaan 10 Mac 2016.

vi)        Program Komuniti Sempena Hari PP 12 Mac 2016.

vii)       Team Building untuk AMT, AJK Pusat Persatuan & Kesatuan.

viii)      Seminar PPP Dalam Perkhidmatan Obstetrik & Ginekologi.

ix)        Seminar PPP Dalam Perkhidmatan Pediatrik.

x)         Seminar PPP Dalam Perkhidmatan Kesihatan Awam.

xi)        Kursus Pemantapan Pengurusan Persatuan.

 

 

Biro Kebajikan

 

Pengwujudan Tabong Kebajikan Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia menjadi matlamat PPPM untuk membantu ahli-ahli yang kurang bernasib baik. Antara tujuan Tabong Kebajikan ini adalah;

i)       Memberi bantuan khidmat nasihat kepada ahli yang ingin meningkatkan kemahiran dan kepakaran profesional;

ii)      Memberi bantuan kepada ahli yang sakit berpanjangan;

iii)     Memberi sumbangan kepada ahli yang sakit dan memerlukan rawatan dalam wad.

iv)    Untuk membolehkan penama ahli atau waris yang sah mendapat bantuan apabila berlaku kematian ahli.

v)     Mengadakan program kemasyarakatan, kebajikan, lawatan sambil belajar bagi ahli.

vi)    Memberi sumbangan kepada ahli dan juga Pembantu Perubatan yang terlibat dengan bencana alam seperti banjir, kebakaran, kemalangan dan tanah runtuh.

 

Sehingga 31 Disember 2016, seramai 114 orang Pembantu Perubatan telah menerima sumbangan daripada Tabong Kebajikan PPPM yang kesemuanya berjumlah RM10,550.00 sebagaimana yang ditujukan pada Jadual 3.

 

Jadual 3: Sumbangan Tabong Kebajikan PPPM

 

Tahun

Bilangan  Penerima

Jumlah  Sumbangan

2015

 

 

  1. Faedah Masuk Wad Ahli Sakit

8 orang X RM200.00

RM1,600.00

  1. Kematian Ahli

1 orang X RM500.00

RM500.00

  1. Bantuan Banjir kepada Ahli

28 orang X RM100.00

RM2,800.00

  1. Bantuan Banjir kepada Bukan Ahli

69 orang X RM50.00

RM3,450.00

 

 

 

2016

 

 

  1. Faedah Masuk Wad Ahli Sakit

6 orang X RM200.00

RM1,200.00

  1. Kematian Ahli

1 orang X RM500.00

RM500.00

  1. Sumbangan Derma Kebakaran

1 orang X RM500.00

RM500.00

Jumlah

114 orang

RM10,550.00

 

 

Biro Ekonomi

 

Bagi menambah pendapatan ahli, Koperasi Pembantu Perubatan Selangor Berhad (KoPPSB) telah dipertanggungjawabkan untuk meneroka peluang menjana pendapatan melalui beberapa aktiviti, antaranya:

i)       Pendidikan/Latihan (Am dan Spesifik);

ii)      Latihan dalam Bidang ICT;

iii)     Membekal peralatan pakai buang dan buku perubatan.

 

Modal (kewangan) KoPPSB adalah daripada sumbangan modal syer anggota KoPPSB. Modal syer minima yang ditetapkan dibawah Undang-Undang Kecil KoPPSB bagi seseorang anggota adalah sebanyak RM500.00. Disamping itu, KoPPSB juga boleh menerima simpanan khas atau deposit daripada anggota.

 

KoPPSB bergerak dibawah landasan Undang-Undang Koperasi yang dikawal selian oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).

 

Pada ketika ini, Biro Ekonomi turut menawarkan produk-produk berikut kepada ahli-ahli profesion:

i)       Tali Leher;

ii)      Pin Tali Leher;

iii)     Baju Korporat; dan

iv)    Buku Panduan Berkhatan.

 

Bagi mempelbagaikan lagi produk-produk PPPM, Biro Ekonomi juga telah mengenalpasti produk-produk baharu yang akan diperkenalkan pada pertengahan tahun 2015.

 

 

6.       AKTIVITI-AKTIVITI

 

11 – 13.5.2015 @ Konferens Kebangsaan Penolong Pegawai Perubatan Tahun 2015

Konferens yang bertemakan “Community Health At Heart” telah diadakan di Melaka International Trade Centre (MITC), Ayer Keroh, Melaka dan di rasmikan oleh Y.B. Datuk Seri Dr. S. Subramaniam Menteri Kesihatan Malaysia. Seramai 800 orang deligasi daripada seluruh tanah air telah menghadiri konferens pada kali ini.

 

14.5.2015 @ Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Perwakilan PPPM

Mesyuarat yang dihadiri oleh seramai 32 Perwakilan termasuk AMT serta 28 AJK Pusat, Pengerusi Biro dan Juru Audit bgi Penggal 2013/2014 telah di adakan di Hotel Kobemas, Ayer Keroh, Melaka

 

17 – 18.5.2015 @ Sesi Penyerahan Sumbangan Peralatan Perubatan Daripada PPPM dan KKPPPSM

PPPM dan KKPPPSM telah membuat penyerahan sumbangan berupa peralatan perubatan kepada empat buah Klinik Kesihatan iaitu Klinik Kesihatan Laloh dan Klinik Kesihatan Dabong di Daerah Kuala Krai serta Klinik Kesihatan Aring dan Klinik Kesihatan Bertam Baru di Daerah Gua Musang yang terlibat dalam bencana banjir pada akhir tahun 2014.

 

15.6.2015 @ Mesyuarat LPP Kali Ke 60

PPPM telah membentangkan Resolusi yang dicapai semasa Konferens PPP di dalam mesyuarat yang diadakan di Ibupejabat KKM. Resolusi ini diasaskan atas semangat untuk melonjak, memperkasakan dan memantapkan profesion PPP bagi memenuhi keperluan perkhidmatan serta cabaran semasa. Resolusi ini memberi tumpuan terhadap aspek “niche area” profesion PPP dengan memberi penekanan kepada pemerkasaan profesion.

 

17.6.2015 @ Taklimat Pre Hospital (Ambulance) Care olih Western Australian Ambulance Service

PPPM telah dijemput ke taklimat tentang peranan Paramedic Western Autralian Ambulance Service yang diadakan di HTAR, Klang.

 

18.6.2015 @ Sesi pertemuan antara Koperasi Pembantu Perubatan Selangor Berhad (KoPPSB) dengan Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan) KKM

KoPPSB sebagai sebuah entiti berasaskan perniagaan dibawah Biro Ekonomi PPPM telah mengadakan pertemuan dengan Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan) di Ibupejabat KKM, Putrajaya. Antara perkara yang dibincangkan adalah berkenaan perkhidmatannya serta produk yang ditawarkan oleh KoPPSB.

 


27.6.2015 @ Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Pusat Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia Bilangan 1 Penggal 2015/2016

Mesyuarat sulung pasca Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Kali Pertama telah diadakan di Hotel Bangi-Putrajaya, Bandar Baru Bangi. Pada sebelah malamnya, ahli-ahli mesyuarat juga turut di dalam Majlis Berbuka Puasa yang diadakan di hotel yang sama.

 

28.6.2015 @ Mesyuarat Pasca Konferens Kebangsaan Penolong Pegawai Perubatan 2015

Mesyuarat ini diadakan di Hotel Bangi-Putrajaya merupakan post mortem kepada penganjuran konferens yang telah berlangsung.

