Articles

PERATURAN DAN SYARAT PENYERTAAN

PEMBENTANGAN KERTAS KAJIAN/PENYELIDIKAN/INOVASI

PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENOLONG PEGAWAI PERUBATAAN 2015

 

 

A.  SYARAT PENYERTAAN

1.       Kertas Kajian/Penyelidikan/Inovasi mestilah hasil kajian asli yang dijalankan oleh penyelidik/pembentang sendiri.

2.       Tajuk pembentangan belum pernah dibentangkan di mana-mana Konferens PPP sebelum ini. Namun bagitu, sekiranya terdapat penambaikan terhadap kertas kajian yang lalu atau terdapat penemuan baru terhadap kertas kajian yang dibentangkan sebelum ini, maka ia boleh dipertimbangkan untuk dibentangkan di konferens ini.

3.       Kertas Kajian/Penyelidikan telah mematuhi syarat dan etika penyelidikan

4.   Penyertaan terbuka kepada semua Penolong Pegawai Perubatan, pengajar, pelajar Institusi Latihan KKM, IPTA/IPTS dan Pembantu Perubatan di Institusi Kesihatan Swasta.

5.       Pembentang wajib daftar sebagai peserta konferens.

 

B.  TEMA DAN KONSEP KERTAS KAJIAN/PENYELIDIKAN.

1. Penyertaan adalah terbahagi kepada TIGA (3) kategori  tema iaitu :

             1.1.  Klinikal dan Teknikal (Perubatan & Kesihatan Awam)

             1.2.  Latihan dan Pedagogi Pengajaran

             1.3.  Teknologi, Inovasi dan Perkembangan Profesional

 

2. Kertas kajian/penyelidikan yang hendak dibentangkan terdiri daripada:

     2.1.  Kertas konsep:

Kertas konsep merupakan hasil kerja yang membincangkan konsep atau idea yang menyumbang kepada pembentukan konsep baru. Bagi penyelidik yang sedang membuat kajian pasca ijazah, kertas penyelidikan yang melibatkan Bab 1 hingga Bab 3 boleh diterima sekiranya ia membincangkan sesuatu konsep iaitu  konsep kajian yang akan dijalankan termasuk bagaimana untuk membina instrumen penyelidikan.

     2.2.  Kertas penyelidikan penuh termasuk analisis dapatan kajian.

3.   Pembentang boleh menghantar seberapa banyak kertas kajian. Namun penerimaan tertakluk  kepada penilaian panel penilai

 

C.  BORANG PENYERTAAN DAN ABSTRAK

1.  Borang penyertaan  boleh dimuat turun dari laman web berikut: Laman WEB Persatuan Pembantu  Perubatan Malaysia  (www.pppmalaysia.com ).

2.  Penghantaran borang dan abstrak, melalui email kepada pegawai berikut:

           2.1.  Urusetia Perubatan & Kesihatan Kementerian Kesihatan.

        En Mohd Azrol bin Abd Jalil : H/P   :  019-2727776    

        Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

      2.2.   Urusetia IPTA/IPTS/Institusi Kesihatan Swasta:

    En. Abdul  Karim bin Mustafa: H/P :  019-3851572  Email  :  This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

    En. Mispan bin Margon: H/P: 017-3443210             Email :   This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

     2.3.   Urusetia Institusi latihan KKM (Pengajar & Pelajar)

   En. Isahari Smile    H/P : 019-2730787      Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. '; document.getElementById('cloak80417').innerHTML += ''+addy_text80417+'<\/a>'; //-->

 

    3.  Penyertaan DIBUKA mulai dari Oktober 2014 dan BERAKHIR pada 31 Januari 2015.

 

D.  MAKLUMAN PENERIMAAN PENYERTAAN

1. Penyertaan yang berjaya melepasi tapisan peer review akan dimaklumkan melalui telefon

    dan media  elektronik (email dll).

 

  2. Urusetia Jawatankuasa Saintifik berhak menerima dan menolak penyertaan  pertandingan

       tanpa  memberi sebarang penjelasan.

 

E.   FORMAT ABSTRAK

  1.  Tajuk:  Penulisan tajuk  mesti ringkas, padat dan tanpa akronim

 

  2.  Author:  Nama penuh author (s) dan Institusi

 

  3.  Abstrak

      3.1. Menggunakan font jenis Times New Roman bersaiz 12, single spacing & justified

      3.2. Abstrak tidak melebihi 250 patah perkataan

      3.2. Mempunyai 3 perkara utama iaitu;

·      Pengenalan

·      Metodologi

·      Dapatan

·      Kesimpulan

4.   Kata kunci: Nyatakan 5 kata kunci dengan font 11 dan italic

5.   Abstrak dihantar dalam bentuk soft copy dan dalam format word document

 

F. PEMBENTANGAN ORAL DAN POSTER KERTAS KAJIAN/PENYELIDIKAN/INOVASI

  1.    Pembentangan Oral

          1.1.  Pembentangan dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris

          1.2   Peserta diberi masa selama 10 minit untuk membentangkan hasil kajian dan 5 minit untuk sesi soal jawab.

          1.3. Peserta perlu menyediakan slide pembentangan dalam format powerpoint dan dihantar kepada urusetia 2 minggu sebelum tarikh pembentangan.

