Articles

Salam Sejahtera

Selamat datang ke Laman Web Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia, bersyukur kita kepada Tuhan Yang Maha Esa dapat kita bersama-sama menjayakan Laman Web ini.

Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi pada masa kini telah mencetuskan revolusi di dalam era penyampaian maklumat dalam pelbagai aspek dengan lebih berkesan, pantas dan efisien

Kita semua perlu memanjatkan kesyukuran kepada Tuhan Yang Maha Esa di atas kejayaan dan ganjaran kepada profesion kita, terutamanya di dalam tahun 2007. Ini semua hasil perjuangan mantap Persatuan, Kesatuan Sekretariat Lembaga Pembantu Perubatan dan juga beberapa orang Pengajar Pembantu Perubatan di Bahagian Pengurusan Latihan, KKM dalam memperjuangkan tuntutan isu-isu yang telah dikemukakan kepada pengurusan atasan Kementerian Kesihatan Malaysia dan Jabatan Perkhidmatan Awam. Kejayaan ini juga hasil daripada permuafakatan yang erat di antara keempat-empat badan tersebut.

Besarlah harapan saya dengan adanya laman web ini, semua PPP dapat berinteraksi dan berkongsi maklumat.

Perjuangan belum masih belum selesai, marilah kita semua PPP bersatu dan bersama-sama dalam memperkasa, memperkaya dan memartabatkan profesion ini ke tahap yang lebih dikenali ke peringkat antarabangsa.

Sekian. Terima kasih

HJ  MUSTAFA ABD MAJID
Pengerusi
Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia

Lokasi Kami

11-2, Aras 2, Wisma Pembantu Perubatan, Jln Reko Sentral 9,  Reko Sentral, 43000 Kajang, Selangor
Tel: 03 8734 0109  Fax: 03 87399452      WApps:- 0167555232

 

 

Pautan PPP

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

 

Pautan Rasmi

Maklumat Pelawat

1527275
Hari ini
Kelmarin
Minggu ini
Bulan ini
Keseluruhan
344
753
4597
13298
1527275

 

Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.