 

6 – 9.8.2015 @ KUALA LUMPUR CITY GRAND PRIX (KLCityGP) 2015

PPPM telah diberikan tanggungjawab untuk menyalurkan khidmat pasukan perlindungan perubatan sepanjang acara perlumbaan sempena Kuala Lumpur City Grand Prix yang akan berlangsung selama emat (4) hari.Seramai20 orang Pembantu Perubatan yang terdiri daripada ahli PPPM telah mengambil bahagian dalam tugasan ini. PPPM berpendapat, peluang ini akan memberikan ilmu pengetahuan serta pengalaman kepada mereka khususnya dalam pengendalian perawatan kecemasan pra hospital.

 

11.8.2015 @ Kunjungan Hormat kepada Pejabat KPPPM

PPPM bersama KKPPPSM telah bertemu Dr. Zaki bin Md Osman selaku KPPPM untuk beramah mesra disamping membincangkan isu-isu berkaitan profesion.

 

14 – 15.8.2015 @ Kursus Pemantapan Pengurusan Persatuan

Kursus yang bertujuan meningkatkan pemahaman dan kompetensi pegawai-pegawai PPPM setiap cawangan telah diadakan di Wisma Pembantu Perubatan. Antara topik yang diberikan penekanan adalah berhubung pengurusan dokumentasi, penyelarasan aktiviti-aktiviti pertubuhan serta pelaksanaan tatacara kewangan yang efektif dan berintergriti.Seramai 25 orang Penolong Pegawai Perubatan (Pembantu Perubatan) yang terdiri daripada Setiausaha, Penolong Setiausaha dan Bendahari Cawangan telah menghadiri kursus ini dengan jayanya.

 

6 – 16.8.2015 @ Lawatan Sambil Belajar Ke Perkhidmatan Ambulans St. John Di Perth, Western Autralia

PPPM telah menaja seorang PPP manakala seorang lagi PPP ditaja oleh St. John Ambulans Malaysia Cawangan Negeri Selangor untuk mengikuti lawatan sambil belajar (lawatan balas) ke Western Australia bagi meninjau perkhidmatan ambulans di sana. Lawatan ini bertujuan untuk berkongsi pengalaman dan maklumat berkaitan Perkhidmatan Pra Hospital khususnya serta peranan yang dimainkan oleh PPP amnya. Pemilihan kedua-dua peserta ini adalah berdasarkan penglibatan aktif dan peranan yang dilaksanakan oleh mereka dalam Perkhidmatan Pra Hospital.

 

17 – 19.8.2015 @ Mesyuarat Penyediaan Kertas Cadangan Penyelarasan Kadar Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK)

Kertas cadangan ini bertujuan bagi mengkaji semula BIPK kepada Penolong Pegawai Perubatan (PPP) dalam Perkhidmatan Awam daripada 10% kepada 15% bagi Kumpulan Sokongan Gred U29 hingga Gred U36 dan daripada 5% kepada 10% bagi Kumpulan Pengurusan Dan Profesional Gred U41/U42 hingga Gred U54.

                         

22.8.2015 @ Mesyuarat AMT PPPM Bil. 2 Penggal 2015/2016

Mesyuarat telah diadakan di Wisma Pembantu Perubatan, Kajang.

 

4.9.2015 @ Mesyuarat Jawatankuasa Pendidikan LPP

Pengerusi PPPM selaku Ahli Jawatankuasa Pendidikan LPP telah menghadiri mesyuarat ini dan membawa beberapa perkara antaranya cadangan meminda nama Ijazah Sarjana Muda Sains Perubatan Forensik kepada Sarjana Muda Sains Forensik dan pertukaran nama Diploma Pembantu Perubatan kepada Diploma Sains Perubatan & Kesihatan. Kedua-dua cadangan ini diterima untuk dibentang di dalam Mesyuarat LPP Kali Ke 61.

 

8.9.2015 @ Kursus Teknikal PPP U42

PPPM telah dijemput untuk sesi forum pada kursus berkenaan yang berlangsung di adakan di Hotel Grand Continental, KL.

 

9.9.2015 @ Dialog bersama pelajar-pelajar Sarjana Muda Sains Perubatan Kecemasan

PPPM bersama LPP dan KKPPPSM telah dijemput ke sesi dialog berkenaan yang diadakan di Pusat Perubatan UKM sempena minggu orientasi Program Ijazah Sarjana Muda Sain Perubatan Kecemasan.

 

3.10.2015 @ Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia Bilangan 2 Penggal 2015/2016

Mesyuarat ini telah diadakan di Wisma Pembantu Perubatan, Kajang.

 

19.10.2015 @ Mesyuarat Jawatankuasa Seminar PPP dalam Perkhidmatan O&G

Mesyuarat pertama telah diadakan di LPP, KKM bagi membincangkan cadangan untuk mengadakan Seminar PPP Dalam Perkhidmatan O&G Peringkat Kebangsaan Tahun 2015.

 

21.10.2015 @ Pra Mesyuarat LPP

Mesyuarat yang berlangsung di LPP ini telah dihadiri oleh PPPM bagi mengembangkan beberapa perkara yang akan dibentangkan di dalam Mesyuarat LPP Kali Ke 61 yang akan datang.


24.10.2015 @ Konvensyen PPP Negeri Kedah

PPPM telah menghadiri forum pada konvensyen berkenaan yang berlangsung di Hospital Sungai Petani, Kedah. Forum ini turut dihadiri LPP dan KPPPSM.

 

25 – 27.10.2015 @ Pameran PPPM Sepena Majlis Konvokesyen Graduasi Sains Kesihatan Bersekutu di Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sultan Azlan Shah, Ulu Kinta, Perak

PPPM telah menyertai pameran berbentuk poster perkhidmatan PPP untuk tatapan para tetamu yang berkunjung ke booth PPPM. Pegawai-Pegawai Kanan PPPM Cawangan Perak telah melaksanakan tanggungjawab mempromosi profesion kepada umum.

 

31.10.2015 @ Bengkel Pakaian Seragam Penolong Pegawai Perubatan

KKPPPSM dan PPPM telah mengadakan bengkel ini yang diadakan di Wisma Pembantu Perubatan  bagi mengkaji secara komprehensif ke atas spesifikasi pakaian seragam Penolong Pegawai Perubatan. Ini berikutan reka bentuk sedia ada telah membataskan pemakainya dalam kerja-kerja operasi disamping terdapat keperluan menentukan reka bentuk pakaian seragam Penolong Pegawai Perubatan wanita bagi gred-gred Kenaikan Pangkat.

 

2.11.2015 @ Mesyuarat LPP Kali ke 61

Tn. Hj. Muhammad Diah bin Haji Koleh telah mewakili PPPM. Dua cadangan PPPM telah diluluskan pada kali ini.

 

4.11.2015 @ Perjumpaan Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia Dan Kesatuan Kebangsaan Penolong Pegawai Perubatan Semenanjung Malaysia Bersama Pengurusan Tertinggi KKM

PPPM dan KKPPPSM telah dijemput ke sesi perjumpaan bersama Pengurusan Tertinggi KKM bagi membincangkan isu-isu dan cadangan-cadangan yang berkaitan dengan profesion dan perkhidmatan PPP. Mesyuarat yang berlangsung di Ibupejabat KKM ini bagaimanapun dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) berikutan YBhg. Datuk KSU tidak dapat bersama kerana mempunyai urusan rasmi yang lain. Sungguhpun pelbagai isu dan cadangan yang dibangkitkan sebelum ini masih tidak diselesaikan dengan segera, mesyuarat tetap berlangsung dalam suasana yang harmoni.

