Articles

TABUNG KEBAJIKAN PERSATUAN PEMBANTU PERUBATAN MALAYSIA

PERATURAN DAN TERMA  RUJUKAN:

1.NAMA

Tabung ini hendaklah dinamakan Tabung Kebajikan Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia.

2.TUJUAN

  1. Memberi  bantuan khidmat nasihat kepada ahli yang ingin meningkatkan kemahiran dan kepakaran professional.
  2. Memberi bantuan  kepada ahli yang sakit berpanjangan.
  3. Memberi sumbangan  kepada ahli yang sakit memerlukan rawatan dalam wad.
  4. Untuk membolehkan penama ahli atau waris yang sah mendapat bantuan apabila berlaku kematian ahli.
  5. Mengadakan program kemasyarakatan / kebajikan / lawatan sambil belajar bagi ahli.
  6. Memberi sumbangan kepada ahli-ahli dan juga Pembantu Perubatan yang terlibat dengan bencana alam spt banjir, kebakaran, kemalangan dan tanah runtuh

3.AHLI

  1. Semua  ahli Persatuan yang berdaftar.
  2. Kelayakkan pemberian Tabung Kebajikan hanya terpakai bagi Ahli yang melebehi setahun menjadi Ahli.
  3. Seseorang  ahli  yang terhutang  yuran  tahunan  selama  6 bulan atau lebih berturut  turut  tidak berhak menerima apa apa faedah yang ditentukan dalam peraturan ini.

4.KEWANGAN

Sumber kewangan diperolehi dari dana tabung Persatuan bagi aktiviti kebajikan ahli.  Wang yang dikeluarkan bagi tujuan membayar:-

  1. Sumbangan peningkatan / kemahiran dan kepakaran ahli.
  2. Faedah ahli yang sakit.
  3. Faedah kematian ahli-ahli.
  4. Program kemasyarakatan / kebajikan / lawatan ahli.
  5. Sumbangan akibat bencana

5.PENTADBIRAN

Tabung  ini hendaklah ditadbir urus oleh Jawatankuasa Kerja Persatuan.

6.REKOD-REKOD

  1. Rekod daftar keahlian
  2. Daftar pemohonan bagi semua bayaran faedah-faedah sakit dan kematian yang menunjukkan nama dan butir pemohon.
  3. Penolong Setiausaha Persatuan hendaklah menyelenggarakan segala surat menyurat berkenaan  tabung ini.

7.PENAMA

Terdiri dari isteri, suami, ibubapa atau ahli waris terdekat yang sah dari sisi undang-undang.

8.KELAYAKAN MENDAPAT FAEDAH

  1. Faedah-faedah dibawah peraturan ini tidak boleh dibayar kecuali ahli-ahli itu telah menjadi   ahli Persatuan berdaftar yang sah  dengan tidak putus-putus sekurang-kurangnya selama enam (6) bulan.
  2. Pembayaran sumbangan  untuk meningkatkan kemahiran akan diputuskan dalam mesyuarat Ahli  Majlis Tertinggi mengikut kemampuan dan keperluan dari permohonan ahli  ( perlu surat permohonan dan dokumen sokongan).
  3. Pembayaran faedah ahli sakit akan dibayar sebanyak RM200.00 (Ringgit Malaysia Dua Ratus sahaja)bagi Masuk Wad melebehi 2 hari atau lebih, perlu sokongan dengan  dokumen pengesahan  keluar masuk wad oleh hospital yang berkenaan (tidak termasuk  sakit dari sebab keguguran dan bersalin), sekali sahaja bagi tahun kalendar yang sama.
  4. Pembayaran faedah kematian ahli akan dibayar sebanyak RM1,000.00 (Ringgit Malaysia Satu Ribu Sahaja), perlu disokong dengan salinan Sijil Kematian.
  5. Pembayaran faedah program kemasyarakatan akan diputuskan oleh Ahli Majlis Tertinggi Persatuan mengikut keperluan  dan kemampuan kewangan Persatuan.

9.TUNTUTAN

1.    Semua tuntutan hendaklah menggunakan Borang Tuntutan Biro Kebajikan dengan mengemukakan  salinan dokumen yang disahkan melalui Pengerusi / Setiausaha Cawangan,  Penyelaras Negeri atau terus kepada Pengerusi Biro Kebajikan / Ibupejabat Persatuan ( bagi ahli yang telah bersara atau berkhidmat dengan sektor swasta).

ii.   Senarai nama ahli/Pembantu Perubatan yang terlibat dengan bencana hendaklah dihantar oleh Pengerusi /Setiausaha Cawangan & Penyelaras Negeri dimana bencana berlaku terus kepada Pengerusi Biro/ Ibu Pejabat Persatuan untuk pengesahan.

10.AUDIT

Kira-kira tabung ini hendaklah diaudit dengan cara yang sama mengikut  kehendak peraturan-peraturan Persatuan.

11.PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN DALAM PERATURAN

Keputusan  Majlis Jawatankuasa Kerja adalah muktamad mengenai perkara-perkara yang tidak dinyatakan dalam peraturan ini melainkan jika dibatalkan oleh Mesyuarat Agung.

Lokasi Kami

11-2, Aras 2, Wisma Pembantu Perubatan, Jln Reko Sentral 9,  Reko Sentral, 43000 Kajang, Selangor
Tel: 03 8734 0109  Fax: 03 87399452      WApps:- 0167555232

 

 

Pautan PPP

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

 

Pautan Rasmi

Maklumat Pelawat

1451686
Hari ini
Kelmarin
Minggu ini
Bulan ini
Keseluruhan
439
365
439
10860
1451686

 

Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.