TABUNG KEBAJIKAN PERSATUAN PEMBANTU PERUBATAN MALAYSIA

PERATURAN DAN TERMA  RUJUKAN:

1.NAMA

Tabung ini hendaklah dinamakan Tabung Kebajikan Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia.

2.TUJUAN

  1. Memberi  bantuan khidmat nasihat kepada ahli yang ingin meningkatkan kemahiran dan kepakaran professional.
  2. Memberi bantuan  kepada ahli yang sakit berpanjangan.
  3. Memberi sumbangan  kepada ahli yang sakit memerlukan rawatan dalam wad.
  4. Untuk membolehkan penama ahli atau waris yang sah mendapat bantuan apabila berlaku kematian ahli.
  5. Mengadakan program kemasyarakatan / kebajikan / lawatan sambil belajar bagi ahli.
  6. Memberi sumbangan kepada ahli-ahli dan juga Pembantu Perubatan yang terlibat dengan bencana alam spt banjir, kebakaran, kemalangan dan tanah runtuh

3.AHLI

  1. Semua  ahli Persatuan yang berdaftar.
  2. Seseorang  ahli  yang terhutang  yuran  tahunan  selama  6 bulan atau lebih berturut  turut  tidak berhak menerima apa apa faedah yang ditentukan dalam peraturan ini.

4.KEWANGAN

Sumber kewangan diperolehi dari dana tabung Persatuan bagi aktiviti kebajikan ahli.  Wang yang dikeluarkan bagi tujuan membayar:-

  1. Sumbangan peningkatan / kemahiran dan kepakaran ahli.
  2. Faedah ahli yang sakit.
  3. Faedah kematian ahli-ahli.
  4. Program kemasyarakatan / kebajikan / lawatan ahli.
  5. Sumbangan akibat bencana

5.PENTADBIRAN

Tabung  ini hendaklah ditadbir urus oleh Jawatankuasa Kerja Persatuan.

6.REKOD-REKOD

  1. Rekod daftar keahlian
  2. Daftar pemohonan bagi semua bayaran faedah-faedah sakit dan kematian yang menunjukkan nama dan butir pemohon.
  3. Penolong Setiausaha Persatuan hendaklah menyelenggarakan segala surat menyurat berkenaan  tabung ini.

7.PENAMA

Terdiri dari isteri, suami, ibubapa atau ahli waris terdekat yang sah dari sisi undang-undang.

8.KELAYAKAN MENDAPAT FAEDAH

  1. Faedah-faedah dibawah peraturan ini tidak boleh dibayar kecuali ahli-ahli itu telah menjadi   ahli Persatuan berdaftar yang sah  dengan tidak putus-putus sekurang-kurangnya selama enam (6) bulan.
  2. Pembayaran sumbangan  untuk meningkatkan kemahiran akan diputuskan dalam mesyuarat Ahli  Majlis Tertinggi mengikut kemampuan dan keperluan dari permohonan ahli  ( perlu surat permohonan dan dokumen sokongan).
  3. Pembayaran faedah ahli sakit akan dibayar sebanyak RM200.00 (Ringgit Malaysia Dua Ratus sahaja), perlu sokongan dengan  dokumen pengesahan  keluar masuk wad oleh hospital yang berkenaan (tidak termasuk  sakit dari sebab keguguran dan bersalin), sekali sahaja bagi tahun kalendar yang sama.
  4. Pembayaran faedah kematian ahli akan dibayar sebanyak RM500.00 (Ringgit Malaysia Lima Ratus Sahaja), perlu disokong dengan salinan Sijil Kematian.
  5. Pembayaran faedah program kemasyarakatan akan diputuskan oleh Ahli Majlis Tertinggi Persatuan mengikut keperluan  dan kemampuan kewangan Persatuan.

9.TUNTUTAN

1.    Semua tuntutan hendaklah menggunakan Borang Tuntutan Biro Kebajikan dengan mengemukakan  salinan dokumen yang disahkan melalui Pengerusi / Setiausaha Cawangan,  Penyelaras Negeri atau terus kepada Pengerusi Biro Kebajikan / Ibupejabat Persatuan ( bagi ahli yang telah bersara atau berkhidmat dengan sektor swasta).

ii.   Senarai nama ahli/Pembantu Perubatan yang terlibat dengan bencana hendaklah dihantar oleh Pengerusi /Setiausaha Cawangan & Penyelaras Negeri dimana bencana berlaku terus kepada Pengerusi Biro/ Ibu Pejabat Persatuan untuk pengesahan.