 

22.11.2015 @ Majlis Berkhatan Anak-anak Anggota Jabatan Penjara Malaysia Kajang

Majlis Berkhatan yang dianjurkan oleh Jabatan Penjara Malaysia, Kajang, Selangor telah melibatkan seramai 33 orang anak-anak anggota. PPPM telah dijemput untuk mengkhatankan mereka.

 

27 – 29.11.2015 @ Seminar Penolong Pegawai Perubatan Dalam Perkhidmatan Obstetrik & Ginekologi Peringkat Kebangsaan Tahun 2015

PPPM bersama LPP telah menganjurkan Seminar Peranan Penolong Pegawai Perubatan Dalam Perkhidmatan Obstetrik & Ginekologi Peringkat Kebangsaan Tahun 2015. Secara umumnya, objektif seminar ini adalah untuk memperkasakan peranan Penolong Pegawai Perubatan dalam Perkhidmatan Obstetrik dan Ginekologi di bawah Program Perubatan dan sebagai langkah untuk mengembangkan lagi peranan profesion ini di dalam Perkhidmatan Kesihatan Keluarga di bawah Program Kesihatan Awam. Ucaptama Seminar telah disampaikan oleh Dr. J. Ravichandran selaku Ketua Perkhidmatan O&G Kebangsaan. Penceramah-penceramah adalah terdiri daripada Ketua Jabatan & Pakar-Pakar Perunding Kanan serta empat (4) PPP yang berpengalaman luas dalam bidang O&G.  Perasmian Pembukaan telah disempurnakan oleh YBhg. KPK manakala Perasmian Penutupan pula disempurnakan oleh YBhg. TKSU (Kewangan) KKM. Seramai 250 PPP telah menyertai seminar pada kali ini.

 

28.11.2015 @ Majlis Berkhatan di Komuniti Bandar Baru Nilai

PPPM telah dijemput oleh Komuniti Taman Desa Indah Putrajaya Nilai, Negeri Sembilan untuk mengkhatankan 20 orang kanak-kanak.

 

4.12.2015 @ Majlis Malam Jasamu Dikenang

PPPM telah dijemput ke Majlis Malam Jasamu Dikenang yang dianjurkan secara bersama oleh JKN Perak, PPPM Cawangan Perak dan KKPPPSM Cawangan Perak. Majis diadakan bagi meraikan dan menghargai pesara-pesara PPP dan Pengajar PPP.

Majlis yang disambut dengan meriah ini menyaksikan seramai 270 jemputan telah hadir.

 

9.12.2015 @ Mesyuarat Technical Working Group (TWG)

Mesyuarat ini telah mensasarkan 7 perkara untuk dicapai pada sebelum suku tahun pertama berakhir. PPPM telah dipertanggungjawabkan untuk menyediakan dua (2) kertas cadangan iaitu pertama adalah pencalonan Ahli Penasihat Profesion dan kedua adalah Perancangan Pembangunan Kerjaya PPP.

 

21.12.2015 @ Sesi pertemuan antara PPPM, KKPPPSM dengan Setiausaha Bahagian, Bahagian Pengurusan Latihan KKM

Pertemuan ini diadakan bagi membincangkan permasalahan yang timbul melibatkan salah seorang ahli profesion yang sedang mengikuti pengajian diperingkat Sarjana Muda Sains Perubatan Kecemasan.

 

29.12.2015 @ Mesyuarat Halatuju Profesion PPP

Mesyuarat ini telah dihadiri oleh beberapa Pegawai Kanan Ibupejabat PPPM, KKPPPSM dan Sekretariat LPP. Antara halatuju dan perancangan profession yang dibincangkan adalah rancangan penubuhan Bahagian Perkhidmatan PPP Dan Ausiliari, Penyertaan KPPPM sebagai Ahli Post Kabinet Meeting, program Sarjana Muda di UMS Sabah, sasaran 30% (3000) PPP berijazah berijazah menjelang 2020, pengisian post PPP U41 oleh SPA, Pusat Perkembangan Paramedik & Auksiliari, KPI KPPPN, Latihan Pembantu Hospital Estate, penubuhan Jawatankuasa Penasihat Profesion, permohonan keluar daripada BSKB, Pusat Latihan Berkhatan Kebangsaan bagi PPP, plan strategik pembangunan kerjaya PPP dan sebagainya.

 

7 – 8.1.2016 @ Bengkel Technical Working Group (TWG) Perkembangan Profesion Penolong Pegawai Perubatan

Bengkel ini telah diadakan di Wisma Pembantu Perubatan dan dihadiri oleh wakil-wakil daripada Lembaga Pembantu Perubatan, Ahli Majlis Tertinggi PPPM dan pegawai-pegawai kanan KKPPPSM. Antara perkara yang dibincangkan adalah berkaitan halatuju profesion PPP, pemakiaan akta dan peraturan ke atas kelayakan-kelayan selain yang berdaftar dengan Lembaga Pembantu Perubatan yang menjalankan peranan yang hapir serupa dengan Pembantu Perubatan dan sebagainya.

 

13.1.2016 @ Mesyuarat Sambutan Hari PP 2016, Peringkat Kebangsaan di Negeri Melaka.

·      Penubuhan Jawatankuasa Induk

·      Penubuhan Jawatankuasa Kerja

·      Tarikh    : 10.3.2016

·      Tempat  : Swiss Garden Hotel

·      Masa     : 2.30 petang

·      Jumlah Peserta : 500 orang

·      Perasmian : YB Menteri Kesihatan

·      Aktiviti : Majlis Pelancaran & Perkhidmatan Komuniti

 

15.1.2016 @ Mesyuarat Pengajian Peringkat Sarjana Sains untuk Penolong Pegawai Perubatan oleh UUM.

·Kampus UUM, Kuala Lumpur

·Cadangan Tuan Rumah : Negeri Melaka – Pelajar dari Melaka, Johor, N. Sembilan & Selangor.

·Tempoh Pengajian : 1 ½ - 2 tahun. Mode Pengajian : Jarak Jauh (Sabtu & Ahad).

·Pembiayaan : Sendiri.

 

16.1.2016 @ Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi (AMT) Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia, Bilangan 3 Penggal 2015/2016

·Penubuhan PPPM Cawangan Wilayah Persekutuan.

·Sambutan Hari Pembantu Perubatan.

·Peranan PPP dalam Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia.

·Mesyuarat Agung DwiTahunan Perwakilan PPPM.

·Penyelenggaraan MDB Wisma Pembantu Perubatan.

·Laporan Biro.

·Laporan Kewangan.

·Penubuhan Unit Penjagaan Pra Hospital (PHC).

·Sesi suaikenal dan program motivasi.

·Kempen Insurans Berkelompok MCIS.

·Pengambilan Kerani.

·Perancangan Seminar PPP Dalam Penjagaan Pediatrik sempena Hari PP di Melaka pada bulan Mac 2016.

·Ijazah Sarjana Muda Perubatan Forensik.

·Penjenamaan semula Diploma Pembantu Perubatan.

·Program Sarjana Sains Pengurusan Kesihatan Pekerjaan.

·Kerja Penggantianawning Wisma Pembantu Perubatan.

 

26.1.2016 @ Mesyuarat Jawatakuasa Seminar Penolong Pegawai Perubatan Dalam Perkhidmatan Pediatrik Peringkat Kebangsaan Tahun 2016, Bilangan 1

Mesyuarat telah diadakan di Wisma PP dengan dihadiri oleh LPP, Institut Pediatrik HKL, Hospital Serdang dan Hospital Putrajaya.

 


28.1.2016 @ Mesyuarat Jawatankuasa Induk Hari Pembantu Perubatan 2016

·      Perbincangan pelaksanaan Program Hari PP 2016.

