Articles

PERHATIAN!

PPPM dgn ini menegaskan bahawa tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kesulitan & masalah yg berbangkit akibat daripada tindakan pihak tertentu yang tidak merujuk sesuatu cadangan untuk mengadakan program pengajian yang akan ditawarkan kepada ahli profesion Pembantu Perubatan (PPP). Sebagai sebuah badan profesional, PPPM adalah bertanggungjawab ke atas pembangunan profesionalisma profesion Pembantu Perubatan termasuklah dalam hal-hal berkaitan akademik. Oleh itu, peranan & tanggungjawab PPPM ini tidak harus diketepikan atau diambil alih oleh pihak lain!

Mana-mana pihak yang berada dalam agensi yang memberi kelulusan, menguatkuasa, mengawal selia & memantau sesuatu keperluan pelaksanaan perlulah mengambil sikap lebih profesional dgn mengelak keterlibatan secara langsung dalam sesuatu perkara yg akan menuntut sesuatu pertimbangan. Sikap berkecuali ini amat perlu bagi mengelak pertembungan kepentingan umum dengan kepentingan peribadi.

Pihak universiti juga perlu memahami peranan badan pemantau dalam perkara seperti ini yang tidak boleh terlibat dalam promosi sesuatu pengajian oleh mana-mana IPTA/IPTS sebelum sesuatu pengajian dilulus oleh badan-badan berkaitan.

Walau bagaimanapun, PPPM tidak mempunyai halangan sekiranya pihak terbabit memberikan input daripada sudut keperluan subjek pengajian serta peraturan-peraturan berkaitan pelaksanaannya.

PPPM menyarankan agar individu yang tidak mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam hal berkaitan sistem pengajian kersarjanaan termasuklah keperluan subjek & kurikulum perlulah merujuk kapada pihak yang pakar.

Sekian.

SETIAUSAHA AGUNG
PERSATUAN PEMBANTU PERUBATAN MALAYSIA

Lokasi Kami

11-2, Aras 2, Wisma Pembantu Perubatan, Jln Reko Sentral 9,  Reko Sentral, 43000 Kajang, Selangor
Tel: 03 8734 0109  Fax: 03 87399452      WApps:- 0167555232

 

 

Pautan PPP

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

 

Pautan Rasmi

Maklumat Pelawat

1451583
Hari ini
Kelmarin
Minggu ini
Bulan ini
Keseluruhan
336
365
336
10757
1451583

 

Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.