 

 2.    Pembentangan Poster

          2.1.  Poster saiz 83 cm x 120 cm (33 inci x 47 inci)

          2.2.  Poster akan ditampal pada poster board yang disediakan

         2.3.  Peralatan memasang poster disediakan sendiri oleh peserta

          2.4. Pembentang poster perlu berada di sebelah poster semasa sesi pembentangan dijalankan.  Jadual pembentangan akan dikeluarkan oleh penganjur.

         2.5.  Masa pembentangan ialah 10 minit termasuk sesi soal jawab.

 

G.  PERTANYAAN LANJUT

      Sebarang pertanyaan, sila menghubungi  Urusetia Jawatankuasa Saintifik  seperti   berikut :

 

 

     NAMA URUSETIA:    Hj. Mahadir Bin Yunos

 

 

 

 

 

     NAMA URUSETIA :  En. Zulkifli  Bin Muhammad

 

 

 

 

    NAMA URUSETIA : En.  Mohd. Azrol  Abdul  Jalil

 

 

 

 

 

    NAMA URUSETIA : Hj. Abdul Karim Bin Mustafa

 

 

 

 

 

 

 

 

    NAMA URUSETIA : En. Mispan Margon

 

 

 

 

 

    NAMA URUSETIA : En. Ishari Smile

 

 

 

Pengumuman

Welcome to Malaysian Association of Medical Assistants (MAMA)

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) telah meluluskan pindaan perlembagaan yang baru Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia pada 14hb Jan 2014. Pindaan yang baru boleh dimuat turun dilaman web ini.

Sila ambil maklum, dengan kelulusan ini  , Yuran berikut diluluskan

Yuran Masuk   : RM 10

Yuran Tahunan: RM 50

Untuk menjadi ahli, bayaran permulaan ialah sebanyak RM 60 (Yuran Masuk RM 10 + Yuran Tahunan RM50)

Sekian,

Presiden Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia

 

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

MESY EXCO PERSATUAN telah bersetuju untuk mengeluarkan KAD KEAHLIAN kepada Ahli-ahli yang membuat potongan melalui . BIRO ANGKASA shj. Ahli-ahli diperlukan menyediakan sekeping gambar berukuran passport dan emailkan kepada Persatuan di ma.pppm@gmail.com . Untuk mengetahui status potongan, sila ke PERMOHONAN KAD dipaparan Utama Laman sesawang. Harap maklum

-------------------------------------------------
LATEST -28th Feb 2017.
Only about 60% PPPs of 18,000 Registered had contributed to TABUNG WISMA. Please ask your supervisor regarding your contributions.


--------------------------------------------------
KEDUDUKAN TERKINI KEAHLIAN SEHINGGA :-

30/11/2016 - Jumlah keahlian 4990

31/12/2016- Jumlah keahlian 5010

31/1/2017  - Jumlah keahlian 5044

28/2/2017  - Jumlah keahlian 5110

Semakkan boleh dilakukan dgn memasukkan No KP pada SEMAKAN STATUS

** Utk makluman semua, PPP yg menggunakan online Pendaftaran dan Online Renewal Membership meningkat dari masa kesemasa.
-----------------------------------------------

Saranan ini ditujukan kepada semua PPP yang masih belum menyumbang ke Tabung WISMA PEMBANTU PERUBATAN terutama PPW. Setakat 28hb Feb 2017, hanya 60% shj PPP(Jumlah pungutun RM 683,000) yang telah menyumbangkan ke Tabung WISMA. Kerjasama diminta juga kepada semua Penyelia PPP baik di Hospital/Pejabat Kesihatan supaya menyemak balik mana-mana PPP dibawah jagaan yang belum membuat caruman.

Sekian, harap maklum


-------------------------------------------------
AKTIVITI DI WISMA PP BULAN Mac 2017


 

 

Isnin, 24 April 2017
26 Rejab 1438 Hijrah

Lokasi Kami

11-2, Aras 2, Wisma Pembantu Perubatan, Jln Reko Sentral 9,  Reko Sentral, 43000 Kajang, Selangor
Tel: 03 8883 2188/ 03 8734 0109

Pautan Rasmi

Maklumat Pelawat

1010086
Hari ini
Kelmarin
Minggu ini
Bulan ini
Keseluruhan
563
764
1327
25321
1010086

 

Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.