·      Tema Hari PP 2016 : Kesihatan & Kesejahteraan Rakyat; Komitmen Kami.

 

29.1.2016 @ Sesi Perbincangan Mengenai Penarafan BSc. Health Practice Development

Sesi perbincangan ini telah diadakan di Wisma PP dengan dihadiri oleh Kolej Universiti MAHSA.

 

3.2.2016 @ Mesyuarat Technical Working Group (TWG) 1/2016

·      Penerangan olih Pengerusi (KPPP) & Perbincangan

·      Pendirian Pengurusan Tertinggi berkaitan Paramedik

·      Halatuju Profesion Pembantu Perubatan.

 

4.2.2016 @ Mesyuarat LPP dengan badan mewakili Profesion Pembantu Perubatan (PPP) – PPPM, KKPPPSM, Sabah & Sarawak

·      Penubuhan Bahagian, Keahlian JK Kabinet, LPP keluar dari Bahagian SKB.

·      Pengajian Ijazah Sarjana Muda Sains Kesihatan (UMS) & Program Ijazah oleh UNIZA.

 

5.2.2016 @ Mesyuarat Jawatankuasa Pengubalan Akta & Regulations

 

6.2.2016 @ Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia Bilangan 3 Penggal 2015/2016

·Ijazah Sarjana Muda Sains Forensik.

·Penerbitan Buletin Profesionku.

·Lawatan ke luar negara.

·Kursus Pemantapan Pengurusan Persatuan.

·Cadangan kutipan dana bagi menambah aset.

·Laporan Biro-Biro.

·Laporan Kewangan.

·Laporan Aktiviti Cawangan.

·Penolakan Cuti Belajar Separuh Gaji (CBSG) bagi mereka yang sedang mengikuti pengajian Sarjana Muda Sains Perubatan Kecemasan.

·Diploma Paramedik.

·Cadangan untuk mewujudkan program pengajian diperingkat Sarjana Muda khusus kepada PPP.

·Lantikan Pegawai Kerani untuk urusan pentadbiran Persatuan dan Kesatuan.

·Kualiti tali leher PPP.

·Bengkel semakan gelaran jawatan Penolong Pegawai Perubatan.

·Key Performance Indicators (KPI) bagi setiap PPPM Cawangan.

·Penyewaan Aras Bawah Wisma Pembantu Perubatan

·Kerja-kerja menaiktaraf Papan Suis Utama Wisma PP.

·Bengkel Hala Tuju Profesion PPP.

·Seminar PPP Dalam Penjagaan Pediatrik Peringkat Kebangsaan Tahun 2016.

·Hari PP Peringkat Kebangsaan 2016.

·Diploma Sains Perubatan dan Kesihatan.

·Semakan semula dan pindaan Akta Pembantu Perubatan.

·Bachelor of Science in Healthcare.

·Program roadshow.

·Permohonan peruntukan untuk Hari PP Peringkat Negeri dan Kejohanan Futsal.

·Peruntukan membeli laptop.

·KKPPPSM mohon tumpang laman web PPPM.

·Bachelor of Science in Healthcare Practitioner.

·Program Sarjana Sains Kesihatan Pekerjaan.

·Program berkhatan saudara baru.

·Hari PP Peringkat Kebangsaan 2016.

·Peluang laluan kerjaya bagi pemegang Ijazah Sarjana Muda yang ditakrifkan tidak berkaitan.

·Gred fleksi.

 

16.2.2016 @ Mesyuarat Bilangan 2 Jawatankuasa Induk Hari PP 2016

·Hari PP – Venue sambutan/pelancaran: Level 3, Ball Room Grand Hibiscus, Swiss Garden Hotel, Melaka.

·Laporan Jawatankuasa Kerja.

 

27.2.2016 @ Perbincangan dengan PPP berkaitan BSc Sains (Biologi)

Pembentangan & Perbincangan dengan tujuan mohon semula pengiktirafan oleh LPP.

 

26.2.2016 @ Taklimat Cadangan Penambahbaikan Lapisan Gred Bagi Skim-Skim Perkhidmatan Bersepadu

PPPM dan KKPPPSM telah dijemput untuk memberikan maklumbalas berhubungan cadangan penambahbaikan lapisan gred ini yang akan dilaksana sebaik Cadangan Rasionalisasi Skim Perkhidmatan Bagi Perkhidmatan Awam Persekutuan Dibawah Skim Saraan Malaysia yang akan dikuatkuasa mulai 1 Julai 2016. Taklimat ini telah disampaikan oleh YBhg. Dato’ Jalil bin Marzuki selaku Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan), Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Pada dasarnya, PPPM dan KKPPPSM bersetuju dengan cadangan JPA ini untuk kepentingan warga PPP khususnya yang berada dalam Kumpulan Sokongan.

 

3.3.2016 @ Mesyuarat Hari Pembantu Perubatan Peringkat Kebangsaan di Negeri Melaka

·Perbincangan untuk muktamadkan persiapan untuk Pelancaran Sambutan pada 10.03.2016.

·Program Khidmat Komuniti bertukar tarikh kepada 13.03.2016.

 

4.3.2016 @ Mesyuarat Panel Pemilihan Tokoh Pembantu Perubatan

 

5.3.2016 @ Mesyuarat EXCO Kesatuan Kebangsaan Penolong Pegawai Perubatan Semenanjung Malaysia

AMT PPPM telah menghadiri mesyuarat ini atas jemputan KKPPPSM.

 

10.3.2016 @ Sambutan Hari Pembantu Perubatan Peringkat Kebangsaan Tahun 2016

Majlis Pelancaran Sabutan Hari Pembantu Perubatan ini telah diadakan pada 10.3.2016 di Swiss Gadern Hotel Melaka. Majlis Sambutan telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Menteri Kesihatan dan dihadiri seramai 820 orang Pembantu Perubatan daripada pelbagai sektor yang datang dari seluruh Tanah Air sama.

 

13.3.2016 @ Program Khidmat Komuniti sempena Hari Pembantu Perubatan Peringkat Kebangsaan 2016

·Program diadakan di Kg Sg Udang Jaya, Melaka, dirasmikan oleh Ketua Menteri Melaka.

·Aktiviti : Membersih & mengecat Surau, Penyampaian bantuan kepada wargaemas, Ceramah Kesihatan, CPR dan pemeriksaan kesihatan.

 

15.3.2016 @ Sambutan Hari Pembantu Perubatan Peringkat Negeri Johor, di Desaru Resort.

·Majlis Makan Malam dirasmikan oleh Exco Kesihatan Negeri Johor. Pengerusi mewakili Ibu Pejabat Persatuan.

 


17.3.2016 @ Mesyuarat Jawatankuasa Pendidikan LPP

·Pengerusi Persatuan selaku Ahli LPP mewakili Persatuan dlm mesyuarat ini.

·Perkara yang dibangkit/dibincang: Program Ijazah Sarjana Muda Sains (Top-Up Programme) oleh OUM, Kelulusan 5 kredit diperingkat SPM untuk Kolej Awam & Swasta, Lantikkan Penasihat Akademik/Pemeriksa Luar, Tukar nama Ijazah kepada BSc Sains Forensik, Cuti Belajar Penuh Gaji bagi PPP.

 

18.3.2016 @ Sambutan Hari Pembantu Perubatan Peringkat Negeri Pulau Pinang, di Seberang Jaya

Majlis Makan Malam di hadiri & dirasmikan oleh Pengarah Kesihatan Negeri Pulau Pinang. Ibu Pejabat Persatuan diwakili olih Pengerusi & Penolong Setiausaha Agung.