10.AUDIT

Kira-kira tabung ini hendaklah diaudit dengan cara yang sama mengikut  kehendak peraturan-peraturan Persatuan.

11.PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN DALAM PERATURAN

Keputusan  Majlis Jawatankuasa Kerja adalah muktamad mengenai perkara-perkara yang tidak dinyatakan dalam peraturan ini melainkan jika dibatalkan oleh Mesyuarat Agung.

Pengumuman

Welcome to Malaysian Association of Medical Assistants (MAMA)

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) telah meluluskan pindaan perlembagaan yang baru Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia pada 14hb Jan 2014. Pindaan yang baru boleh dimuat turun dilaman web ini.

Sila ambil maklum, dengan kelulusan ini  , Yuran berikut diluluskan

Yuran Masuk   : RM 10

Yuran Tahunan: RM 50

Untuk menjadi ahli, bayaran permulaan ialah sebanyak RM 60 (Yuran Masuk RM 10 + Yuran Tahunan RM50)

Sekian,

Pengerusi Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia

 

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

MESY EXCO PERSATUAN telah bersetuju untuk mengeluarkan KAD KEAHLIAN kepada Ahli-ahli yang membuat potongan melalui . BIRO ANGKASA shj. Ahli-ahli diperlukan menyediakan sekeping gambar berukuran passport dan emailkan kepada Persatuan di ma.pppm@gmail.com . Untuk mengetahui status potongan, sila ke PERMOHONAN KAD dipaparan Utama Laman sesawang. Harap maklum

-------------------------------------------------
LATEST -31st May 2017.
Only about 60% PPPs of 18,000 Registered had contributed to TABUNG WISMA. Please ask your supervisor regarding your contributions.


--------------------------------------------------
KEDUDUKAN TERKINI KEAHLIAN SEHINGGA :-

Setakat 31hb Mei 2017 - Jumlah keahlian 5355 

Semakkan boleh dilakukan dgn memasukkan No KP pada SEMAKAN STATUS

** Utk makluman semua, PPP yg menggunakan online Pendaftaran dan Online Renewal Membership meningkat dari masa kesemasa.
-----------------------------------------------

Saranan ini ditujukan kepada semua PPP yang masih belum menyumbang ke Tabung WISMA PEMBANTU PERUBATAN terutama PPW. Setakat 31hb Mei 2017, hanya 60% shj PPP(Jumlah pungutun RM 685,000) yang telah menyumbangkan ke Tabung WISMA. Kerjasama diminta juga kepada semua Penyelia PPP baik di Hospital/Pejabat Kesihatan supaya menyemak balik mana-mana PPP dibawah jagaan yang belum membuat caruman.

Sekian, harap maklum


-------------------------------------------------
AKTIVITI DI WISMA PP BULAN JULAI

Mesy JK Pusat dan Jamuan Hari Raya akan diadakan sebagaimana berikut:-

Tarikh :- 15hb Julai 2017(Sabtu)

Masa   :- 10.00 pagi

 

Tempat:- Wisma PP, Reko Sentral, Kajang

Semua AJK Pusat diminta hadir 

................................................................................................................................

Mesy ALP Koperasi akan diadakan sebagaimana berikut:-

Tarikh :- 22hb Julai 2017(Sabtu)

Masa   :- 10.00 pagi

Tempat:- Wisma PP, Reko Sentral, Kajang

Semua ALP diminta hadir

Isnin, 26 June 2017
00 Syawal 1438 Hijrah

LAMAN KKPPPSM

Kesatuan Kebangsaan Penolong Pegawai Perubatan Semenanjung Malaysia

Klik Disini

Lokasi Kami

11-2, Aras 2, Wisma Pembantu Perubatan, Jln Reko Sentral 9,  Reko Sentral, 43000 Kajang, Selangor
Tel: 03 8883 2188/ 03 8734 0109

Pautan Rasmi

Maklumat Pelawat

1065433
Hari ini
Kelmarin
Minggu ini
Bulan ini
Keseluruhan
1041
533
1574
20257
1065433

 

Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.