 

25.3.2016 @ Mesyuarat Jawatankuasa Induk Seminar PPP dalam Penjagaan Pediatrik,  di KSKB Ulu Kinta

Mesyuarat persediaan terakhir. Semua JK bentang persiapan terkini untuk adakan Seminar dari 1-3.04.2016.

 

27.3.2016@ Majlis Pelancaran Hari PP Negeri Terengganu

Ibu Pejabat di wakili oleh Pengerusi, SUA & PSUA. Majlis dirasmikan oleh Pengarah Hospital, HB Kuala Terengganu. Pembentangan Halatuju Profesion PP olih Pengerusi PPPM.

 

1.4.2016 @ Majlis Makan Malam dan Sesi Dialog Bersama Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

Majlis dan sesi dialog ini telah diadakan diKampar Hall, Kinta Riverfront Hotel & Suites, Ipoh, Perak. PPPM selaku penganjur program ini telah menjemput pertubuhan-pertubuhan berkepentingan kepada profesion Penolong Pegawai Perubatan iaitu Kesatuan Kebangsaan Penolong Pegawai Perubatan Semenanjung Malaysia dan Persatuan Pengajar Sains Kesihatan Bersekutu Malaysia serta Sekretariat Lembaga Pembantu Perubatan untuk turut sama beramah mesra bersama YBhg. Datuk Dr. Noor Hisham bin Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia. YBhg. Datuk turut menyampaikan pandangan serta aspirasi beliau dalam memacu perkhidmatan kesihatan ke tahap yang diimpikan. Kearah itu, YBhg. Datuk tidak menolak bahawa PPP turut mempunyai peranannya bagi menjayakan aspirasi ini. Beberapa isu juga telah dibawa ke pengetahuan YBhg. Datuk dan YBhg. Datuk telah berjanji akan membangkitkannya dalam siri-siri mesyuarat di peringkat Pengurusan Tertinggi KKM pada masa-masa akan datang.

 

1 – 3.4.2016 @ Seminar Penolong Pegawai Perubatan Dalam Penjagaan Pediatrik Peringkat Kebangsaan Tahun 2016

Seminar yang dianjurkan secara bersama antara PPPM dan Lembaga Pembantu Perubatan dengan kerjasama Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sultan Azlan Shah, Ulu Kinta (KSKB SAS UK), Perak telah dihadiri seramai 430 orang peserta daripada Sektor Awam dan Swasta.

 

5 – 7.4.2016 @ Kursus Team Building bersama Kesatuan Kebangsaan Penolong Pegawai Perubatan Semenanjung Malaysia

Kursus ini telah diadakan di Royal Belum Tasik Banding, Perak. Seramai 10 orang pegawai-pegawai Ibupejabat dan Cawangan PPPM telah mengikuti kursus ini dengan jayanya.

 

12.4.2016 @ Mesyuarat Pre-Counsil: Sesi Perbincangan Antara Pertubuhan-Pertubuhan Berkepentingan Kepada Profesion Penolong Pegawai Perubatan Bersama Bahagian Sumber Manusia, Kkm

Mesyuarat ini telah diadakan di Wisma Pembantu Perubatan bagi menyelaras isu-isu yang berkaitan dengan kepentingan dan kemajuan profesion serta kebajikan warga Penolong Pegawai Perubatan khususnya ahli-ahli pertubuhan sebelum dibawa ke Mesyuarat Bersama Bahagian Sumber Manusia Kementerian Kesihatan Malaysia yang telah dijadualkan pada 26.4.2016.

 

16.04.2016 @ Sambutan Hari Pembantu Perubatan Peringkat Negeri Kelantan, di Hotel Riverview Kota Bahru

·      Majlis dihadiri & dirasmikan oleh Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan.

·      Ibu Pejabat Persatuan diwakili oleh Pengerusi.

 

18.4.2016 @ Mesyuarat Post Morterm Majlis Sambutan Hari Pembantu Perubatan Peringkat Kebangsaan Tahun 2016

Mesyuarat telah diadakan di Jabatan Kesihatan Negeri Melaka untuk meneliti dan mengambil tindakan ke atas perkara-perkara berbangkit disamping menutup akuan perbelanjaan, seterusnya membubarkan jawatankuasa-jawatankuasa yang telah dibentuk bagi melaksanakan gerak kerja penganjurannya.

 

24.04.2016 @ Sambutan Hari Pembantu Perubatan Peringkat Negeri Perak, di Mydin Mall Parit Buntar

Majlis dihadiri & dirasmikan oleh Pengarah Kesihatan Negeri Perak. Ibu Pejabat PPPM diwakili oleh Pengerusi, Setiausaha Agung & Penolong Setiausaha Agung.

 

25.04.2016 @ CME Negeri Johor – di Hospital Segamat, Johor

Pembentangan Halatuju Profesion Pembantu Perubatan oleh Pengerusi PPPM.

 

26.4.2016@ Mesyuarat Antara Pertubuhan-Pertubuhan Berkepentingan Kepada Profesion Penolong Pegawai Perubatan Bersama Bahagian Sumber Manusia, KKM

Mesyuarat ini telah diadakan di Bilik Mesyuarat Bahagian Sumber Manusia dimana pelbagai isu dibincangankan dan keputusan teah dicapai atas kepentingan bersama. Selain PPPM, mesyuarat turut dihadiri oleh KKPPPSM, AMAS, SAMOA, SUMA dan Persatuan Pengajar Sains Kesihatan Bersekutu

 

30.4.2016 @ Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi (AMT) Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia, Bilangan 4 Penggal 2015/2016

·Penubuhan PPPM Cawangan Wilayah Persekutuan.

·Pengisytiharan 10 Mac sebagai Hari Pembantu Perubatan.

·Peranan PPP dalam Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia.

·Mesyuarat Agung DwiTahunan Perwakilan PPPM.

·Perancangan Seminar PPP Dalam Penjagaan Pediatrik sempena Hari PP di Melaka pada bulan Mac 2016.

·Program Sarjana Sains Pengurusan Kesihatan Pekerjaan.

·Laporan Biro.

·Laporan Kewangan.

·Permohonan tajaan bagi mengikuti Lawatan Sambil Belajar ke Perkhidmatan St. John Ambulance, Perth, Western Australia pada 20 – 31 Mac 2016.

·Seminar Saintifik PPP Negeri Sarawak.

·Pakaian Operasi Klinikal.

 

3.5.2016 @ Mesyuarat Lembaga Pembantu Perubatan Kali Ke 62

Mesyuarat di Pengerusikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan selaku Pengerusi LPP

Pengerusi PPPM selaku Ahli LPP hadir mesyuarat kali ini.

Antara perkara yang dibincangkan: Pelaksanan Diploma Sains Perubatan & Kesihatan, pertukaran nama Ijazah Sains Forensik, Cuti belajar PPP yang mengikuti Pengajian Ijazah Sarjana Muda.

 

7.5.2016 @ Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia (PPPM) Kali Ke 4 Penggal 2015/2016

Mesyuarat telah diadakan di Wisma Pembantu Perubatan dan membincangkan perkara-perkara seperti berkut:

·Penerbitan Buletin Profesionku.

·Program latihan jangka pendek – luar negara.

·Sambutan Hari PP Peringkat Kebangsaan.

·Kursus Team Building untuk AMT, AJK Pusat Persatuan & Kesatuan.

·Program road show.

·Seminar PPP Dalam Penjagaan Pediaterik.

·Seminar PPP Dalam Penjagaan Kesihatan Primer.

·Bengkel Hala Tuju Profesion Pembantu Perubatan.

·Program motivasi pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains Perubatan Kecemasan UKM.

·Kursus Pemantapan Pengurusan Persatuan.

·Bantuan Ahli Masuk Wad.

·Kursus Juru Audit Dalam.

·Cadangan untuk mewujudkan program pengajian diperingkat Sarjana Muda khusus kepada PPP.

·Kualiti tali leher PPP.

·Key Performance Indicators (KPI) bagi setiap PPPM Cawangan.

·Penyewaan Aras Bawah Wisma Pembantu Perubatan.

·Semakan semula dan pindaan Akta Pembantu Perubatan.

·Ijazah Sarjana Muda Sains Forensik. 

·Bachelor of Science Contemporary Healthcare.

·Bachelor of Science in Healthcare Practise.

·Program Sarjana Sains Kesihatan Pekerjaan.

·Peluang laluan kerjaya bagi pemegang Ijazah Sarjana Muda yang ditakrifkan tidak berkaitan.

·Gred fleksi.

·Pembekalan tali leher, tali pinggang dan tudung.

·Pengiktirafan Hari Pembantu Perubatan.

·Penjenamaan semula Diploma Pembantu Perubatan kepada Diploma Sains Perubatan dan Kesihatan.

·Permohonan tajaan bagi mengikuti Lawatan Sambil Belajar ke luar negara.

·Seminar Saintifik PPP Negeri Sarawak.

·Pakaian Operasi Klinikal.

·Program Master of Medical Sciences (By Specialization) oleh Kolej Universiti Lincoln.
 

13.5.2016 @ Majlis Taklimat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016 “Rasionalisasi Skim Perkhidmatan bagi Perkhidmatan Awam Persekutuan Dibawah Sistem Saraan Malaysia”

Timbalan Pengerusi dan Pengerusi Biro Pendidikan telah menghadiri taklimat ini yang diadakan di Ibupejabat KKM.

 

13.5.2016 @ Mesyuarat Postmorterm Seminar Penolong Pegawai Perubatan Dalam Penjagaan Pediatrik Peringkat Kebangsaan Tahun 2016

Mesyuarat telah diadakan di KSKB SAS untuk meneliti dan mengambil tindakan ke atas perkara-perkara berbangkit disamping menyampaikan sijil-sijil penghargaan serta cenderamata, seterusnya membubarkan jawatankuasa-jawatankuasa yang telah dibentuk bagi melaksanakan gerak kerja penganjurannya.

 

13.5.2016 @ Taklimat Program Master Of Medical Sciences (By Specialization) bagi Zon Utara

Taklimat telah diadakan di KSKB SAS dan dihadiri seramai 45 orang prospek.

 

14.5.2016 @ Taklimat Program Master Of Medical Sciences (By Specialization) bagi Zon Utara

Taklimat telah diadakan di Kolej Pembantu Perubatan Alor Setar, Kedah dan dihadiri seramai 20 orang prospek.

 

18.5.2016 @ Taklimat Program Master Of Medical Sciences (By Specialization) bagi Zon Tengah

Taklimat telah diadakan di Wisma Pembantu Perubatan dan dihadiri seramai 13 orang prospek.

 

23.5.2016 @ Taklimat Program Master Of Medical Sciences (By Specialization) bagi Zon Selatan

Taklimat telah diadakan di Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Johor Bahru dan dihadiri seramai 20 orang prospek.

 

26.5.2016 @ Mesyuarat Penyediaan Rekabentuk Pakaiaan Seragam Penolong Pegawai Perubatan

Mesyuarat di KKM Putrajaya di Pengerusikan oleh Ketua Penolong Pegawai Perubatan KKM.

·Pembentangan oleh KKPPPSM. Dua rekabentuk dibentang. 1) Baju Operasi Klinikal 2) Pakaian Rasmi

·Warna hijau bagi semua gred, lelaki/wanita. Perbezaan gred melalui Epilet.

 

9.6.2016 @ Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal PPP di KKM Putrajaya

Mesyuarat di Pengerusikan oleh TKPPP Encik Mohd Taisin bin Hj Hassan, dihadiri oleh wakil PPPM, KKPPPSM,

Persatuan PPP Sabah & Sarawak dan Kesatuan PPP Sarawak.

Pembentangan & Perbincangan :

·      Kandungan Diploma Sains Perubatan & Kesihatan – 50% Perubatan, 50% Kesihatan.

·      Penjajaran Gred Kenaikan Pangkat dengan cara tukar ganti (trade off).

·      Kertas Cadangan Halatuju Profesion Penolong Pegawai Perubatan.

 

24.6.2016 @ Mesyuarat Jawatankuasa Seminar Penolong Pegawai Perubatan Dalam Penjagaan Kesihatan Primer Peringkat Kebangsaan Tahun 2016, Bil. 1

Mesyuarat telah diadakan di Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga dengan dihadiri oleh BPKK, PPPM, LPP, Bahagian PPP JKNJ bagi membincangkan gerak kerja penganjuran seminar yang akan diadakan pada bulan Disember 2016.

 

28.06.2016 @ Mesyuarat Jawatankuasa Pengubalan Akta & Peraturan Pembantu Perubatan – Bil. 2

Mesyuarat di Pengerusikan Oleh Ketua Cawangan Gubalan Akta, Bhg. Amalan Perubatan, KKM.

Semua wakil PPPM, KKPPPSM, Persatuan PPP Sabah & Sarawak serta Kesatuan PPP Sarawak hadir.

 

21.7.2016 Mesyuarat Jawatankuasa Seminar Penolong Pegawai Perubatan Dalam Penjagaan Kesihatan Primer Peringkat Kebangsaan Tahun 2016, Bilangan 2

Mesyuarat telah diadakan di Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Johor Bahru (KSKB JB), Johor bagi membincangkan kandungan dan acara seminar.

23.7.2016 @ Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia Bilangan 5 Penggal 2015/2016

·Penubuhan PPPM Cawangan Wilayah Persekutuan;

·Sambutan Hari Pembantu Perubatan;

·Peranan PPP dalam Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia;

·Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Perwakilan PPPM;

·Seminar PPP Dalam Penjagaan Pediatrik 2016

·Program Sarjana Sains Pengurusan Kesihatan Pekerjaan;

·Pembentangan laporan biro-biro;

·Pembentangan laporan kewangan yang berakhir sehingga 31.5.2016;

·Program Team Building;

·Seminar PPP Dalam Penjagaan Kesihatan Primer Peringkat Kebangsaan Tahun 2016;

·Sewaan Wisma Pembantu Perubatan oleh LPPKN;

·Pungutan Dana Wisma PP;

·Status keahlian;

·Pindaan kepada kurikulum Diploma Pembantu Perubatan dan isu penempatan Pelatih Pembantu Perubatan di Bilik Bersalin;

·Konferens Kebangsaan Penolong Pegawai Perubatan 2017;

·Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Perwakilan Kali Ke-2 PPPM;

·Cadangan Pelantikan Penasihat Undang-Undang;

·Lawatan Sambil Belajar ke Perkhidmatan St. John Ambulance, Perth, Western;

·Permohonan pendahuluan untuk fix deposit ke akaun KKPPPSM bagi tujuan pembelian aset bangunan KKPPPSM;

·Seminar Saintifik PPP Negeri Sarawak;

·Permohonan Peruntukan Hari Pembantu Perubatan & Kejohanan Futsal; dan

·Laman Web KKPPPSM.

 

30.7.2016 @ Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia (PPPM) Penggal 2015/2016, Bilangan 5

Mesyuarat telah diadakan di Wisma Pembantu Perubatan bagi membincangkan perkara-perkara seperti berkut:

·Program latihan jangka pendek luar negara;

·Diploma Paramedik;

·Isu-isu berkaitan Persatuan Paramedik Sukarelawan Negeri Selangor;

·Cadangan mewujudkan program pengajian di peringkat Sarjana Muda khusus kepada Pembantu Perubatan;

·Key Performance Indicators (KPI) bagi setiap PPPM Cawangan;

·Bengkel Hala Tuju Profesion Pembantu Perubatan;

·Bachelor of Science Contemporary Healthcare;

·Laman web PPPM;

·Bachelor of Science in Healthcare Practise Development;

·Program Sarjana Sains Kesihatan Pekerjaan;

·Gred fleksi;

·Pembekalan tali leher, tali pinggang dan tudung;

·Pencerobohan ke dalam Pejabat Wisma Pembantu Perubatan ;

·Penjenamaan semula Diploma Pembantu Perubatan kepada Diploma Sains Perubatan dan Kesihatan;

·Lawatan Sambil Belajar ke Perkhidmatan St. John Ambulance, Perth, Western Australia;

·Seminar Saintifik PPP Negeri Sarawak;

·Program Berkhatan di Kemboja;

·Pindaan Kurikulum Diploma Pembantu Perubatan;

·Bengkel Technical Working Group;

·Bengkel Penyediaan Deraf Hala Tuju Profesion Pembantu Perubatan;

·Bengkel Penjenamaan Semula Gelaran Penolong Pegawai Perubatan;

·Seminar PPP Dalam Penjagaan Pediatrik Peringkat Kebangsaan Tahun 2016;

·Kursus Pemantapan Pengurusan Persatuan;

·Seminar PPP Dalam Penjagaan Kesihatan Primer 2016;

·Program roadshow PPPM;

·Bengkel Key Performance Indicators PPPM;

·Program Team Building;

·Pembentangan laporan biro-biro;

·Sumbangan Kepada Ahli PPPM yang meninggal dunia;

·Kursus Juru Audit Dalam;

·Permohonan pendahuluan bagi tujuan perbelanjaan pengurusan aktiviti atau program PPPM Cawangan;

·Pembantangan laporan aktiviti-aktiviti PPPM Cawangan;

·Kolokium Penolong Pegawai Perubatan Pahang 2016;

·Pelawaan menganggotai Malaysian Association for Adolescent Health (MAAH);

·Pelawaan menganggotai Malaysian Resuscitation Association (MRA);

·Pelawaan menganggotai Jawatankuasa Spesifikasi Teknikal Anestesia SIRIM;

·Pelawaan menganggotai MIM Emergency Medical Services (MIM); dan

·      Konferens Kebangsaan Penolong Pegawai Perubatan 2017.

 

25.8.2016 Mesyuarat Jawatankuasa Seminar Penolong Pegawai Perubatan Dalam Penjagaan Kesihatan Primer Peringkat Kebangsaan Tahun 2016, Bil. 3

Mesyuarat telah diadakan di Bahagian Penolong Pegawai Perubatan, Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Johor, Johor Bahru bagi membincangkan kandungan dan acara seminar.

 

3.9.2016 AMT Persatuan menghadiri Seminar Penyusuan Susu Ibu bersempena Hari Penyusuan Susu Ibu Sedunia yang diadakan di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

 

6 – 8.9.2016 @ Bengkel Pengubalan Akta Pembantu Perubatan di Hotel Sri Malaysia, Port Dickson, Negeri Sembilan.

 

20.9.2016 Pengerusi Persatuan mewakili PPPM hadir Mesyuarat Jawatankuasa Pendidikan, Lembaga Pembantu Perubatan Malaysia di Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia, Putrajaya.

 

6.10.2016 Mesyuarat Jawatankuasa Seminar Penolong Pegawai Perubatan Dalam Penjagaan Kesihatan Primer Peringkat Kebangsaan Tahun 2016, Bilangan 4

Mesyuarat telah diadakan di Bahagian Penolong Pegawai Perubatan, Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Johor, Johor Bahru bagi membincangkan kandungan dan acara seminar.

 

7.11.2016 Pengerusi Persatuan selaku Ahli Lembaga Pembantu Perubatan Malaysia mewakili PPPM hadir Mesyuarat Lembaga Pembantu Perubatan Kali Ke 63 di Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia, Putrajaya.

 

26 – 28.11.2016 @ Seminar Penolong Pegawai Perubatan Dalam Penjagaan Kesihatan Primer Peringkat Kebangsaan Tahun 2016

Seminar telah diadakan di KSKB JB, Johor dan dihadiri seramai 381 orang peserta. Secara umumnya, objektif seminar ini adalah untuk memperkasakan peranan Penolong Pegawai Perubatan (Pembantu Perubatan) dalam Penjagaan Kesihatan Primer khususnya di Kementerian Kesihatan Malaysia dan sebagai langkah untuk mengembangkan lagi peranan profesion ini di dalam perkhidmatan kesihatan awam dan swasta. Seminar ini telah dirasmikan oleh Ybhg. Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia. Antara pengisian seminar adalah seperti berikut:

·CME 1: History Taking and Physical Examination in PHC

·CME 2: Menilai ketidakpatuhan ibubapa atau penjaga dalam lawatan susulan imunisasi anak-anak di kawasan Dengkil

·Topik 1: Outreach Programme

·Topik 2: Emergency Services in Primary Health Care

·Topik 3: Family Doctor Concept (FDC)

·Topik 4: Non Communicable Diseases (NCD)

·Topik 5:Ageing: Are we prepared?

·Topik 6: Child Health: Role of PPP in Integrated Management of Childhood Illness (IMCI)

·Topik 7: Modern Dressing (Wound Care)

·Topik 8: Tele Primary Care & Oral Health Clinical Information System (TPCOHCIS)

·Diakhir seminar, satu resolusi telah dicapai dan disepakati untuk dimajukan kepada KKM.

 


29.11.2016 @ Majlis Pelancaran National Action Plan on Nutrition

AMT telah menghadiri majlis ini yang dirasmikan oleh YB Menteri Kesihatan Malaysia di Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia, Putrajaya.

 

9.12.2016 @ Mesyuarat Semakan Kurikulum Program Ijazah Sarjanamuda Sains Perubatan Kecemasan

Mesyuarat ini telah diadakan di Pusat Perubatan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia bagi membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan pelaksanaan program ini. Disamping itu juga, strategi untuk memdapatkan penyertaan ramai dikalangan Pembantu Perubatan juga turut diteliti untuk dilaksanakan sebaik sahaja Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia mengeluarkan pekeliling berkaitan Cuti Belajar Bergaji Penuh yang akan diperluaskan kepada Kumpulan Sokongan.

 

16.12.2016 @ Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia Bilangan 6 Penggal 2015/2016

Mesyuarat telah diadakan di Wisma Pembantu Perubatan bagi membincangkan perkara-perkara berbangkit daripada mesyuarat yang lalu serta perkara-perkara baharu seperti berikut:

·Bengkel Hala Tuju Profesion Pembantu Perubatan.

·Kunjungan ke Pejabat Timbalan Ketua Perngarah Perkhidmatan Awam (Operasi), Ibupejabat JPA Putrajaya.

 

23.12.2016 @ Mesyuarat Jawatankuasa Konferens Kebangsaan Penolong Pegawai Perubatan 2017, Bilangan 1

Mesyuarat telah diadakan di Wisma Pembantu Perubatan bagi membincangkan perkara-perkara seperti pelantikan ajk, pemilihan tema, penetapan tarikh dan tempat, sasaran penyertaan, peruntukan kewangan, yuran pendaftaran dan sebagainya.

 

14.1.2017 @ Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia (PPPM) Penggal 2015/2016, Bilangan 6

Mesyuarat telah diadakan di Wisma Pembantu Perubatan dan membincangkan perkara-perkara berbangkit daripada mesyuarat yang lalu serta perkara-perkara baharu seperti berikut:

·      Seminar Penolong Pegawai Perubatan 2017;

·      Pembentangan laporan biro-biro;

·      Pembentangan Penyata Kewangan yang berakhir pada 30 November 2016;

·      Pembentangan laporan aktiviti cawangan;

·      Sambutan Hari Pembantu Perubatan; dan sebagainya.

 

21.1.2017 @ Mesyuarat Jawatankuasa Konferens Kebangsaan Penolong Pegawai Perubatan 2017, Bilangan 2

Mesyuarat telah diadakan di Bahagian Penolong Pegawai Perubatan, JKN Johor bagi membincangkan perkara-perkara berbangkit dan gerak kerja seperti yang diputuskan pada mesyuarat yang terdahulu. Mesyuarat juga turut dimaklumkan tentang kesudiaan YBhg. Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia menerima pelantikan sebagai Penaung Konferens manakala YBrs. Ketua Penolong Pegawai Perubatan KKM sebagai Penasihat Konferens. Ybhg. Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia juga telah merestui pelantikan semua AJK Konferens.

 

24.1.2017 @ Mesyuarat Pembangunan Profesion Penolong Pegawai Perubatan Bersama Bil. 1/2017

Mesyuarat telah diadakan di Bilik Ibnu Haitam, Kementerian Kesihatan Malaysia bagi membincangkan perkara-perkara berkaitan kepentingan profesion. Mesyuarat yang diadakan bersama Lembaga Pembantu Perubatan ini turut dihadiri oleh PPPM, Kesatuan Kebangsaan Penolong Pegawai Perubatan Semenanjung Malaysia, Persatuan Pembantu Perubatan Sabah, Kesatuan Pembantu Perubatan Sarawak dan Persatuan Penolong Pegawai Perubatan Sarawak serta Bahagian Pengurusan Latihan KKM.

 

 

7.       RUMUSAN

 

Barisan Ahli Jawatankuasa Pusat bagi penggal 2015/2016 telah menunjukkan komitmen untuk menjayakan amanah sebagaimana yang telah diberikan.AJK Pusat merakamkan penghargaan dan  terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama dan menghulurkan sumbangan dalam menjayakan aktiviti-aktiviti PPPM.  Sama-samalah kita berdoa semoga profesion kita terus diberikan pengiktirafan, kekal relevan dan berada pada satu yang yang boleh dibanggakan, InsyaAllah.  Kenangkanlah jasa-jasa sumbangan pejuang-pejuang yang terdahulu dan terus memberikan sokongan yang padu bagi memantapkan lagi kesepakatan, kemuafakatan, perpaduan dan  kerjasama diantara warga PPP. Barisan AJK Pusat PPPM 2015/2016 mengharapkan agar AJK Pusat PPPM bagi Penggal 2017/2018 akan meneruskan agenda untuk memartabat dan memperkasakan profesion dan berusaha untuk meningkatkan bilangan keahlian.

 

Tahniah juga diucapkan kepada Pegawai-Pegawai Ibupejabat kerana telah menjalankan kewajipan mereka dengan cemerlang, selaras dengan Fasal 9 Perlembagaan PPPM. Barisan Pegawai-Pegawai Ibupejabat baharu yang terdiri daripada pelbagai peringkat dengan pengalaman yang ada dilihat begitu mantap dalammendayakan lagi PPPM untuk memainkan peranannya.

 

 

          Disediakan oleh :

 

 

          AMIN ZAFRI BIN ABD RAHMAN

          Setiausaha Agung

          Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia

 

 

 

  

Pengumuman

Welcome to Malaysian Association of Medical Assistants (MAMA)

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) telah meluluskan pindaan perlembagaan yang baru Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia pada 14hb Jan 2014. Pindaan yang baru boleh dimuat turun dilaman web ini.

Sila ambil maklum, dengan kelulusan ini  , Yuran berikut diluluskan

Yuran Masuk   : RM 10

Yuran Tahunan: RM 50

Untuk menjadi ahli, bayaran permulaan ialah sebanyak RM 60 (Yuran Masuk RM 10 + Yuran Tahunan RM50)

Sekian,

Pengerusi Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia

 

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

MESY EXCO PERSATUAN telah bersetuju untuk mengeluarkan KAD KEAHLIAN kepada Ahli-ahli yang membuat potongan melalui . BIRO ANGKASA shj. Ahli-ahli diperlukan menyediakan sekeping gambar berukuran passport dan emailkan kepada Persatuan di ma.pppm@gmail.com . Untuk mengetahui status potongan, sila ke PERMOHONAN KAD dipaparan Utama Laman sesawang. Harap maklum

-------------------------------------------------
LATEST -31st Oct 2017.
Only about 60% PPPs of 18,000 Registered had contributed to TABUNG WISMA. Please ask your supervisor regarding your contributions.


--------------------------------------------------
KEDUDUKAN TERKINI KEAHLIAN SEHINGGA :-

Setakat 30hb Sept 2017 - Jumlah keahlian 5430

Setakat 31hb Okt 2017  - Jumlah keahlian 5460

 

Semakkan boleh dilakukan dgn memasukkan No KP pada SEMAKAN STATUS

** Utk makluman semua, PPP yg menggunakan online Pendaftaran dan Online Renewal Membership meningkat dari masa kesemasa.
-----------------------------------------------

Saranan ini ditujukan kepada semua PPP yang masih belum menyumbang ke Tabung WISMA PEMBANTU PERUBATAN terutama PPW. Setakat 31hb Okt 2017, hanya 60% shj PPP(Jumlah pungutun RM 686,000) yang telah menyumbangkan ke Tabung WISMA. Kerjasama diminta juga kepada semua Penyelia PPP baik di Hospital/Pejabat Kesihatan supaya menyemak balik mana-mana PPP dibawah jagaan yang belum membuat caruman.

Sekian, harap maklum


-------------------------------------------------
AKTIVITI DI WISMA PP BULAN Okt/NOV 2017

Mesy ALP akan diadakan sebagaimana berikut:-

Tarikh :- 7hb Okt 2017(Sabtu)

Masa   :- 10.00 pagi

 Tempat:- Wisma PP, Reko Sentral, Kajang

Semua ALP  diminta hadir 

................................................................................................................................

 Mesy AMTP akan diadakan sebagaimana berikut:-

Tarikh :- 10hb Nov 2017(Jumaat )

Masa   :- 3.00 ptg

 Tempat:- Wisma PP, Reko Sentral, Kajang

Semua AMT  diminta hadir

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Mesy JK PUSAT Bil 2 akan diadakan sebagaimana berikut:-

Tarikh :- 11hb Nov 2017(Sabtu)

Masa   :- 9.00 pagi

 Tempat:- Wisma PP, Reko Sentral, Kajang

Semua JK Pusat   diminta hadir

 

Sabtu, 16 December 2017
26 Rabiu awal 1439 Hijrah

LAMAN KKPPPSM

Kesatuan Kebangsaan Penolong Pegawai Perubatan Semenanjung Malaysia

Klik Disini

Lokasi Kami

11-2, Aras 2, Wisma Pembantu Perubatan, Jln Reko Sentral 9,  Reko Sentral, 43000 Kajang, Selangor
Tel: 03 8883 2188/ 03 8734 0109

Pautan Rasmi

Maklumat Pelawat

1171707
Hari ini
Kelmarin
Minggu ini
Bulan ini
Keseluruhan
82
310
2176
6175
1171707

 

Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.